1. DANAHARTA DAN SIME BANK

Kalau minggu lepas kita bercerita tentang Pengerusi RENONG yang punya
harta berbillion-billion, bila bercerai, isterinya tuntut setengah
billion - tapi bila RENONG nak lingkup, duit rakyat pula yang jadi
mangsa; minggu ini mari kita tengok pula cerita SIME BANK dan
Danaharta.
Mingguan Malaysia 17 Oct menulis "Pengurusan Danaharta Nasional Berhad
(Danaharta) hari ini mengambi alih pengurusan hutang tidak berbayar
(NPL) SIME BANK Bhd bernilai RM6 billion". Buat yang tidak tahu - RM6
billion sama dengan 6,000,000,000.00 Ringgit Sahaja!! Nak korek mana
nak
ambil billion-billion itu? Banyak aih, banyak 'safety box' kat dalam
bilik PM tu, lagi pun macam juga cerita RENONG, ianya tak salah dari
segi undang as long as you dapat sign Menteri Kewangan. Kerana kita ini
cumalah rakyat marhain yang cuma pandai kira belanja dapur dan duit
sekolah anak2 , maka tak pandailah kita nak bercerita panjang; Apa Kata
kalau kita renung sekejap ucapan Datuk Zahid Hamidi dalam perhimpunan
Agung Pemuda UMNO 18/6/98 yg lalu. Kata Zahid: " Kejatuhan sebuah Bank
tempatan [kita assume Sime Bank] baru2 ini di katakan akibat wujudnya
suara2 ghaib, influence paddling, supaya mengutamakan kelompok
tertentu.
Di kalangan ahli2 perniagaan, ada yang menyatakan bahawa terdapat
peminjam-peminjam di bank tersebut hutang tidak berbayar (NPL) mencapai
RM100 juta, ada yang RM300 juta dan ada yang mencecah jumlah melebihi
RM1000 juta. Lebih menyedihkan menurut mereka, ada pinjaman yang
diluluskan tanpa mengikut garis panduan perbankan dan tanpa collateral
(jaminan) yang munasabah. Ada juga yang tiada collateral langsung.
Persoalannya, kenapa pinjaman tersebut diluluskan begitu mudah? Jika
ini
bukan amalan nepotisme dan kronisme, apa lagi perkataan sesuai yang
layak digunakan?" TU DIA AIH, KRONI DEPA HUTANG JUTA-JUTA TAK BAYAR,
LEPAS ITU BILA BANK LINGKUP, DUIT RAKYAT JUGA JADI MANGSA. MANA ACI -
NI
YANG NAK KENA REFORMASI NI !!!

2. HORMATILAH SISTEM KEHAKIMAN NEGARA - PM.
Selama dua hari berturut-turut, Utusan Malaysia (15 & 16 Oct)
menyiarkan
kenyataan PM meminta semua rakyat menghormati sistem Kehakiman Negara.
Kata PM, "rakyat perlu menghormati sistem demokrasi, undang2 dan
kehakiman di negara ini supaya keamanan dan kesejahteraan dapat
dikekalkan". Hmm, dia jampi dah! Che Dead kita ini memang macam tu,
bila
terdesak sikit, dia dok ulang ungkit pasal keamanan dan kesejahteraan
rakyat, Nak aman macam mana, nak sejahtera macam mana, kalau ketidak
adilan berleluasa, nak pakai ISA main ikut suka saja. Dua tiga hari
lepas, Drs Sulaiman , Timbalan Menteri Kewangan ugut nak bubuh ISA
siapa2 yang dok 'main' dgn internet. Tak lama dulu, masa musim Jerebu,
ada menteri (apa nama tu Lau H Ding) ugut nak bagi ISA siapa2 yang buat
pembakaran terbuka. Sikit-sikit ISA, sikit-sikit ISA. Nak tangkap orang
pun, bagi logik la sikit; ini tidak, orang lewat pun kena ISA.
Silap-silap, orang potong traffic lite merah pun boleh kena ISA. Dan,
jgn terperanjat kalau nanti tiba2 terpampang di muka depan UM "TAK
BAYAR
LESEN TV BOLEH KENA ISA - Mohd Rahmat"!! Nak tahu apa kata Karpal Singh
mengenai kenyataan PM itu? Dalam The SUN 17 Oct, kalau diterjemah
secara
kasar, bunyinya: " Tak guna Mahathir puji kebebasan sistem kehakiman di
Malaysia, sedangkan kerajaan selalu menolak keputusan Mahkamah.
Contohnya, selepas saya (Karpal) dibebaskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi
Ipoh, Hakim Poh Swee Chin pada 9/3/88, saya ditahan semula 9 jam
kemudian". Dalam sessi soal jawab di parlimen dlm tahun 1996, Karpal
pernah bertanya, dan dijawab oleh Kementerian Dalam Negeri jumlah
mereka
yg ditahan semula selepas dibebaskan: sejak tahun 1989, sebanyak 7
daripada 15 orang telah ditahan semula setelah mahkamah membebasakan
mereka daripada ISA. INI MEMBUKTIKAN BAHAWA KERAJAAN SENDIRI TAK
MENGHORMATI KEPUTUSAN HAKIM YG MEMBEBASKAN TAHANAN2 TERSEBUT. MAKA ITU,
BILA KERAJAAN MINTA RAKYAT JELATA MENGHORMATI SISTEM KEADILAN NEGARA,
SAMALAH SEPERTI KETAM MENGAJAR ANAKNYA BERJALAN LURUS !!
 

