SEKAPUR SIRIH DARI SETIAUSAHA







Syukur Alhamdulillah, telah dua tahun Laman Web UMNO Cawangan Taman Pertama ini dilancarkan oleh YB Senator Ketua Umno Bahagian Ipoh Barat. Saya bagi pihak ahli Cawangan Taman Pertama ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YB Senator Dato Hj Hamzah Zainuddin, Ketua Umno Bahagian Ipoh Barat diatas perlantikan beliau sebagai Ahli Dewan Negara baru-baru ini. Saya percaya Bahagian Ipoh Barat akan lebih berjaya di alaf baru ini dibawah kepimpinan YB Senator. Saya berharap Laman Web ini akan menjadi sumber informasi untuk ahli-ahli UMNO khasnya Cawangan Taman Pertama sendiri, untuk mendapatkan berita terkini berkaitan Cawangan kita. Laman Web ini masih dalam pembikinan dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Mudah-mudahan kami akan menyediakan ruangan yang menarik lagi berinfomasi untuk pengunjung-pengunjung semua. Saya berharap masuklah selalu ke Laman Web ini untuk melihat perkembangannya. War-warkanlah akan keujudan Laman Web ini kepada semua ahli-ahli cawangan dalam Bahagian Ipoh Barat ini dan ahli-ahli UMNO seluruh negara amnya.
Dikesempatan ini juga, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Sdr. Mahader Ahmad Mohd Ayob, Ketua Cawangan kami kerana dengan dorongan dan sokongannya, Laman Web ini berjaya dihasilkan.
Akhirnya segala yang baik itu datang dari Allah SWT dan yang kurang baik itu datangnya dari kelemahan saya sendiri.
Sekian dan salam hormat.
Wassalam.

Amran Abd Shukor
Setiausaha UMNO Cawangan Taman Pertama
Bahagian Ipoh Barat

[email protected]



Kata Aluan Dari Ketua Cawangan



Syukur kehadrat Allah SWT kerana Laman Web UMNO Taman Pertama ini berjaya diterbitkan. Ini membuktikan bahawa UMNO Cawangan Taman Pertama tidak ketinggalan dalam dunia siber, apa yang kita panggil hari ini, 'Dunia Tanpa Sempadan' . Sebarang maklumat dan berita terkini, boleh diperolehi melalui komputer dengan hanya menekan tetikus sahaja. Begitu canggih dan sofistikated dunia masa kini. Sehubungan dengan itu, Laman Web ini dibina untuk memberi maklumat terutamanya kepada ahli-ahli UMNO cawangan kami.

Diruangan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Sdr. Amran Abd Shukor kerana usaha beliau menghasilkan Laman Web ini. Saya juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada YB Senator Dato' Haji Hamzah Haji Zainudin, Ketua UMNO Bahagian Ipoh Barat kerana telah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara. Kejayaan YB ini akan menjadi dorongan dan motivasi kepada semua ahli UMNO Cawangan Taman Pertama dan juga Bahagian Ipoh Barat untuk lebih maju kehadapan.

Akhir sekali saya penuh yakin dan percaya, dengan izin Allah, Laman Web kami ini akan dipertingkatkan dari masa kesemasa buat anda semua.
Sekian dan terima kasih.
Wassalam.

Mahader Ahmad Mohd Ayob PPT., PJK.
Ketua UMNO Cawangan Taman Pertama
Bahagian Ipoh Barat




Perutusan Dari Ketua Bahagian



YB Senator Dato' Haji Hamzah Haji Zainuddin
DPTJ., AMP., PPT., JP
Ketua UMNO
Bahagian Ipoh Barat

Hosted by www.Geocities.ws

1