Kami cintakan kebenaran
Salam sejahtera buat anda..
Memang sejak kebelakangan ini semua pihak tertumpu kepada kita
disebabkan gara2 fitnah yang dilemparkan oleh tokoh yang kita hormati
taklain tak bukan PM kita. Kita juga mera sedih diatas situasi ini yang
diwujudkan semata2 kerana Saudara Anwar tidak mahu lagi menuruti
kemahuan PM untuk menggunakan harta rakyat untuk menyelamatkan dirinya,
anak2nya, sahabat2nya dan kroni2nya. Entah mengapa PM sanggup berbuat
sedemikian sedangkan selama ini kita menghargai dan mempercayai apa
yang beliau buat selama ini adalah untuk kebaikan rakyat dan negara
kita. Nampaknya apa yang didedahkan oleh saudara Anwar jika benar2
berlaku adalah amat memelukan negara kita sendiri. Kita sama sekali agak
sukar untuk menerima kenyataan yang PM melakukan itu semua iaitu
pembaziran atas nama pembangunan. Atas nama pembangunan jugalah kerajaan
sanggup berhutang berbilion2 ringgit untuk menjayakan matlamatnya iaitu
wawasan 2020. Sebagai rakyat Malaysia kami mengargai jasanya untuk
membangunkan negara mencapai taraf negara maju. Tetapi lihatlah apa yang
telah berlaku akibat kerakusannya berhutang dan berbelanja secara mewah
tanpa memikirkan resikonya. Kita lihatlah negara kita sudah
terkebelakang selepas krisis ekonomi melanda kita. Cuba kita compare
dengan Singapura dan negara2 lain selain Indonesia adakah mereka
mengalami masalah yang serupa dengan kita. Dari segi pemerintahan mereka
tidak mengalami masalah iaitu politik mereka stabil dan cuma mereka
menghadapi masalah ekonomi sahaja. Tetapi adakah sebegitu teruk seperti
yang kita hadapi sehinggakan harga saham2 tidak bernilai begitu sekali?
Kalau dulu kita berebut2 untuk membeli saham dan mengadap skrin saham,
tetapi adakah perkara itu berlaku lagi? Malah kalau tengok paperpun dah
tak mau tengok laporan saham lagi, nyampah dan menyesal. Tetapi itulah
hakikatnya yang berlaku. Kenapa PM begitu bersusah payah mengutuk Soros
berbangsa Yahudi itu sedemikian rupa ? Kalau dah tahu berniaga matawang
boleh menyababkan kerugian, mengapa beliau tidak tarik diri awal2 ?
Adatlah seperti juga pasaran saham ia ada turun naik. Kalau naik
senyumlah dan kalau turun ha.... mencuka aja muka tu dan salahkan Soros,
nonsen. Takkan PM yang sebijak itu tidak dapat menjangkakan yang pasaran
matawang adalah berisiko jadi jangan join abih cerita. Itulah gara2 nak
untuk cepat lastly rugi teruk. Aku rugi sahampun tak pernah nak salahkan
PM. Adatlah untung rugi, itulah adat perniagaan saham. Kalau semua orang
blame PM sebab saham depa rugi, teruk PM.Memang kita semua tahu akhbar Utusan, BH dan NST adalah pro kerajaan.
Kerajaan dah beri warning untuk mengenakan tindakan jika tidak
melaporkan mengikut kemahuannya iaitu tidak melaporkan atau
memperbesarkan2 kesalahan dan perkara bodoh yang kerajaan lakukan. Jika
tidak GAM UHU macam penceramah Prof. Dato' Harun Din dan penceramah2
lain kena. Tidak terkecuali Harakah juga telah dipanggil dan diwarning
beberapa kali sbb terlalu keras dan lurus bendul, iaitu apa yang berlaku
dan dilihat itu yang dilaporkan tanpa tapisan seperti akhbar2
prokerajaan. Kita tak boleh salahkan depa sbb depa tu keja cari makan
seperti kita juga. Bergantung kepada niat kitalah, kalau kita bekerja
kerana Allah maka kita laporkan tanpa rasa takut dan gusar kerana Allah
senentiasa akan menolong hamba2nya yang meminta pertolongan. Rezeki kita
Allah yang beri bukan Mahathir bukan Anwar dan bukan sesiapa sahaja.
