KERAJAAN BARU!!!
Assalamualaikum w.b.t
Alkisahnya Menteri Kewangan dah pun selamat 'mengeluarkan' RM7.7
billion dari Rizab Berkanun untuk disalurkan kepada bank-bank yang
bermasalah melalui penerbitan bon DANAMODAL.Kemusykilannya, ke mana pergi duit tu? Setau saya SIME BANK's portion
RM1.5billion belum lagi diserahkan kerana ia dijanjikan untuk 'merged
entity' SIME-RHB. Yang untuk Perwira Affin dengan Arab Bank tak tahulah,
tak sempat check lagi.One more thing, masa bond Khazanah dikeluarkan dulu, sementara menunggu
penggunaan dana tersebut, ianya disalurkan semula secara sementara
kepada bank dalam bentuk FD jangka pendek. Tapi dana yang dikumpul dari
DANAMODAL senyap je?Anyway, langkah memodalkan semula bank memang baik, kerana sound banking
system memang penting untuk merangsang semula pertumbuhan ekonomi. Namun
yang menjadi persoalan ialah untuk apa kita memodalkan semula bank yang
sedang tenat dan mengarahkan mereka mengeluarkan pinjaman sedangkan
pertumbuhan ekonomi dalam keadaan menguncup? Banyak syarikat yang
bermasalah sekarang ni adalah syarikat yang merupakan anak emas
kerajaan, maksudnya bergantung banyak kepada kontrak kerajaan, sedangkan
kepakaran dalamannya close to zero.Syarikat-syarikat ini sepatutnya disusun semula dahulu, barulah
hutangnya disusun semula. Barulah tak membazir duit rakyat membayar
hutang mereka.Banyak bank yang sedang menghadapi masalah sekarang ialah bank yang
terbeban oleh hutang lapuk (NPL) yang tinggi. Danaharta ditubuhkan untuk
menguruskan hutang-hutang lapuk ni. SIME bank alone sampai 6 billion
Ringgit. Sedangkan deposit yang ada di bank tempatan tak cukup untuk
menampung semua hutang yang ditanggung sekarang ni.Bermakna, dalam masa mewah dulu, businessmen kita berniaga dengan loan
yang tak cukup sandaran modalnya dan bila ekonomi jatuh, foreign capital
fly out, kita terpaksa pula meminjam dari luar untuk meneruskan juga
projek-projek mega yang dah dirancang.Tapi Pak Menteri sibuk dok kata spekulator asing dengki dengan kejayaan
kita maintain pertumbuhan ekonomi lebih lapan peratus selama 8 tahun.Apalah makna pertumbuhan yang tinggi itu sekarang bila Che Det kita
terpaksa pergi menyembah ke Jepun, Brunei & Singapore untuk pinjam duit
yang bila dia dah takde nanti kita yang terpaksa membayarnya?Dahlah duit tabungan rakyat dalam EPF, SOCSO dan TABUNG HAJI dibelasah
semahu-mahunya untuk menyelamatkan kroni-kroninya, sekarang pinjam pulak
lagi duit dari luar.Sesetengah mangkok hayun yang masih menyokong apa yang dilakukan
kerajaan sekarang selalu menggunakan alasan kefahaman tentang ekonomi
untuk menidakkan hakikat bahawa negara kita sedang di ambang kemuflisan.
Apa taknya, bapak-bapak diaorang dok sogok dalam kepala hotak diaorang
bahawa ekonomi akan pulih tahun depan. Tengoklah, BSKL dah naik..Tapi, jangan lupa bahawa kerajaan perlukan 16 billion lebih untuk tahun
depan yang akan diperolehi melalui pinjaman. Setakat ni, tak nampak lagi
dari mana duit tu akan datang. Sedangkan perbelanjaan kerajaan nanti
bukan setakat untuk bayar gaji kakitangan kerajaan saja, tapi turut
melibatkan pembayaran konsesi kepada kroni-kroni Mahathir yang menguasai
beberapa bidang perniagaan monopoli. Sekarang ni berdegar lagi bunyi nak
bina rumah murah la, nak bantu usahawan kecil lah, untuk pendidikan lah,
etc.Nanti kalau tak dapat pinjam 16 billion lebih tu, tentunya peruntukan
untuk bidang-bidang ni akan dikorbankan sikit-sikit.Kemelesetan ekonomi seluruh dunia akan berlangsung untuk beberapa tahun.
Negara-negara ASIA antara yang paling teruk terjejas dan Malaysia pula
semakin terpencil di peta dunia kerana kemelut politik yang berlaku
sekarang.Kita dah bagi peluang cukup banyak kepada Mahathir. Sikap autokratiknya
yang merasakan dirinya selalu betul dan tak nak dengar cakap orang kini
bukan hanya akan memusnahkan kedudukannya tapi turut menyusahkan seluruh
rakyat tak kira samada kita mengundi dia atau tidak dulu.Kesimpulannya, cabaran untuk tahun 1999 amat getir untuk ditanggung oleh
negara yang selama lapan tahun hidup mewah. Banyak facts & figures yang
kalau dikaji dengan mendalam akan memberikan kita jawapan kepada kemelut
ekonomi yang sedang dihadapi sekarang.Semuanya sebab TAMAK!!! @ GREED!!!
Sudah sampai masanya kuasa eksekutif diasingkan dari kuasa legislative.
Sudah sampai masanya orang yang betul-betul faham ekonomi diamanahkan
untuk menjaga ekonomi kita. Sudah sampai masanya kita memilih wakil
rakyat yang tegas, amanah dan bersih untuk memimpin kita, bukan YB yang
mencarut di Parlimen dan jadi tukang ketuk meja saja. Sudah sampai
masanya kita membuka lembaran baru sejarah politik Malaysia dan mengikis
sifat takut yang selama ini dimomok-momokkan pada kita: takut tanah
tergadai, takut ketuanan Melayu hilang, takut bangsa kita merempat.
Siapa yang rampas dan gadai tanah kita? Siapa yang akan menjaga dan
membela nasin bangsa kita kalau bukan kita sendiri. Setiap orang ada
tulang empat kerat untuk meneruskan hidup dan kita tak takut bersusah
payah sekarang untuk kesenangan anak cucu kita di masa hadapan.Sebab itulah kita perlu menukar kerajaan yang ada sekarang!!!