~HISTORY~
- Bahasa Melayu Ver. -





#GeRaI UnderNet...

Novel ini bertajuk '#gerai - Amenda tuh?' Ditulis oleh PsycoKiLL (*!*Psyco.KiLL@**.*)



Gerai. Apa itu Gerai? Apakah sebenarnya itu Gerai? Apa ada kat Gerai? Dimanakah Gerai itu? Kenapa ia dipanggil Gerai dan tak dipanggil 'Tempat Makan' ke, 'Tempat Minum' ke, 'Tempat Lepak' ke, 'Tempat Borak' ke, apa ke? Dari manakah datangnya Gerai? Siapa ada kat Gerai? Wujud ke Gerai tu? Gerai apa yang kau cakap nih? Gerai nih sape yang bukak?

Ini adalah bentuk soalan-soalan yang selalu dipertanyakan dan di kemukakan. Jangan takut, semuanya akan terjawap setelah korang baca cerita nih. Sebenarnya Gerai yang kita maksudkan adalah '#Gerai' atau pun dalam bahasa omputihnya 'Channel Gerai'. #Gerai nih sebenarnya adalah salah satu channel borak atau pun IRC (Internet Relay Chat) yang menggunakan mIRC. Untuk membezakan #Gerai kami nih dengan #Gerai yang lain senang aje, #gerai yang dimaksudkan terletak didalam Server 'Undernet' dan ia adalah salah satu Channel yang berprestij tinggi - setinggi 7 bintang. Bersama-sama ini, #Gerai Undernet telah di iktiraf oleh semua pelanggan tetapnya sebagai Channel yang lain daripada yang lain. Kesemua pelanggan, atau lebih manis jika di panggil 'Sahabat', mempunyai satu cita rasa yang sama, iaitu mewujudkan satu Channel yang selesa untuk berborak dan bertenet. Dalam pendek kata, #Gerai ni ngam gila oooooo.... Rugi la korang kalau tak penah try test cuba masuk.

#Gerai Undernet telah di terokai oleh seorang pemuda yang berwawasan tinggi. Pemuda ini mempunyai cita-cita untuk membuka sebuah gerai makan di salah satu area yang terletak di Kuala Lumpur, tetapi alangkah duka citanya beliau apabila modalnya tidak mencukupi. Pemuda yang berwawasan ini tidak lain dan tidak bukan, ialah W. Naik pening mamat nih berpikir macammana nak melaksanakan cita-cita tertinggi beliau. Setelah 4 tahun berfikir panjang, beliau pun mendapat satu akal, iaitu mencari rakan kongsi. W pun terus membuat keputusan yang muktamat - tidak boleh tidak - untuk menjelajah tanah Malaysia ini. Setelah tibanya beliau ke Kuala Lumpur, berjumpalah beliau dengan 5 6 orang pemuda yang sedang menganggur. Justeru mutha itu, diajaknya mereka untuk membuka sebuah gerai yang lain daripada yang selainnya.

Maka sahibul hikayat ini akan diteruskan, sangat berbesar hatilah para pemuda-pemuda itu. Tanpa bercakap panjang lagi, terus mereka bersetuju untuk menyertai satu konsortium yang terunggul yang bertaraf dunia nih. Setelah menghadiri lebih kurang 58 mesyuarat di Europe, maka telah di takrifkan bahawasanya tempat yang paling stategik adalah di Kuala lumpur itu sendiri. Dengan ini, langkah pertama untuk membuka #Gerai telah terlaksana. Langkah seterusnya adalah untuk settle dengan pihak berkuasa, iaitu DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur). Seperti yang tertakrif dalam Perjanjian Kuala Lumpur- Seremban 1955, setiap perniagaan di Kuala Lumpur haruslah di daftar di Head Quaters mereka yang tidak mungkin terletak di Johor Baru atau pun Kuala Terengganu, kerana nama pun telah menyatakan segala- galanya. Dengan berkenderaan Proton Wira 2.0 sorang satu, maka dengan perasaan konfidennya mereka telah melangkah buat kali pertamanya ke dalam Banggunan DBKL.

