HARAKAH : PM Buat Perkara Tidak Waras - PRM

PM buat perkara tidak waras - PRM

 

KUALA LUMPUR: PRM menyifatkan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad bertanggungjawab menjahanamkan nama baik Malaysia yang dibina selama ini dengan membenarkan bermacam-macam perkara yang kurang waras dilakukan dalam beberapa minggu lepas. 

Presidennya, Dr Syed Husin Ali mengambil kata-kata bahawa sesiapa yang hendak dimusnahkan oleh Tuhan, dijadikan olehNya menjadi kurang siuman dahulu. 

"Kami bimbang dalam nafas-nafas terakhir hidup politiknya Dr Mahathir akan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk melakukan penangkapan beramai-ramai ataupun mengisytiharkan satu lagi perintah darurat. 

"PRM akan menganggap Dr Mahathir bertanggungjawab ke atas segala tindakan," ujar beliau. 

Beliau berkata demikian dalam kenyataannya ke sini turut memutuskan PRM menyeru supaya Mahathir meletakkan jawatan. 

Keputusan itu, kata beliau, dicapai tengah hari 20 September lalu, pada akhir mesyuarat selama tiga jam Jawatankuasa Pusat PRM. 

Kata beliau, pada 10 Oktober 1997, PRM membuat seruan supaya Mahathir merancangkan perletakan jawatannya seawal mungkin dan menamakan penggantinya untuk menjamin kestabilan politik dalam negeri. 

"Akan tetapi tiada siapa menghiraukannya. Beberapa perkembangan yang berlaku dengan begitu cepat akhir-akhir ini menjadikan masa depan Malaysia tidak menentu," ujarnya. 

Kata beliau, Mahathir pada hakikatnya sudah menjadi seorang diktator yang sedang dalam proses membunuh demokrasi dan menghancurkan hak asasi manusia di negeri ini. 

"Dr Mahathir dan `kli' pemerintah yang diketuainya terus menerus merogol dan meliwat media, mahkamah dan polis. 

"Dr Mahathir dan kroni-kroninya berterusan merompak kekayaan dan sumber negeri ini untuk membina monumen-monumen mega dan menyelamatkan syarikat-syarikat milik mereka yang sedang nazak atau secara teknikal sudah bankrup," ujarn 

  

Ke Laman Utama

Hosted by www.Geocities.ws

1