joke Mahathir
     Mon Oct 26 20:54:23 1998
It is well known that Anwar has a group of think-tank advisors, but not Dr M
     though. I
     wonder if the following story is indeed true:

     A Bomoh told Dr M that there is 2 things that he must do overcome the
     economic crisis:

     Bomoh : Step 1. You must blame the crisis on SOROS for everything.

     Dr M : Why?

     Bomoh : Because SOROS stands for "Speculate On Ringgit Or Stocks". You
     must blame
     him and look at ways to control the ringgit and the stock market.

     Bomoh : Step 2. You must get rid of ANWAR.

     Dr M : What, why him?

     Bomoh : Because ANWAR stands for "A Nation Without Any Ringgit".

     Dr M : But how? This is the most difficult to do, he is popular with the people.

     Bomoh : Aiyoh, you are so stupid lah!!! Look at your name.
     "Make Anwar Homosexual And Then Highlight It Repeatedly!" (MAHATHIR).


By Dr Syed Husin Ali, Presiden PRM

Belanjawan yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Pertama, Datuk Seri Dr
Mahathir Mohamad, tidaklah di luar dugaan. Ia mempunyai unsur-unsur untuk
memulihkan ekonomi negara, menyelamatkan syarikat-syarikat kroni dan
bersedia untuk pilihan raya.

2.  Defisit belanjawan sebanyak RM16.635 bilion bagi tahun 1999 ini sangat
besar. Ditambah dengan defisit untuk tahun lalu, yang dikatakan sebanyak
RM9.6 bilion (termasuk RM7 bilion peruntukan tambahan bagi pembangunan),
bererti jumlah defisit untuk dua tahun 1998-99 melebihi RM26 bilion.
Apakah sumber kewangan untuk menampung defisit sebesar ini?

3.  Pinjaman luar mungkin semakin terbatas oleh kerana kurang keyakinan
terhadap ekonomi negeri ini dan wilayah  serantau. Sumber pinjaman dalam
negeri dan aset pemerintah, tentu sekali akan melibatkan KWSP, Tabung Haji,
SOCSO dan juga Petronas. Hendaklah dipastikan wang rakyat dan pemerintah
ini tidak akan digunakan untuk “membesarkan tembolok” atau menyelamatkan
sebilangan kecil korporat kroni.

4.  Daripada peruntukan lebih RM18 bilion untuk pembangunan, sejumlah lebih
daripada RM4 bilion diketepikan untuk projek-projek pembinaan - terutama
jalan, jambatan, kereta api dan lain-lain. Projek-projek ini tidak
mendatangkan banyak hasil, tidak boleh dieksport, tidak mungkin menambah
daya pertandingan, bahkan tidak pasti boleh menyelesaikan masalah keseskan
jalan. Pengagihan wang ini mestilah dilakukan secara telus, supaya tidak
disalurkan terutamanya kepada kroni-kroni saja. Perlu ditegaskan juga
bahawa walaupun projek-projek ini boleh membantu memulihkan ekonomi buat
sementara, namun dalam jangka panjang ia mungkin mengakibatkan bebanan yang
lebih berat ke atas negara dan rakyat.

5.  Peruntukan sebanyak lebih RM8.7 bilion bagi pertahanan dan keselamatan
adalah terlalu besar. Adakah kita mahu menuju kepada militarisasi? Atau
adakah perbelanjaan untuk operasi-operasi tersembunyi (misalan melalui
Cawangan Khas dan pengintipan lain) akan bertambah. Nampaknya, selain
perbelanjaan untuk membeli senjata, sebagian dari peruntukan ini akan
digunakan jua untuk pembangunan infrastruktur. Sekali lagi perlu diulangi,
pemberian kontrak hendaklah dilakukan secara telus agar korupsi tidak berlaku.

6.  Berbanding dengan peruntukan pertahanan dan keselamatan, peruntukan
bagi pertanian (lebih RM1 bilion) dan alam sekitar (RM390 juta) adalah
sangat kecil. Perlu peruntukan lebih besar bagi pengeluaran pertanian dan
makanan untuk mengurangkan perbelanjaan import. Selain itu perlu juga
disediakan langkah-langkah untuk menjaga harga setengah-setengah keluaran
pertanian dan makanan yang kini sedang merosot turun di beberapa negeri,
khususnya  Kelantan, Perlis dan Kedah. Juga, masalah alam sekitar sekarang
ini bertambah serius dan memerlukan perhatian lebih teliti serta peruntukan
lebih besar.

7.  Kadar inflasi hendak dikawal di sekitar 4 peratus. Tetapi diakui bahawa
kadarnya melebihi 5 peratus tahun lalu kerana kadar inflasi bagi
barang-barang makanan meningkat kepada 8.9 peratus. Sebenarnya ada makanan
yang meningkat lebih tinggi lagi. Langkah-langkah berkesan hendaklah
diambil terutama sekali untuk mengawal harga barang-barang makanan dan
keperluan lain. Kenaikan harga barang ini akan lebih susah lagi hendak
dikawal  sekiranya tol lebuh raya terus dinaikkan. Menteri Kewangan boleh
melupakan saja kempen Inflasi Sifar.
8.  Penambahan cukai untuk rokok dan minuman keras  bukanlah cara yang
berkesan untuk menghilangkan amalan merokok dan meminum minuman keras yang
kurang sihat itu. Nampaknya, media yang dikuasai pemerintah masih belum
berani hendak mengawal pengiklanan berleluasa bagi berbagai-bagai jenis
rokok, barangkali kerana ia memberikan untung besar kepada mereka juga.
Penguatkuasaan melarang merokok di tempat-tempat awam pun tidak begitu
berkesan.

9.  Tidak ada penurunan cukai bagi rakyat ramai. Akan tetapi,
berbagai-bagai insentif cukai diberi kepada pendapatan dari perlumbaan
kereta dan motosikal. Nampaknya masih wujud keghairahan untuk menganjurkan
perlumbaan seperti Formula One. Bahkan sudah mulai timbul pula keghairahan
untuk menganjurkan Sukan Olimpik. Kita tahu bahawa Sukom telah mengalami
kerugian besar. Janganlah nanti sampai keghairahan pucuk pimpinan ini akan
mengakibatkan bebanan ekonomi pula ke atas negara dan rakyat.

10. Menteri Kewangan mengumumkan bahawa cukai pendapatan bagi tahun 1999
tidak dikenakan. Ini satu gimik saja. Sebenarnya, pada tahun 1999 cukai
pendapatan terus perlu dibayar berdasarkan anggaran 1998. Kemudian, pada
tahun 2000 cukai akan dikutip berdasar pendapatan pada tahun itu juga--------------------------------------------------------------------

Hosted by www.Geocities.ws

1