Kecekapan guru disiplin dalam membanteras

Kes pencurian Laptop.

            FEBUARI, satu cubaan pencurian laptop hak milik kerajaan yang cuba

    diseludup keluar dari  kawasan sekolah.

                Pada mulanya, seorang guru telah menggunakan laptop tersebut untuk kegunaan pembelajaran di dalam kelas. Kebetulan pada waktu persekolahan sedang rehat, seorang pelajar yang telah merancang lebih awal dengan menyembunyikan laptop tersebut di sebuah bilik Elektrik Riser. Mereka merancang untuk mengambilnya pad waktu malam.

                Dalam masa yang sama, guru yang menggunakan laptop tersebut telah menyedari kehilangan  laptop yang digunakannya itu.  Kemudiannya,  guru tersebut telah melaporkan kehilangan tersebut kepada guru disiplin sekolah. Selepas guru disiplin mengetahui kajadian itu, dia bersama beberapa MPP sekolah telah membuat sportchek di setiap kelas.tetapi malangnya tidak dijumpai.

                Selepas semua pelajar balik, guru disiplin memeriksa kawasan sekolah dan menjumpai laptop tersebut namun dibiarkan sebagai umpan untuk mengetahui identiti pencuri itu. Pada waktu malamnya guru disiplin bersama beberapa orang pelajar asrama  membuat serbuan apabila mengetahui pencuri itu telah datang kembali untuk mengambil laptop tersebut dan akhirnya pencuri itu dapat ditangkap dan dihantar ke balai polis. Rupa-rupanya pencuri itu ialah seorang pelajar sekolah itu.

Penulis:-

-John Martin,5A

-Marcilus Katus,5C

-Fadzli,5A

-Eldo,5E

 

 
 


Sekian.

 

Hosted by www.Geocities.ws

1