Lapuran Kronologi kes Anwar

LAPORAN ANWAR OKT 98

KES JENAYAH KE ATAS ANWAR IBRAHIM
BEKAS TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

PENGENALAN

1.Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Dr Mahathir Mohamad nampaknya
sedang melakukan satu tindakan hubungan-awam untuk meyakinkan rakyat
Malaysia dan masyarakat antarabangsa bahawa institusi kehakiman di
Malaysia adalah bebas dan sepatutnya boleh membuat keputusan secara
bebas di dalam kes jenayah ke atas Dato' Seri Anwar Ibrahim, bekas
Timbalan Perdana Menteri. Pada Oktober 16, 1998, Perdana Menteri
Malaysia Dato Seri Dr Mahathir Mohamad, telah dilaporkan sebagai berkata
di dalam akhbar New Straits Times News:

"Tiada siapa yang sepatutnya mempersoalkan tentang kebebasan sistem
kehakiman Malaysia dan kemampuannya untuk membuat keputusan secara adil
kerana ia telah terbukti tidak memihak kepada kerajaan."

2. Adalah amat mendukacitakan bahawa sejarah sistem kehakiman Malaysia
di bawah rejim Mahathir tidak ada seorang pun yang brjaya di dalam
Mahkamah Malaysia samada sebagai pendakwa(plaintiff) ataupun
pembela(defendant - di dalam kes-kes sivil), dan tertuduh (accused - di
dalam kes jenayah yang dibawa oleh Kerajaan), apabila Mahathir telah
"mengecap" sesorang musuhnya atau lawan politiknya atau pengacau
terhadap sebarang skim besarnya. Ini terbukti nyata dari kes-kes yang
berikut. Mahathir dan Kerajaan Mahathir telah memenangi kesemua
perbicaraan di mahkamah.

•Saman Lim Kit Siang terhadap United Engineers Bhd & Dr Mahathir;

•Tindakan Tengku Razaleigh Hamzah ke atas UMNO Baru;

•Penghujjahan Salleh Abas terhadap pemecatannya sebagai Ketua Hakim;

•Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mencabar projek raksaksa Bakun di
Sarawak dengan alasan alam sekitar dan

•Tuduhan di bawah Akta Hasutan dan Cetak terhadap Lim Guan Eng.

3.Sementara itu, seorang politikus yang rapat dengan Dr Mahathir, Rahim
Tamby Chik - bekas Ketua Menteri Melaka - yang menghadapi tuduhan
merogol kanak-kanak bawah umur telah dengan mudahnya di tarik balik oleh
Peguam Negara. Di dalam perbicaraan Lim Guan Eng di mahkamah tinggi,
budak yang berumur 15 tahun terlibat memberikan keterangan bersumpah
(pada masa umurnya 17+ ) bahawa dia mengadakan hubungan seks dengan
Rahim.

4.Untuk Sistem kehakiman Malaysia, satu gelombang kritikal berlaku pada
1988. Sebelum daripada itu sistem kehakiman dianggapkan sebagai
konservatif tetapi boleh diterima sebagai bebas. Namun selepas pemecatan
Tun Salleh Abas dari Ketua Hakim Negara ( hakim yang tertinggi di negara
ini) dan dua hakim Mahkamah Agung yang didalangi oleh Mahathir untuk
melindungi kedudukan politik, kebebasan sistem kehakiman Malaysiain
telah diganggu dengan dasyatnya oleh pihak eksekutif. Di dalam tahun
90an tidak sahaja sistem kehakiman Malaysia telah cenderung
dipolitikkan, rasuah di kalangan pihak hakim terutama haki-hakim yang
mempunay kedudukan atas telah menjadi satu masalah yang serius.

5.Ia diperlihatkan dengan hodoh di dalam kes-kes seperti kes Ayer Molek
yang masyur itu. Kepatuhan politik kepada pihak eksekutif oleh pihak
kehakiman telah dengan dipaparkan dengan jelas di dalam kes Lim Guan Eng
di mana didalam keadaan yang belum pernah terjadi, seorang anggota
parlimen Member of. Parliament, yang diketahui sebagai bintang yang
senang meningkat di dalam Parti Tindakan Demokratik ( DAP ) telah
dibicara dan dihukum penjara selama lapan belas bulan di bawah Akta
Hasutan dan Mesincetak kerana mendedahkan kepada umum kes rogol
kanak-kanak berumur 15 tahun.

