Selamat mengunjungi ke "Laman Pendidikan Bestari" SRB Chung Hua Debak.  Program ini merupakan lanjutan "Home Page SRB Chung Hua Debak" yang dilancarkan pada bulan Januari 1998.

Dalam zaman teknologi informasi ini, dunia pendidikan menjadi lebih mencabar dan penuh dengan persaingan.  Perkembangan pesat bidang pendidikan masa kini memerlukan pendekatan bersepadu yang lebih rapi dan tersusun.  Lantaran itu, guru sebagai pendokong sistem pendidikan kebangsaan perlu melaksanakan tanggungjawab dengan lebih kesungguhan dan keyakinan.

Pelancaran laman ini bertujuan memenuhi hasrat ke arah mencapai objektif negara yang menjurus kepada teknologi maklumat.  Guru-guru akan bertanggungjawab menyediakan suasana yang menggalakan pembelajaran terarah kendiri yang kreatif dan berdikari.  Guru sebagai fasilatator kepada pembelajaran individu dapat memberi tumpuan kepada pemupukan nilai-nilai murni selain kemahiran sosial di kalangan pelajar.

Akhirkata, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan bagi menjayakan "Laman Pendidikan Bestari" ini.

MAJULAH SRB CHUNG HUA DEBAK!



  OH BOON KHENG
  GURU BESAR
  SRB CHUNG HUA DEBAK
09.06.1999

BALIK  

Laman ini ditajakan oleh:



 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Email kami, sekiranya anda ada sebarang cadangan
[email protected]  &  [email protected].

Laman ini disediakan pada 05 Jun 1999.



Hosted by www.Geocities.ws

1