PERSIKOL KELANTAN

Berikut adalah rencana yang ditulis oleh pesakit psychiatri yang sedang pulih di rumah, setelah menjalani rawatan di wad psikiatri. Beliau baru saja pulang dari wad selama satu minggu semasa menulis rencana ini

DUNIA KU PSY

Saya tahu!! Semua orang di dunia ini mempunyai cita-cita sendiri. Saya semenjak kecil lagi bercita-cita ingin menjadi seorang Hakim. Dalam pada itu, saya juga bercita-cita ingin menjadi seorang doktor, polis dan ahli kimia.

But the main cita-cita saya ingin menjadi Hakim tidak tercapai namun saya bersyukur kepada Allah (SWT) kerana saya berjaya juga menjadi seorang kerani Mahkamah.

When saya qualified nanti saya akan memakai pakaian biasa dan satu hari nanti saya akan menyarung baju "jubah hitam". Juga ada dibekalkan oleh kerajaan buku undang-undang. So I think is just the same as being a doctor, juga dibekalkan buku dunia Psy. Saya betul-betul happy dapat masuk Wad Psy, macam ambil kursus psikiologi dan psychiatri di Universiti Sains Malaysia. Saya juga dapat bertemu pelbagai-bagai ragam manusia samada pesakit atau jururawat.

Juga doktor pakar Hasanah, Dr Razifah, Dr Norjan dan Encik Zol, serta jururawat yang budiman memberi tahu pada saya iaitu ubat perlu di makan setiap hari dan sampai duniaku kembali normal.

Seperti biasa ku tahu penat lelah doktor adalah untuk berkhidmat pada masyarakat tampa mengira bangsa atau jantina. Hanya Tuhan saja dapat membalas jasa mu.

"NOON" (Wad Cergas) 20 MEI '98.


Pesakit di atas mengidapi Kecelaruan Mood/Perasaan-Fasa Manik, atau dalam bahasa Inggerisnya "Mood Disorder-Manic Phase". Masalah beliau pada mulanya ialah sukar untuk mengikuti nasihat doktor supaya mengambil pengubatan yang perlu untuk meredakan dan memulihkan penyakitnya.

Oleh itu beliau telah diserang oleh kecelaruan Mania yang hebat dan sukar dikawal dengan pengambilan pengubatan sahaja. Alhamdulillah, akhirnya beliau setuju untuk mendapatkan rawatan "ECT" (Electro-convulsive therapy), dan dengan rawatan tersebut beliau telah pulih dengan memuaskan dalam masa 2 minggu.

Semasa menulis rencana ini beliau masih belum pulih 100%, dan masih menunjukkan ciri-ciri "hypomania", tetapi ianya adalah dalam keadaan yang terkawal. Kawalan ini dipastikan dengan pengambilan ubat Lithium Carbonate, iaitu sejenis ubatan untuk mengstabilkan mood. Selepas ini "Noon" perlu mendapat rawatan susulan yang rapi dan beliau berpeluang cerah untuk kembali pulih seperti dirinya yang biasa.

Diantara ciri-ciri "hypomania" yang kelihatan dari rencana "Noon" adalah:- mempunyai banyak idea sehingga terjadi pertukaran topik yang mendadak, nilai diri yang tinggi, gembira dan yakin.

Ciri-ciri tersebut penting diawasi supaya "Noon" tidak bertukar kepada "Mania" atau "Kemurungan". Kepada "Noon" saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi berkongsi perasaan dan fikirannya dan memberi kebenaran kepada saya untuk ceritanya diperbincangkan diruangan PERSIKOL. Semasa memberi artikel ini untuk dimuatkan di PERSIKOL, "Noon" berada di dalam keadaan yang waras.




[KEMBALI KE PERSIKOL]

Hosted by www.Geocities.ws

1