5.Kes terhadap beklas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar
Ibrahim, benar-benar sabagi satu pergelutan perundangan. Ia adalah satu
pertentangan politi di dalam kemuelut pertetangan perundangane.
Kbahagian politik amat tinggi di dalam kes ini, kerana Dr Mahathir dan
kroni-kroninya sedang berlawan dengan keresahan yang meningkat di
kalangan rakyat Malaysia dan tiada sebab mengapa sistem kehakiman
Malaysia, di bawah penguasaan Ketua Hakim, tiba-ytiba berpihak kepada
Mahathir. Kesemua ucapan Dr Mahathir yang sistem kehakiman Malaysia
adalah bebas dan boleh membuat keputusan dengan adi; hanyalah propaganda
yang dilakukannya untuk mempastikan rakyat menerima apa jua keputusan
yang diputuskan oleh mahkamah nanti, yang tentunya mensengsarakan Anwar.

6.Malah, menjadi pandangan kepada mereka di dalam lingungan perundangan
dan rakyat biasa, bahawa tidak mungkin Anwar akan mendapat perbicaraan
yang adil. Dia akan dituduh bersalah di dalam mahkamah jenayah (samada
di tahap Mahkamah Tinggi atau tahap-tahap rayuan). Rancangan ialah untuk
mempastikan Anwar didapati bersalah dan dipenjara secepat mungkin. Ini
untuk menggugurkan kerusi parlimen Anwar. Pada ketika yang sama,
Mahathir telah hilang seorang manusia yang merupakan ancaman terbesar
kepada masadepan politiknya.

7.Perkara-perkara yang mengelilingi kes Anwar jelas menunjukkan kepada
rakyat dan masyarakat dunia bahawa wujudnya keraguan terhadap kebebasan
sistem kehakiman Malaysia dan kebebsan para hakimnya untuk membuat
keputusan secara bebas juga. Tiada sebarang keadaan yang sistem
kehakiman itu boleh bebas. Peristiwa-peristiwa yang baru berlaku di
dalam sejarah perundangan Malaysia akan membuktikan kebenaran ini. Cuba
kita teliti satu per satu:

PERISTIWA SEBELUM PENANGKAPAN ANWAR PADA 20 SEPTEMBER 1998

1.HAKIM YANG MEMBERIKAN INJUNKSI DIPINDAHKAN

Di dalam satu saman malu oleh Anwar beberapa bulan lalu terhadap penulis
dan penerbit bukuIn yang bernama, "50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh
Menjadi Perdana Menteri", Anwar memperolehi injunksi yang menghalang
penjualan buku-buku itu. Anwar telah mendakwa bahawa buku iti adalah
sebahagian dari konspirasi peringkat tertinggi kerajaan dan parti untuk
menjatuhkan dia dari Timbalan Perdana Menteri. Hakim Mahkamah Tinggi
yang senior,telah memutuskan untuk memberikan injunksi bahawa buku itu
sebagai "surat layang yang dibukukan". Tiba-tiba hakim berkenaan
dipindahkan dari kedudukannya sebagai Ketua Bahagian Sivil Mahkakamh
Tinggi di kuala Lumpur ke Mahkamah Tinggi Shah Alam. Berdasarkan
senioritinya hakim itu sepatutnya telah lama di naikkan ke Mahkamah
Rayuan.

2. PERMULAAN PENDEDAHAN KONSPIRASI TERHADAP ANWAR DIANTARA POLIS, PEGUAM
NEGARA DAN KEHAKIMAN DI DALAM KES DATO NALLAKARUPPAN

a.Seorang rakan Anwar Ibrahim, Dato' Nallakaruppan, telah ditahan pada
31 July 1998, tanpa dibenar berhubung dengan sesiapa untuk selama 14
hari dan dituduh di Mahkamah pada 12 Ogos 1998 kerana memiliki peluru
secara tidak sah di rumahnya (meskipun dia mempunyai lesen istol). Pada
mulanya dia dituduh di abawah Akta Senjata Api yang membawa hukuman
denda dan/atau penjara yang boleh diikat jamin. Namun, dalam waktu yang
singkat, tuduhan-tuduhan ke atasnya dimansuhkan dan dia dituduh sekali
lagi untuk tuduhan yang sama tetai di bawah Internal Security Act, 1960
yang membawa hukuman mati mandatori yang sepastinya tidak boleh diikat
jamin.

b.Nallakaruppan ditahan reman di Penjara Sungei Buluh Prison berdekatan
K.L sementara menunggu perbicaraannya. Tiba-tiba polis memindahkannya di
satu bilik kurungan di Bukit Aman (Ibu Pejabat Polis). Pada mulanya
polis telah menghalang para peguamnya untu menemui beliau. Akhirnya
pertemuan itu berjaya juga setelah bantahan dibuat dan Nallakaruppan
kemudian memfailkan permohonan di dalam mahkamah bahawa dia telah
ditahan tanpa sebab yang sah di bawah jagaan penguasa penjara dan
meminta dihantar semula ke penjara di Sungai Buloh. Lebih terang lagi,
katanya di dalam affidavit 14 halaman yang bertarikh 24 Ogos 1998 bahawa
telah disiksa jasmani dan mental untuk menandatangani satu kenyataan
palsu mengenai Anwar. Dia diancam dengan hukuman gantung di bawah ISA
dan hal-hal itu boleh berlaku ke atas isterinya.

