Sokong tubuh badan khas mangsa penganiayaan
Setuju sbb saya salah seorang diantaranya yang teraniaya. Polis memukul
tanpa belas kasihan dan menerangkan kesalahan, memeras ugut, rasuah dll.
Kita nak lihat sejauh mana polis Mahathir itu bersih cekap dan amanah???
Seperti yang Mahathir tu dakwa. Kononnya Polis2nya itu tidak mungkin
berbuat salah. Sejauh mana rakyat mempercayainya???SURAT PEMBACA
Sokong tubuh badan khas mangsa penganiayaan
Saudara Pengarang,
SAYA telah membaca cadangan Rakyat Prihatin dari Kuala Lumpur berjudul
'Tubuh Badan Khas Mangsa Penganiayaan Polis.' Saya berharap keahlian
badan itu jangan dihadkan kepada mangsa kegawatan politik sejak
akhir-akhir ini, tetapi dibuka juga kepada sesiapa sahaja dan di mana
sahaja mereka berada asalkan mereka pernah dizalimi oleh polis.Memang boleh dikatakan setiap bulan kita membaca laporan dan dengar
polis bertindak kasar,kurang sopan kepada orang ramai.Kita juga terbaca berita melaporkan tentang anggota polisterlibat dalam
peras ugut, samseng, merompak, bunuh orang awam, menempelak dan
sebagainya. Kita hormat mereka sebagai penjaga keamanan, tetapi mereka
jangan diibarat seperti 'pagar makan padi.'Badan ini juga boleh bertindak menjaga kebajikan keluarga mangsa
pembunuhan yang disyaki dianiaya oleh polis.Di sesetengah tempat polis mengadakan sekatan jalan raya di hadapan
masjid pada hari Jumaat untuk memeriksa penunggang motosikal yang datang
sembahyang Jumaat sama ada mereka membawa lesen memandu atau memakai
topi kaledar.Ada di antara mereka yang ditahan telah dimaki dan dikasari. Perbuatan
ini tidak wajar sama sekali. Saya harap pihak teraniaya akan bersatu
menubuhkan persatuan.SANUSI MAT RAFAR,
Kuala Terengganu.