|
RENCANA DARI YANG DI PERTUA PERSIKOL My E-mail |
PENYAKIT MENTAL
Pengenalan
Alexander dan selesnick dalam buku
mereka “ History of Psychiatry “ pada tahun 1966 telah menulis bahawa pesakit
-pesakit mental wujud untuk ditakuti , dimarahi, diketawakan,disiksa
. Sayangnya hampir 30 tahun kemudian sikap manusia terhadap pesakit -pesakit
mental masih lagi tidak berubah.
Pada abad ke 17 dan 18 , pesakit-
pesakit mental dikurung di dalam institusi- institusi dan dianggap
tidak berguna lagi pada masyarakat., dan keadaan ini telah berterusan sehingga
ke awal abad ini. Dengan terciptanya terapi konvulsi eletro pada tahun
1953 oleh Cerleti dan Bini dan penemuan ubat klorpromazin pada tahun 1953
satu revolusi telah berlaku dalam psikiatri.Prognosis untuk penyakit- penyalit
mental terutamanya skizofrenia telah tiba- tiba menjadi cerah. Sejak dari
itu bermacam- macam penemuan baru terutama dalam bidang psi ko farmakoterapi
telah memberi harapan kepada pesakit- pesakit mental. Mereka dapat diubati
dalam jangkamasa yang cepat dan tidak perlu lagi dikurung di institusi-
institusi atau di wad- wad. Disamping itu penemuan- penemuan baru didalam
bidang “psikoterapi” juga telah dapat menghindarkan penggunaan “
psikonalisis” yang memerlukan masa yang lama tetapi tidak mendatangkan
hasil yang setimpal. Tumpuan sekarang adalah terhadap “psikoterapi jangka
pendek” yang khusus dan perkhidmatan berasaskan komuniti.
Jenis- jenis penyakit mental
Jenis- jenis penyakit mental juga
telah berubah dengan berubahnya keadaan hidup masyarakat. Penyakit mental
yang paling serius adalah “ skizofrenia” dimana pesakit akan hilang keupayaan
untuk membezakan antara perkara realiti dan yang bukan realitidan pesakit
akan terus hidup didalam alam khayalan. Penyakit yang biasanya disebabkan
oleh keturunan ini masih berleluasa didalam lingkungan 1% jumlah penduduk.
Walaupun penyakit ini serius tetapi jika dikesan dengan cepat dan dengan
pengubatan sesuai ia boleh dikawal dengan sempurna dan pesakit boleh menjalankan
tugas- tugas yang “routine dan simple”.
Skizofrenia
Kebanyakan dari gejala skizofrenia
disebabkan oleh kecelaruan proses mental. Kepada orang yang normal, fikiran,
percakapan, pendengaran adalah pengalaman subjektif yang berbeza tetapi
pada pesakit perbezaan ini menjadi kabur. Fikiran yang timbul dalam otak
pesakit akan dialami sebagai suara asing dari luar dan kebanyakan dari
fikiran dan perasaan pesakit akan dirasai seolah- olah diketahui dan disebabkan
oleh orang lain. Pengalaman subjektif yang aneh ini ditambah dengan “delusi”
bahawa orang perseorang, organisasi atau kuasa- kuasa yang natural atau
yang tidak natural dalah bertanggungjawab diatas pengalaman yang dihadapi.
“ halusinasi” juga berleluasa terutamanya yang berbentuk “ auditori” dimana
suara- suara menyebut pesakit sebagai orang kedua atau membuat komen terhadap
pesakit. Fikiran akan terganggu sehingga percakapan pesakit menunjukkan
penggunaan perkataan yang tidak logik atau fikiran idiosinkratik anih dan
luar biasa dan tak dapat difahami. Ini boleh berlarutan sehingga menjadi
gangguan atau membantut aliran percakapan yang akan menjadi “ disconnectad”
sehingga tidak dapat difahami langsung. Interpretasi pesakit terhadap persekitarannya
akan menjadi terganggu sehingga ia percaya bahawa objek- objek dan perkara-
perkara yang berlaku seharian seperti percakapan, siaran televisyen dan
sebagainya mempunyai makna yang lain dan ditujukan khas untuknya.