c.Perjalanan persidangan untuk permohonan ini di Mahkamah Tinggi pada 3
September 1998 (hari di mana Anwar dipecat dari Timbalan Perdana
Menteri) mendedahkan lebih lanjut konspirasi terhadap Anwar. Pada 2
September 1998, Pendawa Raya telah memfailkan beberapa affidavit sebagai
jawapan kepada affidavit awal Nalla. Yang nyata, apa yang boleh polis
perkatakan terhadap dakwaan terperinci Nalla tentang penyalah gunaan dan
tekanan yang digunakan untuk mendapatkan kenyataan palsu hanyalah satu
perenggan penafian kosong. Lazimnya satu perenggan kosong yang semacam
itu tidak mempunyai apa-apa makna di dalam mahkamah.

d.Pihak Pendakwa Raya juga memfailkan satu afficavit panjang oleh
seorang pegawai polis yang senior membuat satu siri pertuduhan yang amat
dasyart dan mengaibkan ke atas Anwar bermula dengan salahlaku seks
kepada rasuah dan pengkhianat kepada negara. Kesemua kenyataan di dalam
affidavit polis ini hanyalah berasaskan khabar-khabar angin malah khabar
angin yang diperkuatkan yang tidak mempunayi sebarang nama sumber
dinyatakan. Bahan bukti sedemikian sepatutnya tidak boleh diterima
meskipun di dalam kes sivil dan tentunya juga tidak sah di sisi
undang-undang untuk hal-hal jenayah. Tujuan jahat affidavit itu
kemudiannya terbongkar.

e.Telah diketahui bahawa Peguam Negara telah membahagi-bahagikan
affidavit itu kepada pihak akhbar pada masa yang sama ianya difailkan ke
mahkamah malah sebelum ianya diberikan kepada peguam Nalla. Pertamanya,
peguam Nalla meminta penangguhan (dimana akan menjadi satu siksaan
kepada Nalla kerana dia akan ditahan lebih lama di kurungan polis Bukit
Aman) supaya Nalla boleh memfailkan affidavit balas. Pihak mahkamah
telah MENOLAK permohonan ini dan mengarahkan supaya ianya diteruskan.
Mereka kemudiannya memberitahu hakim Mahkamah Tinggi (Datuk Wahab
Patail, abang kepada ketua kumpulan pendakwa terhadap Anwar sekarang)
yang dia sepatutnya mengehntikan penerbitan affidavit-affidavit
berkenaan kerana ianya belum pun dibacakan di mahkamah dan ianya
benar-benar bertujuan untuk membunuh peribadi Anwar melalui media.
Mereka kemudian memohon hakim untuk mengeluarkan arahan interim
menghentikan penerbitan tersebut sehingga kesemua perbahasan didengar di
mahkamah ke atas isu tersebut, kalau tidak ianya tidak bermakna jika
bercadang untk menghentikan penerbitan tersebut di kemudian hari. Hakim
tersebut menolak lagi, dan tidak perlu disebutkan di sini dia memutuskan
bahawa affidavit-affidavit itu boleh diterbitkan kerana menurutnya itu
semua adalah "dokumen-dokumen awam". Media yang dikuasi oleh Mahathir
media menerbitkan edisi khas dengan teks yang penuh berkenaan dengan
affidavit yang mengaibkan itu. Nalla kemudian mengeluarkan satu
kenyataan menafikan kandungan affidavit polis itu tetapi malangnya
kenyataan itu tidak diterbitkan oleh mana-mana media.

f.Hakim kemudian memutuskan bahawa polis berhak untuk menahan Nalla di
Bukit Aman. Lebih memeranjatkan, hakim berkenaan lansung tidak
mengendahkan persoalan pokok yang Nalla telah timbulkan - bahawa dia
telah menjadi bahan paksa untuk menandatangani kenyataan-kenyataan
palsu. Hakim berkenaan tidak menyatakan apa-apa yang nyata berkenaan hal
ini.

g.Peristiwa ini mendedahkan fakta bahawa polis telah secara aktif di
dalam bulan Ogos, untuk mendapatkan kenyataan-kenyataan palsu dengan
paksa mensabitkan Anwar supaya ianya boleh digunaklan untuk membenarkan
tindakan Perdana Menteri. Ia juga jelas bahawa Pendakwa Raya adalah
pihak yang terlibat di dalam konspirasi ini dan pihak Kehakiman telah
bersedia pula untuk mengonsikan bantuannya di dalam perbuatan yang tidak
sah yang dilakukan oleh polis serta untuk tunduk kepada
kehendak-kehendak pihak eksekutif.

