BAHASA MALAYSIA

HASIL KARANGAN MURID


TAHUN 6
 
 

TAJUK: USAHA TANGGA KEJAYAAN

     Nazri seorang pelajar Tahun Enam. Dia menuntut di Sekolah Rendah Kebangsaan Air Pasir. Dia anak tunggal kepada seorang ibu yang bernama Mak Tom. Ayahnya telah meninggal setahun yang lalu disebabkan oleh kemalangan.
        Ibunya bekerja di sebuah ladang lada yang dipunyai oleh seorang Cina tua. Oleh kerana Nazri berasal daripada keluarga yang miskin, dia sering dipandang hina oleh murid-murid sekolahnya. Nazri seorang pelajar yang rajin dan penyabar.
        Pendapatan ibunya cukup untuk menyara kehidupan mereka seharian. Nazri bercita-cita untuk menjadi seorang doktor yang terkenal. Dia berharap cita-citanya akan tercapai. Dia juga ingin mendirikan sebuah klinik di kampungnya.
        Beberapa tahun kemudian, cita-citanya telah tercapai. Atas usaha gigihnya, dia telah berjaya belajar sehingga ke menara gading. Selain itu, dia juga mempunyai sebuah banglo yang cantik. Dia juga berjaya mendirikan sebuah klinik untuk bertugas. Mulai hari itu, kehidupan Nazri dan ibunya sungguh bahagia.

 Hasil Karangan: Rachel Mah



TAJUK: PERMAINAN WAU DAN GASING

        Orang Melayu mempunyai pelbagai jenis permainan tradisional. Antara jenis permainan yang digemari di negara kita ialah wau dan gasing.
        Permainan wau dan gasing amat digemari di negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia terutamanya di negeri Kelantan Darul Naim dan negeri Terengganu Darul Iman.
        Permainan wau dan gasing dimainkan oleh kanak-kanak dan juga orang-orang dewasa untuk mengisi masa lapang terutamanya selepas musim menuai. Permainan wau dan gasing dapat menghiburkan petani yang telah penat bekerja di sawah mereka.
        Permaianan wau dan gasing dimainkan di kawasan yang lapang dan rata. Semasa permainan ini diadakan, penduduk kampung akan berkumpul seolah-olah suatu pesta yang sungguh meriah.
        Pada hari ini, permaianan wau dan gasing telah dijadikan acara tahunan di Malaysia dan menjadi tontonan masyarakat setempat di negeri tersebut selain daripada menjadi penarik kepada pelancong-pelancong luar negara.

Hasil Karangan: Chieng Ai Yung




TAJUK: SUASANA DI RUMAH KANAK-KANAK CACAT

        Pada cuti penggal yang lalu, saya berpeluang melawat ke rumah kanak-kanak cacat. Saya pergi bersama keluarga saya dengan menaiki kereta ayah. Tujuan kami pergi ke sana ialah untuk menderma barang-barang keperluan kepada kanak-kanak cacat.
        Apabila kami sampai di rumah kanak-kanak cacat, saya dapat melihat ramai kanak-kanak cacat yang sedang melakukan aktiviti harian mereka yang telah dijadualkan. Walaupun mereka cacat, namun mereka amat rajin dan aktif dalam melakukan pelbagai aktiviti yang diarahkan.
        Menurut penerangan daripada pihak rumah kanak-kanak, segala perbelanjaan kanak-kanak tersebut adalah ditanggung oleh pihak Kementerian Kebajikan. Semua kanak-kanak cacat dibimbing supaya berdikari, tabah dan berhemah tinggi.
        Keadaan di dalam rumah kanak-kanak cacat dijaga dengan bersih, kemas dan dilenkapi dengan pelbagai kemudahan. Semua kanak-kanak cacat di situ diberi pendidikan secara formal yang diajar oleh guru-guru yang dilatih khas.
        Saya berasa penuh bersimpati terhadap kanak-kanak cacat tersebut kerana mereka merupakan golongan yang sangat-sangat memerlukan bantuan dan pertolongan daripada kita.
Sebagai rakyat yang perihatin dan penyayang, kita perlu menghulurkan bantuan dan menaruh
rasa penuh kasih sayang terhadap mereka.