Kawalan emosi juga terganggu dan
cetusan emosi yang tidak diduga seperti tiba- tiba menjadi ganas atau “mood
swings” kerap berlaku. Pada setengah pesakit pula mereka kehilangan daya
perasaan atau emosi dan menjadikan pesakit “blunted” atau “ apathetic”.
Gangguan seperti ini juga boleh berlaku pada aktiviti motor dimana pesakit
menjadi resah ataupun katatonik yakni pesakit tidak akan bergerak langsung
dan akan tinggal didalam sesuatu postur sehingga ia diubah ataupun diubati.
Gejala- gejala lain yang boleh berlaku
adalah seperti delusi “grandeur” , keagamaan, seksual, perubahan somatik,
halusinasi- halusinasi, bauan-bauan, sentuhan, perasaan terpisah dengan
orang lain (depersonalization), dan perasaan tidak berada dialam nyata
(yang asli) atau terpisah dengan persekitaran (derealization).
Sebab- sebab skizofrenia
Apakah yang menyebabkan skizofrenia
masih belum diketahui dengan tepat tetapi banyak kajian telah menunjukkan
pentingnya faktor kecenderungan bersifat genetik. Juga faktor- faktor somatik
dan sosial dapat mempengaruhi berulangnya penyakit ini. Kajian- kajian
(kadar konkordon) dalam kembar monozigotik yang dipelihara bersama dan
berjauhan menunjukkan kadar kondordana 50 - 60% berbanding 12% dalam siblings.
Kadar- kadar ini tidak menunjukkan satu genetik model Mendellian yang biasa
kecuali model multifaktoral poligenetik yang tidak spesifik. Baru- baru
ini satu kontroversi telah terjadi apabila satu kajian telah menunjukkan
lokus genetik pada kromoson 5 tetapi sehangga kajian replikasi dapat dilakukan,
kita tidak dapat membuat kesimpulan awal terhadap penyebab skizofrenia.
Selain dari itu personaliti pesakit
juga dikatakan penting sebagai faktor penyebab. lebih kurang 35% pesakit
skizofrenia adalah pemalu dan suka bersendiri sebelum gejala menjadi ketara.
Pengaruh organik juga adalah penting. Sebahagian dari pesakit pernah mengalami
kecederaan pada otak., ketumbuhan otak dan juga kesan- kesan toksik pada
otak seperti amfetamin dan sebagainya. pertalian dengan pesakit epilepsi
juga telah dibuktikan di dalam beberapa kajian “ Computerized Tomography
Scanning” dan “ Magnetic Resonance Imaging” telah menunjukkan perubahan
berlaku pada otak pesakit skizofrenia seperti pembesaran ventrikel serebral
otak yang marginal.
Teori- teori biokimia dan virus
menggambarkan yang kelainan biokimia yang spesifik adalah mustahak dalam
(asal usul) skizofrenia. Ubat- ubat seperti fenotiazin dan penggunaan amfetamin
dos tinggi serta antagonis dan agonis dopamin telah menyebabkan adanya
hypotesis yang menunjukkan sebagai salah satu penyebab tetapi ini didasarkan
kepada penemuan- penemuan yang tak langsung dan tak menyeluruh. Hypotesis
virus juga demekian ( kerosakan oleh slow virus dan retrovirus).
Kajian- kajian terkini adalah mengenai
“cerebral laterality” dan hemisfera yang dominan. Bukti- bukti kini menunjukkan
bahawa pesakit skizofrenia mempunyai gangguan pada imbangan fungsi- fungsi
cerebral diantara kedua- dua hemisfera otak.
Rawatan pesakit skizofrenia biasanya
mengambil masa yang lama dan terbahagi kepada tiga tatacara. Ia terdiri
dari rawatan fizikal dalam bentuk farmakoterapi dengan ubat- ubat fenotiazin
atau butirofenon. Kesan rawatan ini hanya sekadar 50% sahaja dan rawatan
psikologikaldalam bentuk kaunseling dan latihan asertif perlu juga dijalankan.