3. KONSPIRASI TERUS TERBONGKAR DENGAN PENGAKUAN YANG DIPERSOALKAN PADA
19 SEPTEMBER 1998 OLEH DUA ORANG SAKSI TERHADAP ANWAR

a.Persoalan yang lerlegar bagaimana pengakuan-pengakuan diperolehi
daripada dua orang saksi terhadap Anwar Ibrahim (dibawah tuduhan liwat).
Mereka ialah Dr Munawar Anees (seorangcerdik-pandai yang terkenal di
peringkat antarabangsa) yang juga penulis ucapan Anwar untuk beberapa
ketika, dan adik angkat Anwar, Sukma Dermawan (seorang peniaga). Pada
Sabtu 19 September, 1998, kedua-duanya mengaku bersalah di mahkamah
Sessi yang berasingan kerana telah mengizinkan diliwat oleh Anwar dan
telah dijatuhkan hukuman penjara enam bulan. Dr Munawar telah ditangkap
di bawah ISA pada Selasa 14 September 1998 dan dihalang berkomunikasi
dengan sesiapa sehiinggalah hari dia dihadapkan di mahkamah. Sukma telah
ditangkap di bawah aturcara sisasatan jenayah pada 4 September 1998 dan
juga dihalang berkomunikasi dengan sesiapa untuk selama 15 hari sebelum
dia dibawa ke mahkamah. Dr. Munawar baru-baru ini menyampaikan satu
affidavit di dalam mahkamah yang menceritakan sepanjang tahanan nya yang
lebi berupa siksaan.

b.Dua orang peguam yang tidak diketahui oleh kaum keluarga kedua-dua
mangsa ini telah pun dilantik untuk menjalankan pendengaran pengakuan.
Dr Munawar memeritahu keluarganya bahawa peguam yang bertindak bagi
pihaknya sewaktu pendengaran kes telah dilatik oleh Timbalan Pendakwa
Raya untuk kes itu, Azahar Mohamed. Secara kebetulan Azahar ini juga
dinamakan sebagai salah seroang Pendakwa Raya yang dilantik oleh Peguam
negara untuk menjalankan kes terhadap Anwar.

c.Peguam-peguam yang dilantik oleh keluarga mereka tidak dibenarkan
untuk menemui anak-guamnya pada hari pengakuan dan hukuman dibuat. Amat
menarik untuk diperhatikan perjalanan kes ini berjalan serentak di dua
mahkamah yang berasingan , tetapi hukuman yang benar-benar sama telah
dijatuhkan!

d.Manjit Singh Dhillon, yang dilantik oleh isteri Munawar untuk
mewakilinya bagi pemfailan rayuan ke atas pensabitan dan hkuman,
memberitahu pemberita bahawa amat pelik dua orang yang pada faktanya
dituduh mangsa kepada jenayah seks, telah dijatuhi hukuman dan bukan
pembuat jenayah itu.

e.Beberapa kejadian yang anih dan penuh mencurigakan berlaku semasa
pengakuan bersalah dibuat. Pertama, peguam yang dilantik oleh keluarga
berkenaan telah dihalang untuk bertemu dengan mereka berdua di Penjara
Kajang diatas alasan bahawa hanya peguam yang bertindak bagi pihaknya
semasa pengakuan dibuat yang boleh bertemu dengannya. Kakak melihat
beliau sehari sebelumnya dan telah menyatakan supaya melantik peguam
bagi pihaknya. D hari keluarganya melantik peguam dan cuba untuk
menziarahinya di Penjara Kajang, Sukma telah dilarikan polis dari
Penjara Kajang dan sejak itu dimpan di kurungan ibu pejabat Bukit Aman.
Tidak dibenarkan sebarang bentuk komunikasi kepada dua orang peguam yang
dilantik oleh keluarganya. Kakaknya telah meneruskan untuk mengarahkan
pemfailan rayuan ke atas pensabitan dan hukuman. Beliau percaya yang dia
sekarang ditekan dan dipaksa oleh polis supaya menarik balik rayuan
terhadap pensabitan dan hukuman itu.

f.Sejurus selepas pensabitannya, Dr Munawar telah dimasukkan ke ward
hospital kerana sakit jantung yang serius. Para peguam dihalang untuk
menemuinya di hospital. Dia telah mengarahkan pemfailan rayuan terhadap
pensabitan dan hukuman terhadapnya. Dr.Munawar baru-baru ini telah
memfailkan satu affidavit di dalam Mahkamahmenyatakan bahawa selepas
rayuan itu difail, pihak polis dan peguam Yacob Karim (yang dilantik
oleh Timbalan Pendakwa Raya untuk bertindak) telah berterusan memujuk,
mengancam dan menasihatkan beliau tentang perjalanan sidang berikaitan
dengan rayuan itu.