Kita ada kuderat maka usahalah. Usaha tangga kejayaan. Tak perlu rasa
takut menegur seseorang. Jika kerajaan berbuat salah maka kita tegur.
Tapi yang terbaliknya jika kita tegur kerajaan maka ISAlah(ikit suka
aku) kita. Adakah ini juga termasuk dalah istilah demokrasi yang
kerajaan kita amalkan atau istilah kamus depa lagu tu kot???Selama ini kerajaan begitu sebok menarik para pelabur datang ke Malaysia
atas nama untuk memajukan negara kita. Tetapi persoalannya adakah kita
sekarang telah betul2 maju? Tak lagi kot???? Malah rakyat juga yang
terpaksa berkorban, menyerahkan sawah padi, menyerahkan tapak rumah,
menyerahkan kebun dan macam2 lagi dengan pampasan yang sedikit. Adakah
ini berbaloi? Adakah dengan memenjarakan ISA bagi pemilik2 tanah yang
menentang rampasan keatas harta meraka berbaloi?? Adakah dengan
memanggil FRU mengawal kerja2 merobohkan rumah milik tuan tanah adalah
berbaloi semata2 untuk menjayakan matlamat para pelabor yang datang???
Kasihanilah rakyat yang selama ini sudah begitu banyak menderita. Adakah
perkara2 ini didedahkan secara adil oleh akhbar pro kerajaan. Apa dah
jadi dengan projek Penchala link yang dibantah oleh pemilik2 tanah yang
terlibat??? Apa dah jadi dengan projek kerpan yang mengalami kerugian
berjuta2 ringgit dan ingatkah lagi akan pristiwa rampasan tanah para
penduduk Kerpan untuk menjayakan projek itu??? Allah dah tunjukkan
segala usaha meraka itu sia2 belaka jika cara mereka menindas rakyat.
Kerpan tak menjadi disebabkan serangan penyakit yang Allah turunkan
keatas ternakan udang mereka, pembangunan kilang yang bersepah2
menyebabkan pencemaran, gatal2 kulit, jerebu, sungai berminyak dan
kotor, pantai2 berkeladak seperti yang berlaku kat Butterworth, masalah
sosial yang dibawa oleh minah2 kilang dan mat2 kilang yang terlalu ingin
cepat kaya/mewah, tanah runtuh, bangunan yang dibena retak dan tidak
berkualiti malah rutuhpun ada, banjir kilat berlaku dimana, keladak
tanah disebabkan ketidak telitian projek2 pembangunan, Hujan asid,
tanaman tak menjadi, penghasilan padi negara berkurangan akibat
pengambilan tanah para pemilik sawah dan lain2 lagi. Kadang2 kitapun
heran mengapa ummat Islam la nie semakin cetek keislamannya, tidak
sensitive dengan gejala2 yang melanda kita, bercampur gaul bebas lelaki
perempuan biasa aja, minum arak pun biasa aja, tuduh orang berzina macam
PM tuduh Anwarpun biasa aja, iklan arak pun presiden Sukon tu kata biasa
aja, majikan menghalang para pekerja menunaikan solatpun biasa aja,
malah tak solat pun ramaipun biasa aja. Tahukah depa bahawa apa bila
meningglkan solat itu bererti meruntuhkan agamanya. Apa maknanya tu
meruntuhkan agama, iaitu membuang agamanya tetapi tidak secara terang2
dan tanpa disedari. Yang terang2 pun dah ramai apa nak kata seperti
pengakuan bekas paderi Malaysia iaitu sudah ada kira 12000 Melayu masuk
Kristian. Apakah tindakan kerajaan terhadap mereka dan apakah tindakan
kerajaan dalam menghalang gejala tersebut. Malah Utz Kamal digam adalah.
