Konspirasi Oleh Yusof Chin dan Hakim Hasnah yang menerima hidayah
Saudara, saya baru saja pulang dari bercuti di kampung. semasa di kampung saya sempat bertemu dan berbual dgn seorang rakan lama yg kini bertugas di KL. Oleh kerana lama tak jumpa, kami berbual agak panjang juga. tapi ada satu kisah yg diceritakan beliau yg amat mengganggu perasaan saya terutamanya keyakinan saya kepada institusi kehakiman kita. saya ragu setelah mendengar kisah tersebut, sama ada DSAI akan dibicarakan secara adil lantaran adanya campurtangan langsung dari orang atasan di mahkamah.
Ceritanya begini, berkait dgn perbicaraan DSAI ketika mula-mula dihadapkan
ke hadapan Magistret Hasnah pada 29 Sept (tentu kita semua masih ingat
matanya yg hitam ketika itu). Menurut rakan saya, pada 28 Sept (malam
sebelum bicara),
Magistret Hasnah telah menerima panggilan telefon dari Ketua Hakim Eusoffe Chin (yg juga merupakan bapa saudara Hasnah!!) yg memaklumkan bahawa hasnah dipilih utk dengar kes DSAI. So hasnah kata dia terima dgn penuh amanah. Tetapi Eusoffe menyambung perbualan dgn menyebut bahawa DSAI akan hadir dgn mata yg 'sedikit lebam' dan pasti akan memohon utk membuat pengaduan. So hasnah telah bertanya 'apa pakcik maksudkan?', lalu jawab Eusoffe 'jangan benarkan permohonan tersebut' dan perbualanpun berakhir.
Keesokannya, maka pendakwaan bermula dan seperti diketahui, DSAI tidak mengaku bersalah dan mengemukakan permohonan utk membuat aduan dia dipukul. Hasnah masih ingat pesanan pakciknya (ketua hakim) malam tadi, tapi Allah maha kuasa, apabila DSAI membuka kacamatanya utk menunjukkan matanya yg hitam, ini telah mengetuk pintu hati Hasnah. Hatinya tidak dapat menerima arahan pakciknya (ketua hakim) supaya menolak permohonan, tapi sbg subordinate beliau seharusnya akur dgn 'arahan' ketuanya.
Oleh kerana pergolakan perasaan yg kuat, hasnah telah menangguhkan
perbicaraan selama hampir dua jam sebelum membuat keputusan samada menerima
aduan DSAI atau tidak. Semasa waktu rehat inilah, hasnah telah menelefon
suaminya dan menceritakan keadaan DSAI yg teruk, serta perasaannya yg tidak
tenang utk menolak permohonan tersebut. Suaminya telah menasihatkan Hasnah
supaya berwudhu' dan solat dua rakaat sebelum membuat keputusan. Dan inilah
hidayah Allah, selepas solat dan berdo'a, maka Hasnah telah memanggil semula
sidang mahkamah dan mengumumkan keputusan yg mengejutkan Eusoffe dan para
konspirator, iaitu membenarkan DSAI menceritakan deraan yg dialaminya bahkan
membenarkan doktor keluarganya utk membuat pemeriksaan. Allah telah
memberikan kekuatan kepada hasnah utk bangun sebagai penegak kebenaran,
sekaligus memusnahkan rancangan para konspirator utk menutup isu deraan
DSAI. Keputusan hasnah yg bertentangan dgn 'arahan' ketua hakim serta
merosakkan perancangan konspirator menyebabkan beliau kini dipindahkan ke
mahkamah yg lain (dengarnya di taiping) dan inilah puncanya kenapa DM begitu
marah dan melatah bila disoal pasal mata lebam, sebab dia tak expect plan
asal akan gagal. Benarlah firman Allah : 'mereka merancang dan Allah jua
merancang, dan Allah adalah sebaik-baik perancang'
sebab itulah selepas kes ini, hanya hakim yg sama (patail) yg dengar kes-kes rayuan berkait DSAI. Bagaimanakah saya mampu menyimpan kisah ini? hati saya juga bergolak. Maka sebab itu tolonglah sebarkan kisah sebenar tentang 'tangan-tangan di balik tabir' dlm sistem perundangan kini. Semoga Allah membebaskan kita dari belenggu kezaliman ini.
sekian, terima kasih kerana sudi mendengar rintihan hati saya. wassalam
tupang