g.Satu contoh keterangan syak terhadap kes perundangan Anwar (dalam
hubungannya dengan Dr Munawar/Sukma) ialah kenyataan akhbar Perdana
Menteri yang dibuat pada September 22, 1998, yang berkata, inter alia:

"Tetapi dia tidak menduga adik angkatnya dan seorang rakannya akan
muncul dan membuat kenyataan ini. Mereka membuat kenyataan ini kerana
saya percaya bahawa polis, yang mereka adalah orang Islam, dan mereka
yang berpengetahuan Islam, menjelaskan bahawa apa yang mereka telah
lakukan adalah dosa besar dan akan dihukum dihari akhirat, dan mereka
perlu bertaubat. Tetapi nampak yang mereka bahawa sepatutnya telah
keluar sebagai suci dan bersih, walau pun terpaksa menanggung risiko
keluarganya akan mendapat malu dengan pengakuan itu. Apa yang mereka
ucapkan adalah kebenaran mutlak. Anwar belum lagi bersumpah di masjid
seperti yang dia dakwa. Apa yang dia kata hanyalah "Saya bersumpah."Dan
itu tidak berapa cukup. Kenyataanya orang ini telah lama dipandang
sebagai orang ugamawan dan sanggup melakukan perkara-perkara sedemikian,
bukan hari ini, bukan semalam, malah dah bertahun."

4. PENANGKAPAN DAN PENAHANAN POLIS TERHADAP SAKSI-SAKSI BERPOTENSI
TERHADAP ANWAR

Pada 12 September 1998, Mohamed bin Ahmad, setiausaha sulit Anwar semasa
beliau Timbalan Perdana Menteri telah ditangkap dan incommunicado selama
14 hari. Pada 16 September 1998, Azimin Hj. Ali ( setiausaha sulit Anwar
di Kementerian Kewangan) telah ditahan polis dan juga di incommunicado
untuk selama tujuh hari. Mereka ini disoalsiasat dengan terperinci
tentang Anwar yang apa yang jelas dalam keadaan disiksa. Polis telah
dengan jelas diarahkan selepas pemecatan Anwar, untuk menyoalsiasat
rakan-rakannyadan mencari maklumat untuk mensahihkan penyingkirannya dan
untuk melenyapkan politiknya juga.

ANWAR DITANGKAP PADA 20 SEPTEMBER 1998 DI BAWAH ISA - KEJADIAN
BERIKUTNYA

1. PENAHANAN DI BAWAH INTERNAL SECURITY ACT (ISA)

Anwar ditangkap pada September 20, 1998 di bawah Internal Security Act,
1960, satu undang-undang dan Kumpulan hak Asasi Manusia anggapkan
sebagai satu pencabulan terhadap hak asasi. Undang-undang ini
mengizinkan penahanan yang berterusan tanpa perbicaraan. Sejurus itu,
beberapa rakan Anwar juga ditangkap di bawah undang-undang yang sama.
Ada yang telah pun dibebaskan dengan syarat yang mereka tidak akan
membuat apa-apa kenyataan kepada awam bahawa mereka telah dilayan dengan
kasar sewaktu ditahan. Peringkat pertama penahanan ISA membenarkan
sehingga 60 hari penahanan incommunicado di dalam kurungan ketat.

Testimoni yang dibuat oleh tahanan-tahanan dulu mengesahkan bahawa
siksaan fizikal dan mental dan interogasi 24 jam untuk memaksa tahanan
ke keadaan dimana mereka boleh mengalah. Penahanan akan diteruskan untuk
dua tahun pada satu waktu dan kemudian akan diperbahrui untuk
selama-lamanya. Anwar telah dibebaskan dari ISA pada 14 Oktober 1998
tetapi telah dinafikan hak ikat jamin

2. PERBICARAAN OLEH MEDIA

a.Pada Oktober 5, 1998, Anwar Ibrahim telah dituduh di Mahkamah Tinggi
Kuala Lumpur, di atas 5 tuduhan rasuah [di bawah seksion (1) Ordinan
Darurat No 22, 1970] dan 5 tuduhan liwat [di bawah seksion 377B Kanun
Kesiksaan]. Dia menaku tidak bersalah ke atas semua tuduhan dan memohon
dibicarakan. Timbalan Pendakwa Raya memberitahu mahkamah bahawa keempat
tuduhan yang pertama akan dibicarakan terlebih dahulu sementara bakinya
akan menanti. Bagaimanapin, sebelum pendengaran kes, terdapat satu
perbicaraan dan pengadilan yang belum pernah berlaku dibuat oleh media
Malaysia, dimana liputan meluas diberikan kepada ucapan dan kenyataan
Perdana Menteri, Menteri-menteri Kabinet dan pemimpin UMNO menyatakan
bahawa Anwar memang tidak bermoral dan tidak layak untuk menjadi
Timbalan Perdana Menteri. Bekas ketua Polis Negera dengan mudah dibawa
ketengah umum menyatakan kononya pegawai-pegawainya telah menemui bukti
kegiatan liwat Anwar semenjak 1993 lagi. Tetapi bekas Peguam Negara, Tan
Sri Abu Talib Osman yang memegang pejabat pada ketika itu menyatakan
bahawa beliau tidak pernah diberitahu tentang perilaku Anwar tersebut
oleh pihak polis.