3. Suara Rakyat di Mana-Mana a) Lebih daripada 10,000 orang hadir dalam
'perhimpunan haram' GERAK di Pongsu Seribu pada 14/10/98 yg lalu,
bertempat di sebuah perkampungan dalam kawasan parlimen bakal PM dalam
penantian, YB Datuk Abdullah Ahmad Badawi. Perhimpunan itu adalah satu
sejarah buat rakyat Pulau Pinang kerana buat pertama kalinya, rakyat
berbilang kaum dapat berkumpul2 dan mendengar keluhan rasa pemimpin2
mereka yang tak puas hati dengan sistem keadilan negara. Agak terharu
melihat wajah2 India dan Chin di tengah2 sahabat2 berkopiah putih. Ini
membuktikan bahawa bukan setakat Gunung Everest, Kutub Utara atau pun
SUKOM sahaja, tetapi dalam bab politik pun, rakyat Malaysia semuanya
BOLEH!! b) 2 hari kemudiannya, di M-Darul Ulum lebih kurang 20,000 yg
sepatutnya hadir tak dapat berbuat demikian sebab dihalang oleh
road-block Polis. Details sila lihat mukadepan Harakah keluaran
terbaru.
Yang terharunya, ramai yg terpaksa bersesak2 di sebuah kaw lapang
berdekatan sekatan Polis itu untuk membaca Yassin dan Mengaminkan Doa.
Seorang Ustaz dlm kuliahnya mengenai kepentingan menjaga solat, secara
berseloroh berkata "Saya lihat polis2 itu sejak dari pukul 6 petang
lagi
dah ada kat situ, sampai ke malam, tak sembahyang maghrib. Apa lah
agaknya mereka nak jawab kat Tuhan nanti ? 'saya tak sembahyang maghrib
sebab dok jaga tak mahu bagi orang pergi solat dan baca yassin'!!". c)
Di Johor, UM melaporkan lebih kurang 1000 orang berkumpul 'secara
haram'
di Parit Semarang. Sekitar pukul 9 malam, pasukan polis cuba nak masuk
untuk menghentikan perhimpunan itu tetapi telah dihalang oleh
sekumpulan
lelaki yang membentuk benteng manusia di hadapan pintu masuk ke tempat
tersebut. Walaubagaimana pun, sebagai menghormati permintaan pihak
polis, mereka telah bersurai 45 minit kemudian. Ish, tak sangka sungguh
- kita ingatkan semua orang Johor sokong Hishamuddin!! d) Di Melaka, UM
melaporkan, 3 orang lelaki telah ditahan kerana cuba menghalang polis
menyuraikan 'perhimpunan haram' di Balai Islam, Telok Mas, Melaka.
Sekitar 3000 orang hadir dlm perjumpaan tersebut, sdr Mahfuz adalah
antara yg sempat memberi ucapan (15 mins). e) UM juga melaporkan satu
lagi 'perhimpunan haram' telah diadakan di jalan TAR dan di hadapan
Istana Negara pada hari sabtu lalu, 136 orang telah ditahan. The SUN
memetik kata2 Ketua Polis KL yg menganggarkan kira2 7000 org hadir dlm
perjumpaan di hadapan SOGO dan sekitar 3000 orang di hadapan istana
negara. The SUN juga menyatakan bahawa seorang hamba Allah yang mengaku
dirinya adalah seorang Ketua Pemuda UMNO di Johor telah membaca satu
memorandom di hadapan istana negara. The STAR pula melaporkan antara
kandungan memorandom itu ialah meminta campurtangan DYMM Seri Paduka
Baginda Yang Dipertuan Agong dan Majlis Raja-Raja. Mereka turut meminta
YDP Agong membubarkan parlimen dan kerajaan mengadakan pilihanraya
umum.
Malam tadi, Sabarudin Chik kata cadangan itu tak masuk akal - sebab YDA
Agong hanya boleh bubarkan parlimen di atas nasihat Perdana Menteri
(Mahathir!!). La, baru kita tahu siapa yang ada POWER!! f) The SUN
menulis mengenai 58 orang aktivist berbangsa cina telah mewujudkan satu
gabungan dan menandatangani satu perisytiharan menyokong gerakan
reformasi. Mereka ini terdiri daripada golongan profesional, ahli
akademik, penulis dan aktivist2 berbagai bidang. Antara lain mereka
menyatakan bahawa isu Anwar tidak seharusnya dilihat sebagai isu bangsa
Melayu sahaja, sebagai pencinta keadilan, bangsa2 lain juga harus turut
serta. Nak tahu lebih lanjut, sila hubungi Mr Chong atau Mr Tan
019-2228865. TU DIA AIH, KALAU PM MASIH BUAT DONNO SAJA - BOLEH JADI
MASALAH BESAR NI. MAKA ITU, KITA MINTA SUNGGUH-SUNGGUH AGAR HARMOKO
YANG
DINANTI-NANTI AKAN MUNCUL DENGAN SEBERAPA SEGERA!!!

