MELAYU DI ABAD KE 21
DS Dr. Mahathir adalah satu-satunya manusia yang bercita-cita tinggi.
Dimana beliau ingin melihat bangsa Melayu pada masa hadapan setarap
dengan lain-lain bangsa terkenal didunia ini. Wawasan 2020 ciptaan
beliau bukan sahaja Malaysia setaraf dengan Jepun, Amerika, England dan
lain-lain tetapi lebih dari itu.Beliau akan hapuskan masaalah kebangsaan puak dan suku kaum. Tahun 2020
nanti tidak ada lagi bangsa Melayu, Cina dan India dibumi Malaysia.
Beliau akan gantikan Bangsa Malaysia . Langkah pertama Mahathir telah
musnahkan perkataan bangsa dalam Kad Pengenalan Baru. Bangsa hanya akan
dikecilkan dari pecahan Bangsa Malaysia. Olih kerana beliau campuran
keturunan Melayu dan masuk Parti Melayu maka beliau akan mengangkat
bangsa Melayu maju setarap dengan bangsa lain. Oleh kerana bangsa
melayu banyak pantang larang ( Agama dan Adat ) maka beliau cuba untuk
memisahkan orang Melayu dengan Islam. Antara rancangan yang telah
berjaya beliau lakukan ialah:Membiarkan orang Melayu memeluk Agama Kristian. Pada beliau Agama hanya
mainan hidup. Antara Jan.- Jun 98 seramai 4,000 orang Melayu telah
memeluk Kristian secara resmi di Wilayah Persekutuan. Satu lagi kes yang
menarik perhatian dalam Utusan Malaysia bertarikh 22 Okt.98 dimana
pengakuan ibu Haslinda Abdullah(mangsa bot karam di Pulau Besar tempoh
hari). Ibu mangsa bangsa cina dan berugama Budha dimana beliau mengaku
menjaga anak mangsa bernama Sofia 19 tahun dan Siti Halijah 11 tahun
sejak mereka masih kecil. Ibu tua ini mengatakan beliau memberi
pendidikan agama Islam kapada cucunya sedangkan beliau sendiri kafir.
Saya nak tanya JAKIM yang selama ini dok kata utz tu Wahabilah, Utz. ni
Syiahlah, gam sana tampal sini, mampukah seorang yang berugama Budha
memberi pendidikan akidah, fekah dan tasauf kapada orang Islam sedangkan
dia sendiri sembah tok kong dan makan babi? Apakah tindakan yang boleh
diambil oleh JAKIM. Setakat yang saya tahu JAKIM tengok sahaja sebab
tak dok undang-undang boleh arahkan anak ini diubah taraf jagaan kapada
orang Islam. Itulah sologan MALAYSIA BOLEH.
1.2 Membiarkan anaknya dan Tun Haniff membuka kasino. Mirzan buka
kasino di Pulau Layang-Layang Sabah dan Tun Haniff jadi T/Pengerusi
Genting Bhd. Bila TS Choh
Goh Tong mati Tun Haniff jadi orang nombor satu. Beli kapal peranginan
terbesar didunia. Belayar di perairan antarabangsa, Pak Menteri dan
para jutawan boleh bawa penyedap masing-masing. Tutuh 3 hari 2 malam
pencegah maksiat tak leh buat apa. Orang kampung bangga MALAYSIA BOLEH
!!3. Beliau juga mahu orang Melayu mampu membuka kilang arak. Sebab
itu beliau setuju syarikat arak menjadi penaja SUKOM. Pengurusi SUKOM tu
adik iparnya ( Orang Melayu ). Dan arak menjadi minuman resmi negara
dengan mengajar bangsa melayu minum arak. Langkah pertama hapus cukai
arak di Langkawi, harga arak di Langkawi lebih murah dari air sejuk.