Majmun itu, setelah berada 2 jam di bilik 'Guess Room', maka di panggillah mereka oleh seorang secetary yang cun yang teramat sesangat, Minah namanya, untuk berjumpa dengan Dato' Bandar. Agenda yang telah di sediakan oleh mereka itu pun terus dibentang tanpa berlengah-lengah lagi seperti mengumpat ke, melepak ke, minum teh tarik ke, tanya Dato' Bandar tu pasal secetary dia yang cun tu ke, dan tahhapahapalagitah yang boleh membuang masa dan waktu. Presentation yang berlansung selama 8 jam 56 minit itu pun di akhiri dengan kata-kata pujian terhadap Dato' Bandar itu kerana mempunyai kepintaran dan juga kepandaian memilih secetary yang seperti di katakan tadi, cun nak mampus. Dan tanpa disuruh, hidung Dato' Bandar itu yang bagaikan Terowong Karak Highway, itu pun mengembang dengan secara automatiknya. Keadaan itu sangat sukar untuk di gambarkan, maka bayangkanlah sendiri lubang hidung yang standardnya macam 'Terowong Karak Highway' kembang. Buruk rupa. Hodoh. Semuanya ada. Setelah mendapatkan tandatangan Dato' Bandar itu, maka dengan itu, secara rasmilah tapak perniagaan mereka itu berjaya di miliki oleh pemuda-pemuda berwawasan ini.

Berikutan dengan langkah-langkah berani mereka, telah mendapat perhatian pihak-pihak media massa, seperti media cetak, media bertulis, media hiburan, dan juga Media Kamsah - awek salah seorang pemuda itu. Dengan adanya publisiti yang meluas ini, senanglah mereka untuk mengiklankan berniagaan mereka itu keseluruh dunia, apatah lagi keseluruh Malaysia. Berbagai-bagai gossip telah timbul. Ada yang mengatakan diantara pemuda-pemuda ini, ada yang bercinta dengan anak Sultan yang negerinya tidak di ketahui. Dan ada yang mengatakan bahawa mereka ini mempunyai Sugar Mummy masing-masing. Dengan hati yang tabah, tidak satu pun di antara gossip-gossip liar itu dilayan, malahan ramai yang mempertikaikannya.

Setelah 8 tahun berkumandang dengan gossip-gossip itu, pemuda-pemuda ini menjadi lalai. Lalai dengan donggeng karut yang di cipta sendiri oleh Pak Karut. Justeru itu, terbengkalailah akan project bisnes mereka itu. Sia-sia sajelah mereka mempunyai kertas rasmi bisnes atau nama lainnya, Lesen Perniagaan. Perniagaan itu hanya wujud dalam angan-angan mereka. Tetapi, apabila Sugar Mummy W, telah menghadiahkan 8 biji komputer kepadanya dengan tujuan untuk menghabiskan masanya. Perasaan gembira dan happy jelas tergambar di muka W. Tiada lagi perkataan 'Bosan' dalam hidup W. Maka dengan minat yang teramat sangat itu terhadap komputer itu, maka W mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajarannya dalam jurusan Komputer Sains di luar megara. Alangkah terkejutnya akan para member-member W itu. Tapi tidak terdaya mereka untuk menghalang W, lagi pun pikir mereka niat yang baik tidaklah elok di halang. Maka member-membernya itu pun sangguplah memberi segala galakkan kepada W itu.

Setelah urusan pasport dan visa W di jelaskan oleh Sugar Mummynya itu, maka bersiap-siaplah beliau untuk berlepas ke Dallas, USA. Jurusan Komputer Sains itu akan mengambil masa selama 5 hingga 6 tahun. Sugar Mummy W berasa begitu sedih. Takut-takut kalau W akan melupakannya.

Universiti Of Dallas, adalah salah satu tempat pembelajaran dalam jurusan yang terunggul di dunia pada masa itu. W telah mempunyai ramai kenalan setelah 5 tahun belajar di situ. Antaranya ialah X. X merupakan seorang awek yang cun habis, lebih cun dari Minah - secetary Dato' Bandar Kuala Lumpur. Ramai yang berebutkan akan X. Ramai yang tidak berjaya. Ramai yang putus hati. Ramai yang bunuh diri kerana X. W yang hanya tumpukan perhatiannya terhadap pelajaran, tidak mengetahui akan perasaan X terhadapnya. Pada masa ini, W sedang menghadapi semester terakhir untuk mengejar Degreenya itu. Kehidupan W di Dallas sanggat selesa. Di samping belajar, beliau juga berkerja di sebuah syarikat perfileman, dan berjaya menghasilkan komputer FX pertamanya di dalam bahagian kedua sebuah filem yang di lakunkan oleh Arnold, Edward dan Sara.

