Re: Malaysia makin tersingkir


Betul...malah pada hari ini kita minta pertolongan Singapura ?

Malaysia makin tersingkir
 

>Jika diperhatikan perkembangan ekonomi dan politik antarabangsa
>sepanjang 2-3 minggu ini, jelas kelihatan Malaysia makin tersingkir
>dikaca mata dunia:
>
>1. Morgan Stanley dalam lapuran terbarunya (hari Rabu) telah menambah
>berat pelaburan mereka (increase their weightings) di Asia - Hong Kong,
>Thailand, Singapura dan Filipina. Tetapi Malaysia tidak dimasukkan
>kedalam kategori ini. Malaysia bukan lagi salah satu dari ahli "tiger
>economy" di Asia.
>
>2. Kadar pertukaran wang Thai Baht, Peso dan Rupiah makin kukuh kerana
>pelabur asing sudah mula melabur semula di negara-negara jiran kita.
>Malah Nor Mohamad Yakop (Bank Negara) mengakui yang Ringgit sepatutnya
>sekarang berda di kadar 3.5/ USD. Tetapi disebabkan capital controls,
>Ringgit masih 3.8/USD.
>
>3. Kumpulan G7 baru sahaja meluluskan rancangan untuk membantu
>negara-negara Asia dan Amerika Selatan yang di landa krisis. Tetapi,
>syarat utama G7 ialah negara-negara ini mesti mengamalkan sistem ekonomi
>yang terbuka. Kalau tidak, tiada bantuan. Kalau diperhatikan, hanya
>Malaysia sahaja yang mengamalkan sistem ekonomi tertutup. Sekali lagi
>kita akan tersingkir. Sebab utama Mahathir ke Jepun dan kemudiannya ke
>Brunei ialah untuk meminta bantuan kewangan. Keadaan ekonomi negara kita
>amat tenat tetapi Jepun tidak dapat memberikan apa-apa jaminan yang
>bantuan kewangan akan diberikan (mungkin atas desakan US dan G7). Sumber
>kewangan dalaman - Petronas, EPS dan lain-lain, telah habis digunakan
>dan tanpa bantuan kewangan dari Jepun atau Brunei, amat sukar untuk
>memulihkan ekonomi negara.
>
>Tindakan yang diambil oleh Mahathir walaupun untuk jangkamasa pendek
>mungkin nampak berjaya, besar kemungkinan akan merendahkan status negara
>kita kepada status negara "pariah" (pariah state). Maybe, we have
>sacrifice our long-term success for a short-term glory???

Hosted by www.Geocities.ws

1