Malaysia makin tersingkir


Jika diperhatikan perkembangan ekonomi dan politik antarabangsa
sepanjang 2-3 minggu ini, jelas kelihatan Malaysia makin tersingkir
dikaca mata dunia:

1. Morgan Stanley dalam lapuran terbarunya (hari Rabu) telah menambah
berat pelaburan mereka (increase their weightings) di Asia - Hong Kong,
Thailand, Singapura dan Filipina. Tetapi Malaysia tidak dimasukkan
kedalam kategori ini. Malaysia bukan lagi salah satu dari ahli "tiger
economy" di Asia.

2. Kadar pertukaran wang Thai Baht, Peso dan Rupiah makin kukuh kerana
pelabur asing sudah mula melabur semula di negara-negara jiran kita.
Malah Nor Mohamad Yakop (Bank Negara) mengakui yang Ringgit sepatutnya
sekarang berda di kadar 3.5/ USD. Tetapi disebabkan capital controls,
Ringgit masih 3.8/USD.

3. Kumpulan G7 baru sahaja meluluskan rancangan untuk membantu
negara-negara Asia dan Amerika Selatan yang di landa krisis. Tetapi,
syarat utama G7 ialah negara-negara ini mesti mengamalkan sistem ekonomi
yang terbuka. Kalau tidak, tiada bantuan. Kalau diperhatikan, hanya
Malaysia sahaja yang mengamalkan sistem ekonomi tertutup. Sekali lagi
kita akan tersingkir. Sebab utama Mahathir ke Jepun dan kemudiannya ke
Brunei ialah untuk meminta bantuan kewangan. Keadaan ekonomi negara kita
amat tenat tetapi Jepun tidak dapat memberikan apa-apa jaminan yang
bantuan kewangan akan diberikan (mungkin atas desakan US dan G7). Sumber
kewangan dalaman - Petronas, EPS dan lain-lain, telah habis digunakan
dan tanpa bantuan kewangan dari Jepun atau Brunei, amat sukar untuk
memulihkan ekonomi negara.

Tindakan yang diambil oleh Mahathir walaupun untuk jangkamasa pendek
mungkin nampak berjaya, besar kemungkinan akan merendahkan status negara
kita kepada status negara "pariah" (pariah state). Maybe, we have
sacrifice our long-term success for a short-term glory???

Hosted by www.Geocities.ws

1