Hasil Karangan: Julia Chan



TAJUK:  PANTUN NASIHAT

                        Tuang minyak dengan corong,
                        Tumpah sedikit di atas jari;
                        Jangan suka bercakap bohong,
                        Bila besar menjadi pencuri.

            Pergi mengail di bekas lombong,
            Dapat pula si ikan tenggiri;
            Jangan suka bersikap sombong,
            Kawan benci semua lari.

                        Hendak mengambil buah keranji,
                        Jangan guna tangan kiri;
                        Orang cacat jangan dikeji,
                        Kelak menimpa diri sendiri.

            Gatal sungguh gigitan pijat,
            Miang pula dibuat hama;
            Teruskan usaha dengan giat,
            Tentu kejayaan akan menjelma.

                        Ambil kelapa dibuat kerabu,
                        Boleh juga dibuat kaya;
                        Jangan lupa jasa ayah dan ibu,
                        Kalau sudah di puncak jaya.

Hasil Pantun :   Phylisia Jackson Chew

TAJUK:  CEREKA

        Rosli merupakan seorang pemuda miskin. Dia hidup sebatang kara di dalam sebuah pondok yang usang. Pada suatu pagi, Rosli mendapati pokok kacang yang ditanamnya telah tumbuh hingga ke langit.
        Pada masa itu, Rosli pun keluar dari rumahnya dan terus memanjat pokok kacang ajaib itu. Apabila sampai di hujung pokok tersebut, Rosli terlihat sebuah istana yang besar. Kemidian, dia berjalan ke arah istana itu.
        Pada bahagian pintu istana tersebut terdapat sebuah lubang yang agak besar. Rosli menyelinap masuk ke dalam istana melalui lubang tersebut. Di dalam istana, Rosli melihat banyak barang keperluan harian. Semuanya dalam saiz yang amat besar. Tinggi sebatang sudu sama dengan ketinggian Rosli.
        Tiba-tiba, tubuh Rosli terhuyung-hayang. Lantai mula bergegar. Seekor gergasi muncul di muka pintu. Apabila terlihat gergasi, dengan pantas Rosli melompat ke dalam sebuah bakul besar untuk bersembunyi.
        Rosli melihat gergasi itu duduk di atas kerusi. Gergasi itu mengeluarkan ayam ajaibnya. Ayam itu bertelurkan emas apabila berkokok. Tidak berapa lama kemudian, gergasi itu pun tidur.  Apabila melihat hal tersebut, Rosli keluar dari tempat persembunyiannya dan melarikan ayam ajaib tersebut. Ayam itu terperanjat dan terus berkokok. Ini menyebabkan gergasi itu tersedar lalu mengejar Rosli.
        Rosli berlari dengan pantas dan turun ke tanah dengan menuruni pokok kacang ajaibnya. Kemudian, dia mengambil sebilah kapak dan menebang pokok terseut. Tidak beberapa lama kemudian, pokok kacang itu pun tumbang dan gergasi yang berada di atasnya jatuh lalu mati. Sejak hari itu, Rosli menjadi seorang pemuda yang kaya.

Hasil Cereka : Ermie Thomas



TAJUK : KEJADIAN ROMPAKAN DI BANK

        "Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali." Saya teringat pada kata-kata itu kerana baru-baru ini saya telah menyaksikan satu kejadian rompakan di sebuah bank.
        Pada hari itu, saya menemani ibu pergi ke bank untuk mengeluarkan wang. Tiba-tiba, tiga orang pemuda yang bertopeng dan berpistol masuk ke dalam bank. Keadaan di bank pada masa itu menjadi kelam-kabut.
        Semua orang yang berada di dalam bank itu dikehendaki meniarap.Pada masa itu, saya berasa takut dan hampir menangis. Dua orang perompak mengambil wang di kaunter-kaunter, manakala seorang lagi mengawasi semua pelanggang yang ada di dalam bank itu.
        Kedua-dua perompak itu bertindak pantas. Dalam masa beberapa minit, wang yang ada dalam bank habis diambil oleh perompak itu. Wang yang diambil disimpan di dalam sebuah kalung yang besar. Tiba-tiba, saya terdengar siren kereta polis. Dalam hati aku bersyukur kepada tuhan.
        Empat buah kereta polis telah sampai . Sepantas kilat pemuda itu melarikan diri. Dua daripada pemuda itu telah ditembak oleh polis, manakala seorang lagi telah ditangkap.
        Tiga orang pemuda itu dibawa ke balai polis. Rupa-rupanya salah seorang pegawai bank telah menelefon kepada polis dari dalam tandas dengan menggunakan telefon bimbitnya. Selepas itu, saya dan ibu pun segera meninggalkan bank itu.