Pada ketika itu, tahap kewangan W bolehlah di katakan di dalam 63 juta juga adanya. Lalu, untuk berhentilah akan W untuk berkerja kerana ingin menumpukan perhatiannya terhadap pembelajaran. Lagipun, duitnya tidak akan habis walau pun digunakan seumur hidupnya. Di Universiti Of Dallas, mempunyai sebuah komputer lap yang mengandungi lebih kurang 127 buah komputer, di mana tiada seorang pun yang menggunakannya. Di dalam keadaan itu, W terpikir untuk menjadikan komputer sebagai alat komunikasi moden, di mana pada fikirannya khas untuk manusia berhubung di dalam satu tempat tetapi dimasuki oleh seluruh penduduk di semua negara. Khalid, yang merangkap sebagai kawan rapatnya, pada masa itu telah pun mempunyai satu program yang di ciptanya untuk berinteraksi, tetapi menghadapi masalah kewangan untuk melanjutkan projectnya itu.

Setelah dibincangkan sedalam-dalamnya, maka terpanculah akan satu idea di mana berdasarkan format internet yang famous pada masa itu. Dengan perbelanjaan sebanyak US$3 juta, maka wujudlah sebuah server. Dallas.tx.us.undernet.org, begitulah nama server pertama yang pernah wujud di alam maya ini, yang bermaksud - Dallas Thanks US From Undernet Organisasion. Sambutan terhadap program Khalid sangatlah membanggakan, di mana lebih 99% penduduk Dallas menggunakan programmnya itu. (sebab itu la sever Dallas selau netsplit sebab ramai sangat oleh gunakan server ni).

Secara diam-diam X juga menggunakan program Khalid ini untuk berintraksi. Di situlah X mula berkenalan dengan W, dan bersahabatan mereka mula serious. Setelah berkenalan selama 4 tahun dalam internet, perasaan sayang masing-masing pun di luahkan dengan selambanya. Maka, pertemuan pertama mereka pun telah dirancang. Bertemulah mereka di sebuah restoran.

Dengan tidak melengahkan masa lagi, mereka pun terus mengambil keputusan untuk berkahwin. Berbekalkan gelaran suami-isteri, mereka lebih bebas melakukan apa saja. Termasuk membuat anak. Tetapi IRC tidak di lupakan. Selang beberapa tahun, maka lahirlah anak mereka yang ke 24, juga mengambarkan betapa rakusnya W nih. Dengan berbekalkan berbillion-billion kenalan IRC, timbulah perasaan ingin berhenti terus dari IRC. Setelah memberitahu kesemua kenalan mereka akan bersaraan mereka itu, para member-member IRCnya itu pun terpaksa akur, tetapi dengan satu syarat. Syaratnya ialah, pasangan itu haruslah meninggalkan nama mereka di setiap channel, sebagai tanda dan peringatan terhadap pengasas server pertama di USA - Dallas.tx.us. undernet.org.

Sebelum bersara dari IRC, W dan X ada meninggalkan amanah kepada setiap channel mestilah mempunyai managernya sendiri. Disitu, W telah melantik seorang Channel Manager di dalam setiap channel yang wujud. Dimana didalam channel #gerai, seorang pemuda yang bernama 'ModaB' telah dilantik. Maka dengan perlantikkan rasmi itu, W dan X terus pulang ke tanahair mereka, iaitu Malaysia.

Pada hari bersejarah itu, ModaB yang bergelar Channel Manager #gerai, pun teruslah menjayakan channel yang ditinggalkan kepadanya dengan di bantu oleh sahabat-sahabatnya.

Arrrrrrrggggghhhhhhhhhh!!!!!!!!! idea aku dah habis.....
Arrrrrrrggggghhhhhhhhhh!!!!!!!!! idea aku dah habis.....
Arrrrrrrggggghhhhhhhhhh!!!!!!!!! idea aku dah habis.....
Arrrrrrrggggghhhhhhhhhh!!!!!!!!! idea aku dah habis.....
Arrrrrrrggggghhhhhhhhhh!!!!!!!!! idea aku dah habis.....
Arrrrrrrggggghhhhhhhhhh!!!!!!!!! idea aku dah habis.....
Arrrrrrrggggghhhhhhhhhh!!!!!!!!! idea aku dah habis.....

ada eloknya korang sambung cerita ngarut nih..... aku dah tak larat laaaa...... ngantuk siol..... naik benak kpala hotak aku nih mengeluarkan idea yang macam nak buat Novel nih.... okay!

*** peace..... love..... empathy..... ***
Mutha!

Hmmmmm.... I guess it sound kinda cocky huh... well... what to do... ask Psychokill... he's the one who wrote the DAMN thing *grin*. Anyway, the past is not that important compares to the FUTURE... therefore... we hope that #Gerai will have a good future... Our channel maybe new... but thanks to all... we actually made it to the TOP...Thanks all



[Back to LINKS]


� 1997 [email protected]




Hosted by www.Geocities.ws

1