Azizah dan Nurul rebut peluang lepaskan rindu


Oleh JABBAR HANIEF, Berita Harian Singapura, Nov 3

MENEMUI YANG TERSAYANG: Dr Wan Azizah dan Nurul Izzah tidak melepaskan
peluang untuk muncul di makhamah semalam.

PELUANG bertemu dengan keluarga walaupun seketika tidak dilepaskan oleh
mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang
terus memeluk anak sulungnya, Nurul Izzah, pagi semalam.

Kata-kata pertama yang diungkapkannya ialah: "Bagaimana pelajaran you,
sudah siap?". Datuk Seri Anwar bertanyakan tentang persiapan anaknya itu
yang akan menghadapi peperiksaan tahun pertama pada minggu depan. Nurul
Izzah, 18 tahun, kini menuntut di Universiti Petronas dalam jurusan
kejuruteraan. Dia menjawab. "So - so."

Datuk Seri Anwar yang berkemeja putih berlengan panjang dan berseluar
biru kelihatan kurus sedikit.

Beliau kemudian memeluk isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah, bapanya
Datuk Ibrahim Abdul Rahman, emaknya Datin Che Yan  Hamid dan bapa
mentuanya Datuk Wan Ismail Wan Mahmood.

Ketika ditanya Dr Wan Azizah bagaimana layanan terhadapnya, Datuk Seri
Anwar menjawab ringkas: "Okaylah. Tahu sahajalah hidup di penjara."

Beliau kemudian berbual seketika dengan Encik Lim Kit Siang, Setiausaha
Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP), yang juga  bertanyakan tentang
layanan terhadapnya dalam penjara Sungai Buloh.
 

/\__/\
 @  @
={_!_}=

Sabri Zain

BERITA REFORMASI di http://reformnews.cjb.net

"For God knows the Truth and to Him do we return."
- 'Sejarah Melayu' at http://malaya.cjb.net

"They invade our space and we fall back.
 They assimilate entire worlds and we fall back.
 NEVER AGAIN, THE LINE MUST BE DRAWN HERE!"
-Captain Jean-Luc Picard, 'First Contact'

Hosted by www.Geocities.ws

1