b.Satu contoh bahan yang berprejudis terhadap kes Datuk Anwar di dalam
media ialah kenyataan akhbar yang dibuat oleh Perdana Menteri Dr
Mahathir Mohamad, pada September 22, 1998. Di dalam kenyataan itu,
beliau menyebut:

"Benar yang ramai orang masih mempercayai beliau. Saya mesti menyatakan
bahawa ia memerlukan bertahun-tahun lamanya untuk saya mempercayai
dakwaan tersebut. Pada mulanya bila saya diberitahu oleh bekas KPN
Hanif. Saya menolaknya ia sebagai satu tuduhan liar. Berikutnya, saya
diberitahu tahun lepas tentangnya. Saya menolak lagi dan menyatakan ini
sebagai rasa cemburu untuk orang orang yang akan menjadi pemimpin parti.
Saya mempunayi bukti yang kukuh bahawa ia adalah benar, sebelum saya
membenarkan mengetahui dan orang lain tidak dapat jenis maklumat yang
saya terima. Saya telah mewanwancara beberapa orang yang diliwat dan
dengan wanita yang dia ada hubungan seks dengannya, dan drebar yang
membawa perempuan ke tempatnya."

c.Kenyataan yang dibuat oleh Dr Mahathir Mohamad pada September 22, 1998
termasuklah kenyataan

"Kita juga mempunyai bukti tentang rasuahnya. Tetapi saya tak berapa
berminat di dalam hal itu. Saya tidak boleh menerima peliwat sebagai
pemimpin negara."

3. SIKAP BERDOLAK-DALIK TERHADAP TUDUHAN YANG DIBUAT KE ATAS ANWAR

Pada September 20, 1998 iaitu pada malam penangkapan Anwar, dia telah
dibawa oleh UTK (Unit Tindakan Khas), Anwar telah diberitahu oleh
seorang pegawai polisa kanan bahawa dia ditangkap di bawah seksyen 377D
Kanun Kesiksaan (satu bentuk seks yang luar tabie membawa hukuman
penjara maksima 2 tahun). Esoknya, bagaimana pun rakyat diberitahu yang
Anwar akan dituduh kerana menyebabkan berlakunya keganasan di bandaraya.
Pada lewat petang hari yang sama polis mengumumkan Anwar ditahan di
bawah Internal Security Act (ISA). Di dalam Mahkamah Sessi pada 29
September, 1998, Anwar dituduh dengan 5 tuduhan rasuah (dibawah Ordinan
Darurat) dan 5 tuduhan liwat di bawah seksyen 377B Kanun Kesiksaan.

4. ANWAR DIPUKUL SEMASA TAHANAN

Anwar Ibrahim Membuat kenyataan di dalam Mahkamah Sessi pada 29
September, 1998 bahawa polis telah memukulnya semasa dia ditahan
incommunicado di bawah ISA, 1960. Anwar yang cedera di bahagian kita
matanya, mengadu sakit dileher dan kepala. Dia tidak dibenarkan untuk
menemui doktor selepas dipukul.

5. PEMINDAHAN HAKIM SESSI YANG MEMBENARKAN ANWAR DIPERIKSA OLEH PAKAR
PERUBATAN YANG DILANTIK OLEH KELUARGA ANWAR

Di pendengaran Mahkamah Sessi Kuala Lumpur pada 29 September , 1998,
selepas Anwar dituduh, peguamnya memohon di mahkamah untuk bercakap
lansung dengan beliau dan mencatat apa jua yang berlaku semasa dipukul.
Hakim mengambil masa 12.40 tengahari hingga 3.00 petang untuk membuat
keputusan membenarkan beliau bercakap. Untuk kebanyakan peguam, tidak
akan ada apa-apa soalan walau untuk menerangkan isu apabila seroang yang
tertuduh memoohon untuk memberitahu tentang siksaan yang berlaku sewaktu
tahanan. Ia adalah penerangan tentang jenis tekanan yang dipaksakan ke
atas kehakiman dimana mereka terpaksa bergelut dengan riaksi pihak
eksekutid setelah keputusan dibuat. Setelah Anwar bercakap, Hakim
Mahkamah Sessi kemudian membenarkan permohonan peguam Anwar bahawa pakar
mata lantikan keluarga dibenarkan memeriksa mata Anwar. Timbalan
Pendakwa Raya membantah. Hakim Mahkamah Sessi itu walau bagaimana pun
sekarang ini telah dipindahkan ke Bahagian Mahkamah Sessi. Satu sedutan
dari laporan perubatan yang dikeluarkan oleh Dr Shukri menyatakan:

