Projek: Taman Halia

Lokasi: Di hadapan Makmal Sains

Penyelaras: Cik Nor Mazura Majid

Kelas yang menguruskan Taman Halia : 3 Amanah dan 5 Bestari

Sumbangan Halia: Pelajar kelas 3 Amanah dan 5 Bestari

Sumbangan Lengkuas : MPV dan pelajar kelas 5 Bestari

Sumbangan buluh untuk pagar : Pelajar kelas 3 Amanah dan 5 Bestari

Bilangan Batas : Tiga

Dua batas : Penanaman halia

Satu batas: Penanaman lengkuas

Tarikh mula projek: 13 April 2006

 

Nama Saintifik Halia: Zingiber officinale

Nama Famili: ZINGIBERACEAE

 

Nama saintifik Lengkuas: Alpinia galanga

Nama Famili: ZINGIBERACEAE

 

Objektif:

1.      Untuk membolehkan pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran di luar kelas terutama kelas Sains Tingkatan 3 dan Biologi Tingkatan 5

2.      Supaya pelajar dapat melihat dan menanam halia dan lengkuas sendiri untuk mengkaji pembiakan tumbuhan secara pembiakan vegetatif

3.      Untuk memberi penerangan tentang khasiat dan kegunaan halia kepada manusia dalam versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu

4.      Untuk memberi penerangan tentang khasiat dan kegunaan lengkuas pada manusia dalam versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu

5.      Supaya pelajar dapat menghayati Alam Sekitar

6.      Memupuk diri untuk bercucuk tanam

7.      Mengetahui tumbuhan yang banyak di tanam di Tambunan secara komersial iaitu halia

8.      Supaya pelajar mengetahui nama saintifik lengkuas dan halia yang tergolong dalam Famili yang sama

9.       Menyahut seruan kerajaan untuk menjalankan program ‘Buku Hijau’

 

Kumpulan Sasaran: Kelas Tingkatan 1 hingga 6 terutama kelas Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 bagi matapelajaran Biologi kerana terdapat dalam sukatan pelajaran.

 

 

 

Menu Serasi

Hosted by www.Geocities.ws

1