Hasil Karangan: Kueh Swee Sen



TAJUK:  PERISTIWA YANG TIDAK DAPAT SAYA LUPAKAN

        Pada hari Sabtu yang lalu, ayah bercadang untuk membawa kami sekeluarga berkelah di tepi pantai. Apabila kami diberitahu berita baik itu, kami semua berasa sangat gembira dan segera mengemas barang untuk dibawa ke pantai tempat kami berkelah.
        Selepas itu, kami pun bertolak. Tidak lama kemudian kami pun sampai ke sana. Pada hari itu, tidak ramai orang yang datang berkelah di sana kerana hari itu bukan hari cuti umum. Setibanya kami di sana, kami pun mencari tempat yang rendang untuk meletakkan barang yang kami bawa itu.
        Selepas itu, kami adik-beradik pun pergi menyalin pakaian untuk bermandi-manda dan berenang di laut. Ayah dan ibu pula mendengar radio sambil membaca buku cerita dan surat khabar. Setelah lapar, makanan dan minuman yang kami bawa itu pun disajikan oleh ibu.
        Selepas lebih kurang 20 minit berenang dan bermandi-manda di laut, kami pun bercadang  naik ke darat untuk berehat. Disebabkan saya terlalu letih, saya pun dipukul oleh ombak yang kuat dan dihanyut ke tempat yang dalam. Saya hampir-hampir lemas dan menjerit  meminta tolong.  Nasib baik abang saya terdengar jeritan saya. Dia terus berenang ke arah saya untuk menyelamatkan saya. Oleh sebab saya terminum banyak air, saya pun pengsan. Nasib baik abang saya tahu bagaimana hendak menyelamatkan orang yang pengsan. Akhirnya saya terselamat. Ayah saya bercadang agar kami semua mengemaskan barang-barang yang dibawa untuk balik.
        Peristiwa tersebut merupakan peristiwa yang tidak dapat saya lupakan hingga ke hari ini. Ia juga telah memberi pengajaran kepada saya agar sentiasa berhati-hati semasa berenang dan bermandi-manda di laut.