"Sewaktu saya memeriksa beliau pada 29 September 29, 1998 dia berada di
dalam keadaan sedar dan waras. Dia menghidapi haematoma (kebekuan darah)
dan oedema (bengkak) dengan beberapa tekanan di kiri dahinya, satu
ecchymosis (lebam)di bahagian atas dan bawah kelopak matanya dan
ecchymosis ini diperpanjangkkan ke bahagian atas hidungnya dan juga ke
bahagian bawah dagunya. Memang ada rasa sakit di seluruh
bahagian-bahagian itu."

6.PERMINTAAN UNTUK DOKTOR SWASTA MEMBERIKAN PEMERIKASAAN PERUBATAN
DITOLAK OLEH MAHKAMAH

Di pendengaran Mahkamah Sessi Petaling pada 30 September, 1998, satu
permohonan dibuat untuk melantik doktor swasta yang dipilih oleh
keluarga supaya mengadakan pemeriksaan perubatan kepada Anwar. Ini
berdasarkan kepada kepada dan kecederaan itu memerlukan perhatian
diperlukan dari doktor yang berlainan. Permintaan itu telah ditolak oleh
Hakim Mahkamah Sessi. Beliau bagaimanapun membenarkan permintaan
Timbalan Pendakwa Raya supaya Anwar diperiksa dengan pakar perubatan
yang dilantik oleh kerajaan. Sehingga hari ini, laporang pakar-pakar
berkenaan tidak diserahkan kepada keluarga Anwar atau peguamnya.
Maklumat yang diterima doktor-doktor ini berada di dalam tekanan dan
ugutan polis dengan harapan untuk melembutkan mereka di dalam kandungan
laporan berkenaan.

7.MEMINTA POLIS MENYIASAT POLIS

Perdana Menteri, Dr Mahathir, sewaktu membuat kenyataan umum menyatakan
bahawa polis akan menyiasat dakwaan dipukul itu, dan membuat kenyataan
bahawa bekas yang ada pada Anwar itu mungkin dilakukan sendiri.

PERJALANAN PERBICARAAN MAHKAMAH TINGGI HINGGA KINI -PERSOALAN KEBEBASAN
DAN PERBICARAAN YANG ADIL

1. "PEMILIHAN" HAKIM S. AUGUSTINE PAUL .

Untuk sekalian ramai yang terlatih di bidang perundangan, tertutama
selepas melihat episod Nallakaruppan, terdapat satu persoalan serius
kini, apakah Anwar akan memperolehi perbicaraan yang adil? Ramai peguam
dan rakyat bagaimana pun sudah dapat mengagakkan tentang keputusan
perbicaraan tersebut dengan kata-kata bahawa memang akan ada pensabitan
sekurang-kurangnya satu kes. Adalah jelas bahawa ini adalah keperluan
politik untuk menyingkirkan Anwar secara fizikal dan politik.

Satu soalan tiba-tiba timbul tentang keadilan dan kebebasan perbicaraan
di dala proses pemilihan hakim itu sendiri dengan sebab-sebab berikut:
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur disusun dengan beberapa bahagian iaitu
Jenayah, Sivil, Perdagangan dan Kuasa-Kuasa Khas. Setiap bahagian
mempunyai beberapa mahkamah dengan beberapa hakim mengadilinya. Kes-kes
yang difailk dan didaftar di dalam mahkamah-mahkamah ini akan didengari
oleh hakim yang dilantik mengadili untuk mahkamah-mahkamah berkenaan
kecuali ada alasan yang membatalkan kelayakannya mendegra kes atau
pemindahan kes ke mahkamah lain. Proses pemindahan biasanya telus dan
adalah berdasarkan dari permohonan pihak-pihak yang terlibat. Sistem ini
dibentuk dengan cara ini supaya menghindari tuduhan peguam-peguam cuba
memilih supaya kes-kenya didengar oleh hakim-hakim tertentu atau
"menetapkan" hakim. Sama juga di bahagian Jenayah, dimana dua hakim
berkenaan, Dato K.C. Vohrah dan Dato Wahab Patail. Peguam Anwar
diberitahu oleh Pendaftar Jenayah bahawa kes beliau telah didaftarkan di
kedua-dua mahkamah. Hakim Wahab Patail sepatutnya dnegan jelas terbatal
dari mendengar kes Anwarkerana dia juga terlibat di dalam kes
Nallakaruppan. Tiada penjelasan diberikan mengapa hakim kanan Bahagian
Jenayah, iaitu. Vohrah tidak mengadili kes Anwarts. Vohrah dikenali di
lapangan perundangan sebagai hakim yang bebas. Apakah kerana ini beliau
dihalang dari mengadili kes ini? Dia adalah hakim yang terkanan dan
berpengalaman di dalam banyak kes-kes jenayah. Sementar Augustine pula
baru dinaikkan pangkat ke Hakim Mahkamah Tinggi bulan Mei tahun ini dan
telah dipindahkan dari Melaka ke Bahagian Kuasa Khas, di dalam Mahkamah
Tinggi. Bagaimana dan mengapa dia terpileh dengan cara yang arbitra oleh
Ketua Hakimuntuk mendengar kes Anwar? Apakah ini kejadian pendakwaan
menetapkan hakim untuk mendapatkan keputusan tertentut? Fakta-fakta itu
menunjukkan memang demikian.