Malah difitnah utz Kamal membawa cerita karut marut dan pembohong.Memang dari dulu lagi masyarakat Malaysia tidak mempercayai berita2 yang
dilaporkan oleh akhbar luar tetapi kenapa gejala itu tidak berlaku
terhadap kes Anwar?? Semua orang maklum apabila akhbar pro kerajaan
melaporkan perkara yang tidak benar dan tak adil terhadap Anwar. Maka
sejak itulah meraka tidak mempercayai akhbar pro kerajaan malah mencari
alternatif lain seperti berita2 dari luar, internet dan Harakah.
Mengikut kewarasan kita adakah pemberita2 asing berpakat dengan Harakah,
internet untuk melaporkan berita ?? Kenapa berita meraka sama sahaja
iaitu kekejaman kerajaan, polis dan ketidakadilan. Kenapa juga laporan
akhbar pro kerajaan hanya memihak kepada berita yang sama memihak kepada
kerajaan?? Apakah muslihat mereka? Kita kena lihat bahawa kerajaan
mempunyai kuasa untuk melakukan apa sahaja untuk menjalankan sesuatu
mengikut acuannya. Lesen akhbar2 Malaysia dikawal oleh KDN jadi apa2
depa tak puas hati maka kena panggillah jawabnya. Nampaknya hanya
Harakah yang betul2 berani para wartawannya melaporkan kebenaran dan
menidakkan kepalsuan. Adakah mereka tidak takut digam?? Mereka juga
takut tapi takut mereka terhadap azab Allah mengatasi segala2nya. Mereka
tahu apa hukumnya melaporkan berita palsu. Adakah wartawan2 akhbar pro
kerajaan tidak tahu bahawa melaporkan berita palsu berdosa besar ??
Adakah mereka tidak tahu dosa2 memfitnah orang tanpa mengemukkan 4 orang
saksi yang adil??? Mungkin tahu dan mungkin tidak??? Tapi pokoknya
mereka lebih takutkan kerjaya mereka berkubur jika tidak mengikut
telunjuk kerajaan. Tentang akhbar2 asing toksah ceritalah cerita sensasi
sahaja yang mereka laporkan tetapi tentang cerita Anwar nampaknya mereka
melaporkan apa yang benar2 berlaku dan betul2 mengikut etika
kewartawanan. Kalau berlaku penipuanpun kita dapat kesan lebih awal sbb
apa yang dilaporkan tupun berlaku didepan mata kita dan rakyat Malaysia
sudah tentu kita seorang yang waras dapat menilainya. Jika berlaku
kesilapan seperti ada satu kes gambar yang depa snap tu bukan gambar
Anwar maka dengan cepat kita dapat trace kesilapannya. Kami rakyat
Malaysia generasi komputer tidak dapat ditipu dengan begitu mudah
termasuk oleh laporan akhbar pro kerajaan. Semua politik belaka. Nak
idup ler katakan tak sedar diri dah tua. Hiduppun daripada umur subsidi
73 tahun dah oiii takkan tak nak berehat. Ngadap2 ler tikar sembahyang,
kodo' solat2 dan apa2 yang ditinggalkan dulu. Kasi can ler kat orang
lain yang nakkan syariat Islam terlaksana. Mahathir tak mau sbb majmuk.