4. Anwar dibebaskan ISA Semua orang tahu Anwar dah lepas ISA tapi masih
kena tahan dalam Jel Sungai Buloh. Boleh dikatakan semua suratkhabar
menyiarkan cerita itu, tapi cuma satu suratkhabar saja yang siarkan
kenyataan penuh Anwar mengenai pembebasan tersebut. The STAR 18 Oct
menulis: Anwar mengatakan bahawa pembebasan beliau itu sebenarnya
adalah
satu gimik Mahathir menjelang persidangan APEC akan datang. Beliau juga
menyatakan rasa kesalnya dengan gambar beliau 'bersantap' yang
disiarkan
di muka depan UM pada 15 Oct yang lalu. Menurut Anwar, "Itulah pertama
kalinya beliau mendapat hidangan yg sempurna (decent meals) sejak
beliau
ditahan". APA PUNYA MAHATHIR - GAMBAR ORANG TENGAH MAKAN PUN BOLEH
DIPOLITIKKAN!! NANTI, ORANG PRINT BANYAK2 GAMBAR ANAK BUAH DIA TENGAH
MINUM BEER BARU PADAN!!

5. ABUYA GHAFAR BABA:
Sedih kita membaca UM semalam yg melaporkan Ahli2 MT UMNO rata2nya
mengatakan 'tak masuk akal' cadangan Pemangku TPM tak rasmi, Tun Ghafar
Baba agar jawatan TPM dan Timbalan Presiden UMNO dihapuskan. Minggu ini
macam2 cerita keluar pasal Ghafar Baba - mula2 mengenai anaknya si
Tamrin yg telah dibebaskan 'tanpa syarat' dari perisytiharan muflis;
kemudian keluar pula cerita Ghafar Baba dlm NTV7 yg memberi 'hint'
bahawa beliau mungkin bertanding untuk jawatan penting parti tahun
hadapan. Sebagai bekas TPM, tak kan pula beliau nak bertanding jawatan
Pengerusi Tetap Persidangan Agong, tentunya beliau target jawatan TPM
juga. Kita tak pasti, apa sebenarnya yang Ghafar tengah target. Mungkin
beliau dan Tamrin sedang cuba merealisasikan 'minda' Abuya Ust Ashaari
At-Tamimi yg telah diharamkan itu - kerana dalam buku 'Arqam:
Tersungkur
Di Pintu Syurga', Ust Ashaari dikatakan pernah membuat ramalan Mahathir
tak akan jatuh melalui pilihanraya tetapi melalui tekanan rakyat. Bukan
itu sahaja, antara lain, di dalam buku tersebut juga ditulis mengenai
sessi 'soal siasat dan soal siat-siat' antara pihak polis dan salah
seorang tahanan Arqam, Zabidi Mohamad, bekas penasihat undang2 Ust
Ashaari. Antara lain beliau berkata "Jawatan PM akan diserahkan kepada
Abuya oleh Ghafar Baba yang jadi PM selepas Mahathir dan Anwar jatuh.
Ghafar bila dah jadi PM tak mampu nak kawal orang2 UMNO yang berkrisis
teruk dan akhirnya dia serahkan saja pada Abuya". Kiranya usaha Pak
Ghafar nak kembali ke arus politik perdana semata-mata kerana yakin
sangat dengan ramalan Abuya ini, maka kita rasa sorry kat beliau.
Sebenarnya, tak ramai orang yang pasti apa tujuan Tun Ghafar kita ini
ke
hulu ke hilir mengadu domba sesama bekas anak2 buahnya ini. Apa-apa
pun,
kita pasti tentunya ada udang di sebalik batu. MAKA ITU, KITA FAHAM DAN
BENAR-BENAR FAHAM KIRANYA NAJIB DAN PAK LAH TAK BOLEH TIDUR MALAM
MEMIKIRKAN KERENAH ORANG TUA SEORANG INI. BUKAN SAJA NAJIB DAN PAK LAH,
MALAHAN KITA JUGA YAKIN TOK MAT DAN RAKAN2 JUGA TENGAH PANAS PUNG_GUNG
DIBUATNYA. APA-APA PUN, YANG UNTUNGNYA IALAH TAMRIN - LEGA JUTA JUTA
TAK
BAYAH BAYAR!!!Free Web-based e-mail groups -- http://www.eGroups.com
 
 
 

Hosted by www.Geocities.ws

1