2. KEPUTUSAN AWAL HAKIM TENTANG IKAT JAMIN DAN PERTEMUAN DENGAN PEGUAM

(a) Ikat jamin

Augustine Paul menafikan ikat jamin Anwar selepas dia mendakwa
perbicaraan untuk kesemua tuduhan pada 5 Oktober 1998. Pendakwa
membantah dari diikatjamin di atas alasan bahawa terdapat tuduhan yang
saksi-saksi Anwar diganggu. Tiada bukti konkrit yang dibawa di mahkamah
sebagai contoh "diganggu" - ia tinggal sebagai satu tuduhan semata-mata.
Bagaimana Augustine menerangkan penafiannya adalah berdasarkan tuduhan
pendakwa DAN kenyataan bahawa beberapa tuduhan terhadap Anwar melibatkan
gangguan kepada saksi-saksi itu sebenarnya merupakan tuduhan. Hakim itu
sengaja tidak melihat fakta bahawa tuduhan-tuduhan yang menuduh Anwar
menggunakan kuasanya sebagai Timbalan Perdana Menteri. Dia sekarang
bukan lagi Timbalan Perdana Menteri - jadi tuduhan menganggu dengan cara
sedemikian sudah tidak wujud lagi! Penafian ikatjamin terhadap
kesalahan-kesalahan tersebut tidak pernah berlaku. Semua tertuduh
sebelum ini di bawah ordinan yang sama untuk rasuah telah dibenarkan
diikatjamin. Penafian itu benar-benar kelihatan didorong oleh politik.

Hakim itu terus membuat beberapa keputusan yang bertentangan dengan
kepentingan tertuduh seperti membenarkan cuma tiga dari lapan orang
peguam menziarahi Anwar di dalam tahanan pada satu-satu masa. Cuma
seorang peguam yang dilantik akan dibenarkan bercakap di mahkamah pada
satu-satu masa. Apabila tertuduh meminta lima orang anggota polis yang
berdiri di sekeliling Anwar di atas kandang supaya berdiri di belakang
mahkamah, hakim itu berkata "saya tidak mahu campurtangan dalam hal-hal
keselamatan".

b. MASA YANG TIDAK MENCUKUPI UNTUK PENYEDIAAN PEMBELAAN

Mahkamah Tinggi hanya membenarkan tarikh perbicaraan kurang satu bulan
dari 5 Oktober 1998. Tarikh yang diberikan oleh mahkamah adalah
berdasarkan tarikh yang dicadangkan oleh Timbalan Pendakwa Raya.
Meskipun ada permintaan oleh peguam Anwar supaya tarikh perbicaraan
ialajh dua bulan dari 6 Oktober 1998, ia ditolak oelh Mahkamah, walaupun
Mahkamah ada membuat keputusan selepas permintaan yang berkali-kali dari
peguam Anwar, jika masih tidak mencukupi masa oleh pihak pembela untuk
meneydiakan pembelaan, peguambela boleh menulis kepada Mahkmah untuk
dipanjangkan tempoh. Mahkamah Malaysia biasanya membenarkan tarikh
perbicaraan jenayah 3 bulan atau lebih untuk mengizinkan peguam tertuduh
bersedia dengan pembelaannya. Memang terdapat keperluan lebih masa di
dalam kes Anwar kerana dia telah incommunicado dari 20 September, 1998
tarikh penahanan.

3. BILANGAN POLIS YANG TAK PERNAH BERLAKU DI DALAM MAHKAMAH

Teramat ramai pegawai polis (pakaian biasa dan uniform) di dalam
mahkamah, jadi menghalang ahli keluarga dan wartawan untuk mengikuti
persidangan. Tidak seperti kebanyakan kes dimana orang awam
dibe...........................

sila pergi ke http://members.tripod.com/~Mahazalim/

Hosted by www.Geocities.ws

1