PENGENALAN

Perpustakaan SMK Tambunan telah ditubuhkan semenjak tahun 1971 iaitu bersamaan

dengan  terbinanya bangunan SMK Tambunan. Perpustakaan ini merupakan sumber utama

buku-buku rujukan ilmiah bagi warga SMK Tambunan, terutama sekali bagi warga pelajar.

Nama Perpustakaan Ongkili baru sahaja dirasmikan oleh YB Datuk Dr. Maximus Ongkili

pada 3 Mei 2005. Terdapat 2 pembantu tetap yang dibantu oleh AJK Persatuan Pusat

Sumber yang terdiri daripada pelajar.

 

 KEAHLIAN

Kesemua warga SMK Tambunan, termasuklah pelajar, kakitangan mengajar dan bukan

mengajar adalah dialu-alukan untuk menjadi ahli. Keahlian juga terbuka kepada awam atas

syarat-syarat tertentu. Setiap ahli dikehendaki membuat sekeping kad matrik yang boleh

ditempah dari pembantu perpustakaan dengan harga RM2.50. Setiap kad mempunyai kod

bar yang unik. Kad ini diperlukan setiap kali membuat peminjaman atau pengembalian bahan

perpustakaan.

 

 

 

 

 

 

 

 

   

 

 

 

[Menu Depan]

Hosted by www.Geocities.ws

1