Yang penting sekali adalah rawatan sosial terutamanya dalam bentuk pemulihan.
Beberapa program seperti rangsang sosial dan latihan pekerjaan dijalankan
di jabatan agar pesakit dapat berfungsi sebaik mungkin (lihat gambar).
Tidak kurang penting adalah masyarakat harus dapat menerima pesakit apabila
mereka selesai menjalani satu program pemulihan supaya penyakit tidak berulang.
Penyakit Depresi
Sejenis lagi penyakit mental yang
mudah diubati tetapi serius dan dapat menurunkan productiviti individu
adalah “ depresi endogenus”. Penyakit ini menyebabkan pesakit menjadi murung,
tidak berminat pada semua jenis rangsang, mempunyai masalah tidur, kurang
daya tenaga, tidak dapat memberi tumpuan dan lebih serius lagi menaruh
perasaan tidak berguna, masa depan yang gelap dan lebih berminat untuk
mati. Pesakit- pesakit ini selalunya cuba membunuh diri. Mereka ini jika
diberi pengubatan awal yang sempurna akan sembuh seperti sediakala selepas
beberapa minggu, tetapi jika tidak mungkin berkesudahan membunuh diri.
Di antara penyebab utama penyakit
ini adalah faktor genetik. Kontribusi genetik adalah ketara pada pesakit
- pesakit yang mempunyai gejala- gejala biologikal seperti gangguan tidur,
gangguan selera makan, penerunan berat badan, sembelit, pengurangan dorongan
seks, dan pada pesakit wanita gangguan haid, didalam semua kajian yang
di jalankan didapati risiko morbiditi di dalam ahli keluarga paling rapat
(first degree relative) adalah tinggi.
Di dalam kajian kembar, kadar konkordans
pada kembar monozigotik adalah 65% dan dizigotik adalah 14% . Kanak- kanak
yang mempunyai ibu- bapa biologikal yang mengalami depresi yang dibela
oleh keluarga angkat (adopted), kadar penyakit ini pada kanak- kanak tersebut
tetap tinggi jika dibandingkan dengan kanak- kanak yang tidak mempunyai
ibu- bapa biologikal yang mengidap penyakit tetapi dibela oleh keluarga
angkat. Kajian- kajian ini menunjukkan penyakit ini adalah keturunan bukan
disebabkan oleh perubahan persekitaran.
Sebab- sebab depresi
Faktor- faktor penyabab lain adalah
faktor sosial. Kajian (life events) Penelitian pada peristiwa- peristiwa
menunjukkan penyakit ini boleh dikaitkan dengan peristiwa kehilangan- kehilangan
pekerjaan, keluarga, sahabat, wang ringgit, kesihatan, atau status. Adalah
dianggarkan bahawa peristiwa hidup yang teruk atau luar biasa di dalam
masa enam bulan selepas peristiwa tersebut akan menambahkan risiko penyakit
ini. Walau bagaimanapun ada beberapa faktor yang dapat mengubahsuai atau
mempengaruhi gerakan individu terhadap peristiwa tersebut. Diantara faktor-
faktor ini adalah latar belakang kelas pekerjaan, hubungan dengan teman
hidup, tidak mempunyai pekerjaa, bilangan anak lebih dari tiga orang, kehilangan
ibu- bapa sebelum umur 11 tahun.
Kajian- kajian terkini tertumpu
terhadap mencari petanda biologikal untuk depresi. Salah satu yang mula
di kaji adalah Dexamethasone Suppression Test (DST). Satu dos deksametason
diberikan pada sebelah petang dan kadar plasma kortisol dicatat pada hari
berikutnya. Ketidakupayaan untuk menekan rembesan kortisol endogenus dibawah
satu tahap rujukan menunjukkan depresi endogenus terutamanya sekiranya
ada berlaku kekurangan berat badan pada pesakit. kelainan ini menunjukkan
adanya hyperaktiviti paksi hipotalamopituitari - adrenal.