Hasil Karangan:  Chang Wui Lee



TAJUK:  CEREKA-KALUNG YANG BERSAKTI

        Pada masa dahulu, di sebuah negeri yang bernama Alkazam. Negeri itu sungguh miskin kerana sentiasa berperang. Terdapat seorang askar yang setia kepada negerinya. Askar itu berlawan dengan musuh di medan perang selama lapan tahun dan tidak pernah mendapatkan upahnya. Pada suatu hari, sebelum meninggalkan negerinya, askar meminta gaji daripada rajanya.
        Akan tetapi, rajanya berasa berasa susah hati kerana duit yang tinggal hanyalah beberapa sen sahaja. Askar itu tetap berdegil dan meminta tiga sen daripada rajanya. Raja itu pun memberi askar itu duit dan askar itu pun meninggalkan negerinya dan memulakan perjalanannya.
        Dalam perjalanan, askar itu bertemu dengan seorang perempuan tua. Perempuan tua itu meminta satu sen dari askar itu. Askar itu berasa kasihan dan memberi satu sen kepada perempuan tua itu sebelum meneruskan perjalanannya. Tidak lama kemudian, datang pula seorang tua yang meminta satu sen juga darinya. askar itu pun memberikan satu sen kepadanya.
        Apabila askar itu hampir ke kampungnya, dia disekat pula oleh seorang perempuan tua yang sama dengan kedua-dua perempuan tadi. Perempuan tua itu juga mahu satu sen dari askar tersebut. askar tersebut berasa serba salah dan akhirnya dia pun memberi satu sen kepada perempuan tua itu.
        Tia-tiba, perempuan tua itu bertukar menjadi seorang dewi yang sangat cantik. Dewi itu pun menguji keramahan askar itu. Didapatinya askar itu bukan sahaja berani dalam perang malah bersimpati terhadap orang yang miskin.
        dewi itu pun berjanji akan menunaikan tiga hajat askar itu. askar itu pun berhajat agar dewi itu melindunginya selama-lamanya. Hajat keduanya pula ialah agar dia dapat menyelesaikan segala masalah yang dihadapinya. Hajatnya yang terakhir ialah agar kalung yang dibawanya itu tidak bocor dan segala barang yang diperlukannya akan dikabulkan oleh kalung itu.
        Dewi tersenyum dan berjanji agar ketiga-tiga hajat askar itu terkabul. Semenjak hari itu, kehidupan askar itu telah berubah dan dia telah menjadi seorang yang kaya di kampungnya itu.
Hasil itu adalah daripada kalungnya itu sendiri kerana segala kehendaknya akan dikabulkan oleh kalungnya. itu. Dia juga suka menolong orang yang miskin dan dihormati oleh orang-orang kampung kerana sikapnya yang terpuji itu.

Hasil Cereka:  Spancer Sandai
 


TAHUN 5

TAJUK: UCAPAN PERPISAHAN

      Yang dihormati tuan pengerusi majlis, guru besar, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Saya mewakili semua murid mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah mengajar kami selama ini.
        Jasa guru akan kami kenangkan. Kami akan mengenangkan semua detik sama ada yang manis atau pahit yang pernah kami lalui selama 6 tahun di sekolah ini. Kami mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru-guru yang bertungkus-lumus tanpa mengira penat dan jemu untuk mendidik kami agar semua anak didiknya mempunyai masa depan yang cerah
        Guru ibarat sebatang lilin yang sanggup membakar diri untuk menerangi orang lain. dengan kesempatan ini, saya mewakili semua murid-murid Tahun 6, menyusun sepuluh jari meminta maaf seandainya terdapat kesalahan dan tersilap tutur kata yang mungkin pernah kami lakukan selama ini. Saya bagi pihak murid-murid Tahun 6 juga berjanji akan belajar bersungguh-sungguh di sekolah baru kami nanti.
        Setelah melangkah ke sekolah, kami tidak akan bersikap seperti kacang lupakan kulit. Kami akan mengingati jasa dan pengorbanan guru-guru sekalian. Jasa dan pengorbanan  guru-guru sekalian akan kami kenang buat selama-lamanya.
        Sekian sahaja ucapan saya, terima kasih.

Hasil Karangan: Xylia Chan


TAHUN 4

TAJUK: MIMPI YANG MENAKUTKAN

        Pada suatu malam, aku tinggal seorang diri di rumah. Ayah dan ibu masih belum pulang dari menghadiri majlis kenduri perkahwinan anak bapa saudaraku. Di luar rumah, hujan turun dengan lebatnya disertai dengan kilat yang sambung-menyambung. Aku menonton televisyen di bilikku kerana berasa tersangat sunyi. Tiada orang yang dapat kuajak berbual-bual.
        Aku menoleh ke arah jam usang di dinding. Rupa-rupanya, jam dinding telah menunjukkan hampir pukul 12.00 malam. Aku semakin risau kerana bayangan ibu dan bapaku masih belum kelihatan lagi. Pelbagai prasangka meraguiku. Aku tiba-tiba menjadi bimbang. Aku bimbang ayah dan ibuku terlibat dalam kemalangan. Aku berdoa agar ibu bapaku dalam keadaan selamat.
        Tiba-tiba, kedengaran ketukan bertalu-talu. Aku berasa gembira kerana menggagak ayah dan ibuku sudah pulang. Tetapi aku berasa hairan kerana tiada kedengaran bunyi kereta ayah. Aku mulai berasa seram. Aku bergegas untuk membuka pintu. Dadaku berdebar-debar. Sebaik sahaja pintu dibuka, alangkah terperanjat aku apabila melihat seorang wanita yang bertudung hitam berdiri di hadapan muka pintuku. Wajahnya amat menggerikan.
        Dia memandang tajam ke arahku. Peluh dinginku mula keluar. Bulu romaku juga turut berdiri.  Dia cuba menerkam tubuhku. belum sempat dia menerkamku, aku menendangnya dengan sekuat-kuatnya sehingga wanita yang bertudung hitam itu tersungkur ke tanah. Aku pun menutup pintu. Tiba-tiba, mataku kabur dan aku pun pengsan.
        Setelah membuka mata, aku terperanjat melihat ibu dan ayah disampingku. Perempuan yang berwajah ngeri itu telah lenyap dan tidak kelihatan lagi.

