Re: Rakyat Malaysia Membuat Tindakan Bijak


Tahniah kepada sebahagian besar rakyat Malaysia kerana telah sedar tentang kezaliman dan kebuasan para pemimpin yang mereka pilih dahulu. Kini saya percaya jika pilihanraya diadakan UMNO tidak akan mendapat majoriti yang mudah. Pada waktu itu ia perlu bekerjasama dengan PAS dan sudah tentu pengaruh mereka ini dapa diimbangi.

dari pemerhatian saya sebagai rakyat biasa, rata-rata (90%) orang yang saya temui telah melahirkan kesa mereka yang teramat sangat kepada indakan PM dan sikap para pemimpin lain dalam kes Anwar. Mereka juga mempersoalkan langkah kerajaan menangani kegawatan ekonomi. Ini termasuklah Belanjawan 99 yang tidak kurang kelemahan dan penipuan kepada rakyat.

Rata-rata rakyat juga telah menyedari siapa Mahathir? Siapa perompak wang rakyat? Siapa tali barut? Siapa pengganas? Pendek kata daripada kanak-kanak sehingga orang tua MEREKA TIDAK LAGI PERCAYA KEPADA UMNO SELAGI PEMIMPIN SEKARANG INI MASIH BERKUASA.

Rata-rata orang yang berfikir dan berakal menyedari bahawa rakyat takut untuk melahirkan rasa tidak puas hati mereka. Suasana tenang sekarang bukan bermakna rakyat berpuas hati dengan penjelasan atau usaha kerajaan; atau rakyat tidak lagi berminat dengan reformasi. Keadaan ini adalah akibat rakyat takut untuk bersuara. Malaysia hari ini sebenarnya sudah tiada kebebasan untuk bersuara. Demokrasi telah mati. Demokrasi hanya ada dalam pilihanraya, sekali dalam lima tahun. Kebebasan bersuara telah berkubur. Rakyat ditakutkan dan diugut dengan pelbagai ancaman dan memperkudakan institusi kehakiman dan polis.

Rakyat sekarang berada dalam kebingungan (kecuali mereka yang merelakan kemungkaran dan kemunafiqan). Jika POLIS sudah boleh bertindak kejam sesuka hati! dan Jika badan kehakiman mengikut sahaja telunjuk kerajaan! Kepada siapa lagi rakyat hendak mengadu?
 
 

Hosted by www.Geocities.ws

1