Satu lagi penemuan adalah
ketidakupayaan klonidin, satu ubat bersifat agonis reseptor alpha -2 untuk
meransang rembesan hormon pertumbuhan. Gerakan ini menjadi normal seketika
dengan rawatan ubat antidepressi kemudian menjadi abnormal semula menunjukkan
bahawa mereka yang mengalami depresi, mempunyai keabnormalan pada reseptor
alpha -2, di hipotalamus. Seperti pada DST, ujian ini hanya abnormal dalam
pesakit yang mempunyai depresi endogenus.
Ritma sircadian yang abnormal juga
telah didapati pada pesakit depresi. Secara klinikal ini dilihat dari perbezaan
sahaja (diurnal varition) terhadap emosi pesakit iaitu, bangun pada awal
pagi umpamanya pukul 2 pagi dan terus tidur lagi.Kadang kala penyakit yang
berkala, umpamanya depresi hanya pada satu- satu masa yang sama setiap
tahun. Kelainan pada ritma sircadian kortisol dan melatonin telah didapati
dan EEG semasa tidur menunjukkan fasa pertama tidur jenis REM, (rapid eye
movement) berlaku lebih awal dari normal. Juga pada setengah pesakit didapati
keadaan supersensitif terhadap cahaya yang terkena retina yang mengakibatkan
tekanan hormon melatonin. Kelainan pada aras monoamin diotak terutamanya
noredrenalin dan serotonin sukar dibuktikan. Ini adalah kerana amat sukar
sekali untuk menyukat aras amin pada lokasi- lokasi penting seperti sistem
limbik. Juga cecair serebrospinal tidak dapat digunakan dengan baik sebab
cecair ini boleh dipengaruhi oleh bermacam- macam faktor seperti postur,
diet dan latihan. jasmani. Walau bagaimanapun penemuan dan keupayaan ubat-
ubat antidepresi yang lebih baru dan selektif menunjukkan adanya peranan
monoamin- monoamin ini.
Setakat ini semua petanda- petanda
ini tidak menunjukkan sebarang kegunaan dignostik, tetapi ia tetap menunjukkan
kaitan stastik yang kuat. Kepuutsan false- positive juga terdapat pada
penyakit- penyakit perubatan yang lain dan tidak hanya pada penyakit depresi
endegonus.
Seperti skizofrenia, rawatan depresi
terbahagikepada dua faktor utama iaitu rawatan dengan ubat- ubat anti-
depresi , atau ECT (Electro Convulsive Theraphy) dan rawatan psikologikal.
Gangguan Bipolar ( “ Bipolar Disorders”
) pula merupakan sejenis lagi penyakit keturunan dimana pesakit akan mengalami
depresi (seperti diatas) dan “ Mania” secara bergilir- gilir.
“ Mania” adalah satu keadaan dimana pesakit akan menjadi terlalu
aktif hingga ia dapat merosakkan dirinya. Emosi pesakit biasanya euforik
atau teraja, tetapi kadangkala “irritable”, “ hostile” dan membinasakan,
daya tenaga pesakit akan bertambah dan mereka merasa tidak perlu pada tidur
atau rehat.Mereka mempunyai fikiran- fikiran luar biasa yang “ grandiose”
dan kadang- kadang sampai ketahap delusi. Mereka kerapkali mempunyai masalah
ekonomi kerana berbelanja berlebihan dan tidak dapat memahami dan menerima
akibat tindakan yang dilakukan. Pada peringkat permulaan pesakit hanya
kelihatan seperti “ bersemangat tinggi” terutamanya apabila ia sebelum
ini mengalami episod depresi dan perlu bekerja keras untuk “ menyudahkan”
aktiviti- aktiviti yang tidak dilakukansemasa ia bersedih. Penyakit ini
juga dapat diubati jika diberi rawatan awal dan khusus.Rawatan utama adalah
dengan ubat Litium karbonat.
