MUSLIHAT DI BELAKANG HICOM
Laman Reformasi telah mendapat maklumat dari sumber yang boleh
dipercayai bahawa Mahathir sedang merancang untuk memecahkan DRB-HICOM
kepada dua organisasi yang berbeza, iaitu satu DRB satu lagi kumpulan
HICOM yang akan dikuasasi oleh Petronas.
Kami juga mendapat maklumat bahawa perubahan ini diusahakan oleh Daim
Zainuddin (pemilik sebenar di belakang kumpulan DRB HICOM dimana
Allahyarham Tan Sri Yahaya Ahmad cuma telah dilantik sebagai kroni
semasa MBO pada sukuan ketiga 1995.
Daim yang diketahui sebagai seorang yang bertindak zalim dan tidak
berperi kemanusiaan ialah orang yang bertanggungjawab terhadap
pemberhentian 400 orang kakitangan EON sewaktu ekonomi masih lagi
dalam keadaan baik pada 1996.
Dato Nadzmi telah dipaksa untuk bersara dan kemudiannya digantikan
dengan Tengku Mahalil Tengku Ariff. Tengku Mahalil dilantik dengan
sokongan kuat dari Dato Aziz Shamsuddin, seorang yang dikenali menjaga
kepentingan Mahathir. Semasa Mahalil menguasai kumpulan itu Mirzan dan
syarikatnya diberikan kontrak yang banyak seperti pembinaan Bandar
Proton Kedua yang terbengkalai akhirnya dan juga KPAL (gudang
penyimpanan dan perkhidmatan penerbangan) untuk komponen-komponen
Proton CKD dari Jepun.
Sewaktu Proton mengambil-alih Lotus Groups UK , Allahyarham Tan Sri
Yahya memiliki 30% dari saham pembelian itu. Kemudian kakitangan
Proton mendapati bahawa pemilik 30% itu sebenarnya ialah Mokhzani
Mahathir. Pada 1998 pegangan 30% itu telah dijual semula kepada Proton
dan Mokhzani dilaporkan telah menerima keuntungan lebih 300%. Dengan
pembayaran yang sebegitu besar itu, semua kakitangan Proton telah
kehilangan bonusnya tahun ini meskipun mereka layak menerimanya.
Hasrat untuk menjual kumpulan HICOM kepada Petronas ialah untuk
menyediakan seberapa banyak wang untuk Daim yang diharapkan akan mampu
menjana lebih banyak keuntungan sewaktu ekonomi meleset ini dan
kemudiannya wang itu akan digunakan sebagai penggilap mata untuk
menutup berbilion ringgit yang telah diambil dari Petronas oleh
Mahathir.
Adalah difahamkan bahawa kematian Allahyarham Tan Sri yang terbunuh di
dalam nahas helikopter yang dipercaya terhempas dan dirancangkan.
Meskipun beliau rapat dengan Mahathir, tetapi hubungan baiknya dengan
Dato Seri Anwar telajh menimbulkan keresahan pada Mahathir. Di hari
sebelum berlakunya tragedi itu, Allahyarham Tan Sri sedang berada
dengan Dato Seri Anwar selama lebih sepuluh jam. Ramai kakitangan
kumpulan DRB, rakan niaga, ahli-ahli perniagaan percaya tragedi itu
adalah satu konspirasi politik peringkat tertinggi dan merupakan satu
"hukuman" terhadap mana-mana kroni Mahathir yang tidak setia.