Penyimpan Tabung Haji keluarkan RM1.17 bilion


Kenapa ini berlaku....sah rakyat dah tak percaya duit mereka akan selamat di sini..... agaknya kalau kwsp boleh dikeluarkan...tentu kita ramai-ramai keluarkan....
 
 

Penyimpan Tabung Haji keluarkan RM1.17 bilion

        KUALA LUMPUR, Selasa - Sejumlah RM1.17 bilion simpanan dalam Lembaga Tabung Haji (Tabung
Haji) dikeluarkan pendeposit sejak Januari hingga September lalu.

        Perangkaan itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abdul Hamid Othman, membuktikan Tabung Haji tidak pernah menyekat penyimpan mengeluarkan wang.

        "Dakwaan Tabung Haji menghalang pengeluaran adalah khabar angin yang tidak berasas," katanya di sini,hari ini.

        Sehubungan itu, katanya, khabar angin berkenaan juga tidak menghalang orang ramai terus menyimpan dalam Tabung Haji.

        Menurutnya, dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, 320,000 orang membuka akaun di Tabung Haji, menjadikan pendepositnya meningkat kepada 3.4 juta orang membabitkan simpanan berjumlah RM2.18 bilion.

        Dr Abdul Hamid berkata, pendeposit tidak harus khuatir kewibawaan Tabung Haji mengurus simpanan mereka kerana ia dilaburkan dalam pelaburan berdaya maju.

        Malah, beliau memberi jaminan Tabung Haji tidak mempunyai rancangan melabur dalam mana-mana
syarikat setakat ini, selain menebus balik ekuiti saham syarikat kereta nasional yang disandarkan kepada pemberi pinjaman.

        "Tabung Haji memperuntukkan RM250 juta untuk menebus balik ekuiti di tangan orang dan
menyimpannya di Tabung Haji dengan janji syarikat kereta terbabit akan membeli balik dengan
keuntungan 18 peratus setahun.

        "Ia bukan milik terus tetapi kita memegang sementara melalui pinjaman al-mudharabah sehingga syarikat terbabit mampu membayar semula kadar saham berkenaan," katanya.

        Mengenai pelaburan di luar negara, Dr Abdul Hamid berkata, Tabung Haji kini membuka ladang kelapa sawit seluas kira-kira 80,000 hektar di Riau, Indonesia yang dijangka akan mengeluarkan hasil pada tahun 2002.

        Menurutnya, ladang yang akan dilengkapi kilang memproses kelapa sawit dijangka memberi pulangan sebanyak RM300 juta setahun apabila mengeluarkan hasil.

        "Pembukaan ladang yang menggunakan sistem pengangkutan air ini dijangka mewujudkan 250,000
peluang pekerjaan," katanya selepas merasmikan Hari Kualiti Tabung Haji.

        Pada majlis itu, Dr Abdul Hamid menyampaikan Anugerah Kualiti Perdana Tabung Haji kepada pejabat Tabung Haji Kedah berikutan kejayaannya menerapkan budaya kerja berkualiti, etika kerja Islam dan piagam pelanggan.

        TH Plantations Sdn Bhd, Pejabat Tabung Haji Kuching dan TH Properties Sdn Bhd pula menerima Anugerah Inovasi Tabung Haji.

Hosted by www.Geocities.ws

1