Kenapa bimbang dengan Gerak



SURAT PEMBACA
Kenapa bimbang dengan Gerak
 

Saudara Pengarang,

SEHINGGA hari ini perkataan dan bunyi Gerak adalah satu perkara yang
menakutkan bagikerajaan.Ia dibuktikan melalui pelbagai cara bagaimana
kerajaan terpaksa membuka fail baru dalam permasalahan ini.

Walaupun usia Gerak begitu baru dalam senario politik tanah air namun
ianya cepat melahirkan pelbagai reaksi dari masyarakat umum khususnya
kerajaan sendiri. Dalam perkara ini, sebagai seorang yang menyokong
kebenaran saya berpendapat bahawa kerajaan BN tidak harus takut kepada
Gerak kerana ia bukan membela Anwar Ibrahim dan rakan-rakan yang sama
dengannya yang kini mendiami satu tempat yang semua orang benci tetapi
menegur dan menasihati kerajaan supaya tindakan ISA dihapuskan kerana
amat bertentangan dengan budaya perundangan dan kemanusiaan sejagat.

Apabila seseorang dikenakan ISA ia dinafikan hak untuk membuktikan ia
tidak bersalah walhal dalam undang-undang British pun memberi peluang
kepada pesalah membuktikan ia tidak bersalah, apatah lagi dengan roh
perundangan Islam. Maka ianya amat tidak tepat sekali.

Setelah Gerak meneruskan perjuangannya maka ada seorang Pak Menteri dari
MCA telah berani menyatakan di atas nama kerajaan bahawa Gerak adalah
haram kerana tidak didaftarkan di bawah Pendaftaran Pertubuhan Malaysia
(ROS). Saya ingin bertanya kepada beliau kalau Gerak yang hanya
melibatkan NGO ini haram bagaimana pula dengan Barisan Nasional(BN)
setakat yang diketahui juga tidak didaftarkan.

ANAK JANTAN TOK WAKIL,
Pulai Chondong, Kelantan.

Hosted by www.Geocities.ws

1