Hasil Karangan : Simba Ak Jenang



TAJUK:  SUASANA DI PERPUSTAKAAN

        Perpustakaan adalah satu tempat khas di mana semua jenis bahan-bahan bacaan boleh didapati. Boleh dikatakan semua sekolah di negara ini mempunyai perpustakaannya  sendiri untuk kegunaan murid-murid dan guru-guru.
        Di perpustakaan, kita boleh mendapat pelbagai jenis bahan bacaan seperti buku cerita,buku bahasa Malaysia, majalah, buku-buku rujukan, surat khabar, buku bahasa Cina dan buku bahasa Inggeris. Bahan-bahan ini disusun dengan kemas di atas rak-rak yang disediakan.
        Kita boleh membaca buku cerita dan membuat rujukan di perpustakaan. Kita juga boleh membuat ulang kaji dengan selesa kerana perpustakaan selalunya dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Sekiranya kita ingin meminjam buku cerita balik ke rumah, kita perlu mempunyai kad khas untuk membuat pinjaman. Semasa berada di perpustakaan, kita dikehendaki mematuhi peraturan-peraturan perpustakaan yang ditetapkan. Antara peraturan tersebut adalah seperti tidak dibenarkan makan dan membuat bising, menggunting dan mengoyak gambar di dalam buku dan membawa keluar apa-apa bahan dari perpustakaan tanpa kebenaran.
        Oleh sebab perpustakaan itu penting, kita haruslah menggunakannya dengan betul. Patuhilah semua peraturan agar semua pengguna mendapat manfaat yang sepenuhnya daripada penggunaan perpustakaan.

Hasil Karangan :   Joe



TAJUK:  BERGOTONG-ROYONG

        Pada hari Sabtu yang lepas, sekolah saya telah mengadakan aktiviti gotong-royong. Pada pukul 7.30 pagi, semua murid-murid dikehendaki berhimpun di padang sekolah. Mereka membawa pelbagai peralatan seperti cangkul, pongkes, penyapu, tuala buruk, sabit, baldi, tong sampah dan sebagainya. Cikgu Tan membahagikan mereka kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki menyempurnakan tugas mereka masing-masing.
        Bagi kumpulan kami, saya telah dilantik menjadi ketua kumpulan. Kumpulan kami ditugaskan untuk mencabut rumput, menanam bunga dan menyiram pokok bunga. Kumpulan yang lain pula ditugaskan untuk mengutip sampah, menyapu sampah, mengutip daun-daun kering, mencuci longkang mengelap tingkap dan sebagainya.
        Kami bekerja dengan bersungguh-sungguh supaya kerja kami cepat siap. Pada pukul 9.30 pagi, kerja kami pun selesai. Kami berasa puas dan gembira kerana kawasan sekolah kami kini bertambah bersih. Guru Besar sekolah kami amat besar hati kerana sikap tolak ansur dan semangat kerjasama yang telah ditunjukkan oleh guru-guru dan murid-murid.
        Walaupun kami berasa letih dan penat setelah bergotong-royong, namun kami berasa gembira kerana kawasan sekolah kami menjadi indah dan bersih.