Membiarkan bangsa Melayu menjual dan berkerja dengan Arak. Alah bisa
tegal biasa.4. Menggalakkan pendedahan aurat dan pelacuran dari kalangan bangsa
Melayu. Membela 3 gadis Melayu dari tindakan Jab. Agama Selangor. Tak
pasal-pasal 3 gadis tu dapat publisiti. Penyanyi dan pelakun di tatang
olih Mahathir. Natijah dari ini akan lahirkan pita lucah Melayu, Kelab
bogel Melayu. Semasa Perasmian KEMBARA Produa Raihan kena tendang,
ambil Siti Nurhaliza bayar RM6,000.00 untuk setengah jam. Kalau utz
bagi ceramah ambil RM200.00 hebuh TV 3 kata ulamak deman harga.5. Barisan Ulamak dan Masjid dipatahkan. Tangkap, buang dan gam
ahli Agama. Forum Perdana dah tak dak sapa tengok. Ahli penel tak
best. Buat ketetapan, masjid di kawal oleh JAKIM ( JAKUM ) Pen. Ketua
Pengarahnya PTD, langsung tiada kelulusan Agama. Hina Rasulullah, Al
Quran dan Allah ( Sila dengan kaset semasa mesyuarat Menteri Besar di
Arau). Allah tak pandai buat hukum. Kalau Firaum pernah mendawa
"Akulah Tuhan, sesiapa tak sembah aku akan dibunuh" Mahathir pun sama
juga. Walau pun beliau tak pernah lafaz " Ana rabbuka " tapi cara
beliau adalah sama, dimana sesiapa yang tak taat, akur, patuhi, akui
akan dipecat dan difitnah ( inikan membunuh juga namanya, kerana fitnah
itu sama dengan membunuh- malah lebih dari itu ). Kalau Firaum bunuh
terus mati, tapi Mahathir dibiarkan orang itu hidup, tapi menanggung
malu dan sengsara termasuk anak bini sehingga akhir hayat. Perlu
diingatkan disini bahawa makna SEMBAH bukan hanya terbatas pada sujud
dan rukuk sahaja tetapi mencakupi taat, akur, patuhi, membenarkan.JAKIM dijadikan alat bagi mencapai inspirasi Mahathir, dimana semua
kuliah Agama yang dianjurkan olih Jabatan kerajaan mesti diselaraskan
dan penceramah hendaklah dari kalangan mereka yang disenaraikan olih
pihak JAKIM. Banyak cantik kita yang nak ilmu, kita yang bayar
penceramah, ikut kitalah tok guru mana kita nak panggil. Kita tahu
menilai mana ustaz yang banggang.6. memesongkan syariat Islam dengan mengubah makna dalam Al Quran.
Sila lihat terjemahan Al Quran ' Khadim al Haramain asy Syarifain
percetakaan kompleks Percetakaan Al Quran Raja Fahd Madinah' ( Kulit
tebal merah hati- diberi percuma olih Pusat Islam dan kedutaan Arab
Saudi ) pada Surah Al-Maa-idah ayat 90 " Wahai orang-orang beriman,
sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk)
berhala…….(hingga akhir ayat ). Cuba perhatikan pula terjemahan olih
Prof. Mahmood Yunus cetakaan Klang Book Store " Wahai orang-orang
beriman, sesungguhnya khamar, judi, berhala…….(hingga akhir ayat ).
Terjemahan pertama menjuruskan kapada orang yang meminum sahaja yang
berdosa sedangkan penjual, pembeli, pembuat dll tidak terlibat dengan
ayat ini, Begitu juga " berjudi " . Maksud berjudi ialah orang yang
main judi sahaja sedangkan orang yang buat kelab judi, beri lesen judi,
makam hasil judi tak terlibat dengan ayat ini. Perlu kita ingat bahawa
sekarang ini manusia baca dan belajar Al Quran melalui komputer. Tok
guru yang berani bercakap dah jadi bisu sebab kena gam dan ISA ( Ikut
Suka Aku ). Hadith tak main sebab tu dia hina Nabi. Dan jika jumpa
hadith pun hadith ditolak kerana jika berlaku pertentangan antara
hadith dan Al Quran maka hadith mesti ditolak. Mungkin saudara masih
ingat PM pernah mengatkan bahawa Al Quran perlu ditafsirkan kembali
mengikut situasi semasa. Itu baru 2 perkara, cuba perhatikan lain makna
dalam ayat yang sama yang mana Allh menyatakan " Najis dan itu kerja
Syaitan.7. Bahasa Melayu akan menjadi bahasa suku kaum. Bahasa orang putih
akan menjadi bahasa utama di Malaysia. Sebab itulah segala urusan baik
dengan Bank, Guaman, Insuran dan lain-lain guna bahasa orang putih.
Itulah Dr. Mahathir wajah Melayu, keturunan mamak berjiwa penjajah.8. Al Quran akan dijadikan ensaiklopedia dan hadith sebagai cerita
penglipur lara.Wahai orang UMNO sekiranya benar kamu pejuang agama, bangsa dan negara,
nyahlah manusia dua alam ini dari bumi merdeka. Dokonglah semangat si
Jebat " Raja Adil Raja Ku Sembah, Raja Zalim Raja Ku Sanggah".
Sendainya anda tidak mampu maka cabutlah keris yang menjadi kebanggaan
di bendera UMNO, kerana anda adalah Melayu yang dayus, sedangkan keris
lambang kepahlawanan Melayu.