Apa yang kualami ini, adalah benar dan ianya menjadi sejarah dalam diary hidupku. Diam tak diam sudah lebih lima tahun aku sakit. Penderitaan yang kualami ini sungguh menyakitkan. Tiap-tiap bulan aku menerima rawatan di Klinik Psikiatri Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kota Bharu. Tanpa rasa jemu aku terus sabar makan ubat dan dengar nasihat Doktor. Yang paling aku kagum ialah Prof. Azhar, yang merawat aku. Setiap kali bersua dengannya fikiranku tenang dan lapang. Akhirnya penyakit yang ku tanggung selama ini kian hari kian hilang.
September 1995, buat kali yang keduanya aku masuk wad 5 Utara. Semasa berada di dalam wad hari-hari ibuku datang melawat aku. Ibuku seorang yang penyayang, bertanggungjawab dan memahami diriku. Selama aku terlantar sakit, ibukulah yang sentiasa menjagaku. begitu, besar sekali pengorbanannya. Semasa berada di wad aku selalu merajuk untuk pulang. Dr. TN, selalu memarahi aku kerana aku selalu bertanya bila boleh balik. Tapi akhirnya Dr. TN, mengalah apabila ketuanya, Prof. Azhar ............. membenarkan aku pulang.
Aku berterima kasih pada Prof. Azhar, Doktor TN, dan penasihat .............. kaunseling Tn. Hj. Rahim kerana mereka bersusah payah memberiku, kerja sementara di Klinik Psikiatri untuk memulihkan fikiranku. Aku bangga kerana mereka mengatakan yang kerja aku baik dan markah untukku tinggi. Prof. Azhar kagum apabila Dr. TN, mangatakan yang markahku mendapat A.
Semasa aku berada di rumah, Prof.
Azhar dan Tn Hj. Rahim datang melawat aku. Inilah sahaja yang dapat kutulis
dan kupaparkan riwayat kisah hidupku. Semoga pembaca dapat menghayati liku-liku
perjalanan seorang insan yang malang dan terluka.
Nukilan :-
TSASg.
5 Utara