Penyakit mental lain
Penyakit- penyakit mental lain yang
kurang serius, tetapi dapat menyebabkan pesakit menderita dan juga dapat
merugikan negara kerana mereka tidak berfungsi normal adalah neuroses,
gangguan personaliti, gangguan psikomatik, dan gangguan pengubahsuai.(personality
disorders, psychomatic disorders dan adjustment disorders). Penyakit- penyakit
ini dahulunya kurang didapati, tetapi dengan perkembangan perindustrian
dan modernisasi masyarakat yang pesat mereka yang tidak menurut rentak
perubahan mengalami tekanan jiwa dan masalah- masalah diatas terutamanya
neuroses, gangguan pengubahsuai dan gangguan psikomatik telah bertambah.
Masalah seperti ketidakstabilan rumahtangga, kesesakan perumahan dan mendera
kanak- kanak telah juga bertambah. Ini semua adalah masalah baru dan memerlukan
kajian dan rawatan yang baru juga. Semua masalah ini perlu diubati dengan
cara “psychotherapy” yang khusus dab cara psikoterapi analitikal yang dilakukan
di negara- negara barat biasanya tidak sesuai dengan penduduk tempatan
terurtamanya penduduk Kelantan. Jadi satu kaedah yang baru perlu ditemui
segera untuk membantu pesakit- pesakit ini dan usaha sedang dibuat kearah
ini di Jabatan Psikiatri. Walau bagaimanapun rawatan yang sedia ada telah
dapat membantu sedikit sebanyak pesakit- pesakit ini.
Selain dari itu masalah penggunaan
dadah juga telah berleluasa dan sehingga kini masih belum dapat di bendung
dengan sempurna walaupun undang- undang yang ada adalah tegas.Puncanya
adalah keluarga dan masyarakat dan disinilah peranan komuniti psikiatri
yang perlu diwujudkan. Tetapi tanpa kesedaran, masyarakat komuniti psikiatri
tidak akan berkesan.
Satu lagi masalah yang amat ketara
yang tidak disedari masyarakat ialah masalah psikiatri kanak- kanak. Masalah
mental di kalangan kanak- kanak kian bertambah dan pada 7 bulan pertama
tahun 1992 sahaja unit Psikiatri Hospital Universiti Sains Malaysia telah
merawat 62 orang pesakit kanak- kanak dibawah umur 12 tahun. Masalah utama
adalah ( “behaviour problems”) masalah tingkahlaku, hiperaktiviti,( “learning
disorders” ) masalah pembelajaran,
(“ school phobia”) fobia sekolah
dabbeberapa masalah lain yang disebabkan oleh masalah di dalam rumah tangga
dan keluarga kanak- kanak ini.
Jadi masalah mental memang ada dan
tidak boleh diketepikan. Sebenarnya setiap penyakit fizikal juga memberi
kesan tekanan jiwa disebabkan penyakit fizikal itu. Umpamanya pesakit kanser
tentu akan mengalami tekanan jiwa, tetapi masalah- masalah ini biasanya
diketepikan dan jika pesakit itu diberi rawartan mental bersamaan dengan
rawatan fizikal nescaya pesakit akan merasa lebih segar dan gerak balasnya
terhadap pengubatan fizikal juga akan menjadi lebih baik.
Kesimpulan
Masyarakat mempunyai peranan didalam
rawatan pesakit mental. Dengan kesedaran diharapkan satu masyarakat penyayang
akandapat dihasilkan. Semoga masyarakat penyayang ini peka pada masalah
pesakit mental dan tidak lagi curiga dan takut kepada mereka dan terus
membantu mereka untuk mencapai matlamat masyarakat yang sihat mental dan
fizikal pada abad akan datang.
Bibliografi
1) Alexander FG, Selesnick S.T.
“History of Psychiatry”,
New York. Harper and Row 1966;ms 24-27.
2) S. L Varma, M. Z Azhar “ Changing
Trends in Psychiatry”.
Editorial in DIAGNOSA, July 92; ms 5-7.
Prof. Madya (Dr) Azhar M. Zain
Yang Dipertua
PERSIKOL.
|
|