Sok kat depan Allah dipadang makhsyar ha jawablah macam tu bila Allah
tanya kenapa tak laksanakan Hudud padahal dia seorang Islam dan wajib
mendaulatkan undang2 Allah.Pendek kata media asing memang memaparkan berita negatif tetapi memang
pahit kita terima berita itu adalah benar2 berlaku dan terpaksa kita
terima. Meraka bukan wira kita malah siapa yang berani melaporkan
kebenaran maka kita sepatutnya menghormati mereka bukan mencemuh mereka
disebabkan kebenaran yang depa siarkan. mereka tidak mempunyai
kepentingan apa2 disini jadi mereka bebas dari sebarang kongkongan tidak
seperti wartawan akhbar pro kerajaan yang terikat dengan undang2
mengarut dan tidak boleh menyentuh kesalahan kerajaan. Malah sekarang
para pekerja sektor awam akan dipecat jika tidak menunjukkan sokongan
kepada kerajaan. Ada berani ka mau membantah? Kalau berani kerana
benar, ayoh lakukanlah. Studen2 juga disekat dengan pelbagai akta demi
menjaga perut mereka daripada terjejas. Siapa didapati terlibat
memburukkan mahathir, membaca Harakah akan dibuang kolej seperti
pekeliling yang dikeluarkan kepada studeng ITM. Masjid juga tidak
terkecuali menerima nasib yang sama. Segala macam ceramah yang menegur
kerajaan akan dikenakan tindakan keatas Ajk masjid dan penceramah
tersebut akan dilucutkan tauliahnya daripada mengajar dan berceramah
malah fitnah juga akan dikenakan terhadap mereka iaitu menyampaikan
ajaran sesat atau cerita dongeng. Maka tidak hairanlah bahawa Mufti
Selangor yang baru tidak diberikan tauliah untuk mengajar dan berceramah
takut berlaku spt Utz Ishak Baharom dulu atas kes tangkapan peserta ratu
cantik. Peserta itu lepas daripada tindakan atas alasan bukan penduduk
Selangor dan tidak tertakluk kepada undang2 Selangor malah Dato Ishak
Baharom di pecat.Kita sebagai seorang Islam sewajarnya dapat membezakan diantara yang
benar dan yang batil. Kuasa ada ditangan kita maka terpulanglah kepada
kita untuk menilai kesahihannya. Jika kita silap maka kembalilah kepada
Al-Quran dan Al-Hadis. Rujuk dan bertanyakan kepada ustaz2 dan minta
pandangannya. Utz tupun kalau dia pro kerajaan dan kerja makan gajipun
taklah nak ikut gak. Tapi ada utz yang baik dan beramal soleh dan
mudah2an Allah memberikan pertolongan kepada orang2 yang cintakan
kebenaran.... Amin.Sabda Nabi Muhammad Sallallahhualaihi Wasallam...
"Sesiapa yang menyampaikan hajat orang lain yang tidak berdaya
menyampaikannya kepada pemimpinnya, maka Allah meneguhkan kedua kakinya
diatas sirat dihari kiamat." Riwayat Ahmad"Tahukah kamu apakah yang dimaksudkan dengan fitnah ? (iaitu) membawa
cerita dari sebahagian orang kepada sebahagian ( yang lain ) supaya
dapat merosak (hubungan) di diantara mereka" Hadis Sahih Riwayat
Bukhari."Jauhilah aniaya, sesungguhnya ia adalah kegelapan pada hari kiamat. Dan
jauhilah kikir kerana ia telah menghancurkan orang2 sebelum kamu dan
menyebabkan mereka menumpahkan darah (sesama) mereka dan menghalalkan
keharaman-keharaman mereka" Hadis Sahih Riwayat Bukhari & Ahmad"Jauhilah neraka walaupun (hanya) dengan (sebab) sebelah kurma, jika
tidak menemui caranya, cukuplah sekadar berbicara perkara yang
baik-baik" Hadis Sahih Riwayat Bukhari, Ahmad & Muslim"Takutilah kamu akan doa orang yang terniaya, sesungguhnya doa orang
yang teraniaya diangkat di atas awan" Hadis Hasan Riwayat Thabraani"Takutlah kamu akan doa orang yang teraniaya, kerana sesungguhnya in
naik ke langit seperti bunga api" Hadis Sahih Riwayat Haakim"Dua(perkara) yang Allah menyegerakan (hukuman)nya di dunia : (1)
Kezaliman (2)menderhaka kedua orang tua" Hadis Sahih Riwayat Bukhari"Percakapan yang paling aku sukai ialah yang palig benar" Hadis Sahih
Riwayat Ahmad & Bukhari"Hati2lah terhadap dunia, kerana sesungguhnya ia indah dan manis" Hadis
Sahih Riwayat Ahmad