Rakyat diseru dalami ilmu Islam


SURAT PEMBACA
Rakyat diseru dalami ilmu Islam
 

Saudara Pengarang,

SEMPENA Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan, Perdana Menteri
kita mengambil peluang untuk bercakap tentang Islam. Apa yang menarik,
beliau meminta umat Islam di negara ini berusaha mendalami ilmu Islam,
ini sangat baik. Mungkin beliau lupa menasihatkan kita agar mencontohi
Islam yang beliau fahami seperti membaca doa di majlis yang di dalamnya
bercampur aduk lelaki dan perempuan yang tidak aurat, malah ada yang
mewarna rambut mereka seperti di Sukan Komanwel yang baru berlangsung.

Beliau juga menyentuh isu tentang mayat bertukar menjadi khinzir.
Apabila kita bercakap mengenai urusan Allah carilah kata-kata yang
sesuai. Sebab tidak mustahil bagi Allah menukar mayat kepada apa sahaja
bentuk yang ditentukannya. Ingatlah Allah itu sentiasa melihat,
mendengar dan mengetahui segala urusan.

Seperkara lagi, beliau menasikatkan agar kita menghayati bacaan al-Quran
dan maknanya. Persoalannya, setelah begitu banyak majlis tilawah yang
dianjurkan sama ada untuk peringkat kebangsaan dan antarabangsa di
sepanjang pemerintahan beliau dan sudah berapa banyakkah yang beliau
ambil dari al-Quran yang mulia itu.

AHMAD MURAD,
Johor Bahru, Johor.

Hosted by www.Geocities.ws

1