HARAKAH : Tuduhan Dr Abdul Rahim Terhadap Dr Mahathir

Tuduhan Dr Abdul Rahim terhadap Dr Mahathir

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Dr Abdul Rahim Md Ghouse menuduh Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad melakukan apa sahaja, 'beraja di mata, bersultan di hati', sekadar untuk terus berkuasa. 

Beliau berkata demikian dalam kenyataan akhbar di Filipina mengenai perkembangan politik di Malaysia menjelaskan bagaimana Mahathir melakukan apa sahaja. 

Dalam kenyataan beliau itu lebih banyak mengutuk Mahathir seperti diktator 'di senja' pemerintahannya. 

Beliau juga mendakwa segala masalah dan keperitan yang dideritai oleh Malaysia hari ini adalah angkara Dr Mahathir. 

"Beliau (Mahathir) mendakwa untuk menyelamatkan Malaysia tetapi beliau adalah laksana `tikus yang memperbaiki labu'. Segala yang beliau lakukan membawa Malaysia semakin hampir kepada kehancuran. Dr Mahathir perlu undur," ujarnya yang juga bekas Exco Pergerakan Pemuda Umno yang dipecat dari parti itu. 

Beliau juga turut mendesak Dato' Seri Anwar Ibrahim dan lain-lain tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) perlu dibebaskan dengan serta merta tanpa syarat. 

Katanya selagi Anwar dan lain-lain tahanan ISA tidak dibebaskan, selagi itu Malaysia akan terus terpencil dan diasingkan oleh masyarakat antarabangsa. 

  

Ke Laman Utama

Hosted by www.Geocities.ws

1