Hasil Karangan: Lazarus Laja

TAJUK:  SAYA SEPASANG KASUT

        Saya ialah sepasang kasut. Nama saya ialah Bata. Badan saya dibuat daripada getah dan kain kapas. Saya lahir di sebuah kilang pembuat kasut yang terbesar di Malaysia. Saya dibuat oleh pekerja-pekerja di kilang itu dengan dibantu oleh mesin pembuat kasut.
        Setelah saya siap dibuat, saya pun dimasukkan ke dalam sebuah kotak kasut yang cantik.
Selepas itu saya dihantar ke sebuah kedai kasut yang terletak di Negeri Sarawak. Pekedai itu meletakkan saya di atas rak kasut untuk dipamerkan.
        Pada suatu hari, seorang pemuda mengunjungi kedai kasut tempat saya dipamerkan. Pemuda itu memilih kasut-kasut yang dipamerkan di situ. Setelah puas memilih, akhirnya pemuda itu memilih saya. Sekarang, saya mempunyai seorang tuan yang baru. Tuan saya menjaga saya dengan baik dan berhati-hati. Dia sentiasa mengelap badan saya untuk memastikan badan saya sentiasa bersih.
        Setelah sekian lama tuan aku memakai aku, tapak aku menjadi semakin haus dan badanku menjadi berkedut dan calar-balar. Aku tidak secantik seperti dahulu lagi. Tuan aku semakin tidak sukakan aku dan akhirnya dia langsung tidak mahu memakai aku setelah dia membeli sepasang kasut yang lebih cantik dan mahal daripada aku. Sejak hari itu, saya telah disimpan di dalam sebuah setor yang gelap.
        Demikianlah nasib saya sebagai sepasang kasut yang dijaga dengan baik ketika masih baru dan diketepikan setelah usang.

Hasil Karangan : Chang Sioh Jian
 



TAHUN 3

TAJUK: BUAH-BUAHAN TEMPATAN YANG PALING SAYA GEMARI

       Malaysia memang terkenal dengan buah-buahan tempatan yang sedap dan berkhasiat. Buah-buahan tempatan ini bukan sahaja digemari oleh penduduk negara ini, malahan ia juga digemari oleh penduduk luar negeri.
        Buah-buahan tempatan yang paling saya gemari ialah buah durian. Kulitnya berduri dan keras. Baunya sangat harum ketika ia sudah masak. Rasanya sedap dan lazat. Buah durian akan gugur dengan sendirinya apabila masak.
        Kalau melihat kulitnya sahaja, tiada sesiapa pun yang akan menyangka rasanya sedap. Isi buah durian berwarna putih kekuning-kuningan. Ada juga yang berwarna kuning keemas-emasan.
Isinya lembut dan rasanya lemak dan manis. Isi buah durian terletak di dalam ruang-ruang tertentu. Selalunya terdapat empat ulas durian dalam setiap pangsa. Dalam sebiji buah, terdapat kira-kira lima hingga enam pangsa durian.
        Saya suka makan buah durian kerana baunya yang harum serta rasanya yang enak dan manis. Pada kebiasaannya, saya akan makan buah durian bersama nasi.

Hasil Karangan:  Chieng Ai Ling



TAJUK: HOBI SAYA

        Setiap orang pasti mempunyai hobinya sendiri. Ada orang yang suka mengumpul setem, melukis, menanam pokok bunga, memancing atau mendengar muzik pada masa-masa lapang mereka.
        Hobi saya ialah membaca buku. Ibu bapa saya membeli banyak jenis buku cerita kepada saya. Selain membaca buku-buku yang dibeli oleh ibu bapa saya, saya juga suka pergi ke perpustakaan untuk membaca dan meminjam buku di sana.
        Melalui pembacaan, saya dapat menambah ilmu pengetahuan dan meningkatkan tahap penguasaan bahasa saya terutamanya dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
        Di sekolah, saya juga selalu membaca buku-buku rujukan dan buku-buku pelajaran.
Cikgu Lim selalu memuji saya kerana sentiasa mengamalkan amalan suka membaca dan bijak menggunakan masa dengan penuh berfaedah.

Hasil Karangan: Liew Chie Chin
 
 
 

Hosted by www.Geocities.ws

1