Subject: Untuk Dikongsi Bersama 

 
  Assalamualaikum!

  Kepada saudara editor Sedar,

  Disini saya ingin menceritakan apa yang telah diceritakan oleh saudara
  saya dan kawannya yang datang dari KL. Mereka hampir-hampir menjadi
  mangsa polis yang membabi buta menyerang orang tanpa belas kasihan.
  Saudara saya nie sampai takut nak pergi kerja naik bas. Katanya polis
  ada kat mana-mana sahaja. Mereka kalau nampak aje siapa-siapa yang
  mereka rasa tak puas hati saja mereka tahan dan terus bawak ke balai.
  Lepas tu diorang siasat dan kalau nak lepas kena ikat jamin. Walhal
  hamba Allah nie tak bersalah pun. Itu satu. Mungkin saudara SEDAR
lihat
  belanjawan 1999 yang disiarkan secara langsung di kaca TV tempohari.
  Perasan tak sewaktu Mahathir bertanyakan kepada pihak Pembangkang
  sekiranya ada bangkangan. Siaran terputus sekejap. Ketika itu Dr.
Karpal
  Singh sebenarnya telah bangun dan bercakap lebih kurang seperti ini...
  "UMNO nie lebih teruk dari binatang" lalu pihak di sebelah Mahathir
  berkata... "Balik lah baiieee, baliklah!!". Dr. Karpal Singh lalu
  berkata kepada pihak di sebelah Mahathir dengan bersahaja "Kalau nak
  bercakap, Bangun!". Namun satu orang pun tak berani nak bangun...
  TAkuuttt... (Ini adalah cerita yang saya dapat dari seorang kawan yang
  bertugas sebagai jurukamera pada ketika itu...mereka diarahkan untuk
  "cut" persidangan ituhari oleh orang atasan....Wallahualam) Saya rasa
  sudah tiba masanya untuk kita merombak kerajaan yang sedia ada. Rakyat
  Malaysia sukakan keadilan yang bijaksana dan bukannya keadilan
mengikut
  perasaan marah dan egoistik.

  Salah seorang dari pasukan komando yang kerje deme escort Mahathir
  dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, mereka merasa amat senang escort
Datuk
  Seri Anwar Ibrahim kerana beliau tak banyak cerita. Mereka kata
kekadang
  mereka pergi beberapa hari dan isteri Datuk Seri Anwar melihat salah
  seorang dari anggota komando itu memakai baju yang sama. lalu di
berinya
  baju untuk anggota itu pakai. Mulia hati isteri pemimpin tersebut.
Datuk
  Seri Anwar jaga anggota yang escort nya dengan baik sehinggakan bila
  sampai waktu solat beliau mengajak semua berhenti dulu dan bersolat
  sambil berehat. Saya berasa terharu mendengar cerita salah seorang
  anggota komando tersebut.

  Ya Allah! Kau panjangkanlah umur Datuk Seri Anwar Ibrahim! Kau
  kuatkanlah imannya, rohaninya, jasmaninya dan celakalah orang yang
  memfitnahnya.

  Saya juga telah mendengar rakaman video Marina Yusof yang berani
  menceritakan kebenaran walaupun beliau seorang peguam wanita. Beliau
  telah memberitahu di dalam pita video itu yang mana Mahathir pernah
  membawa perempuan di dalam Parlimen. Saya meminta maaf sekiranya
cerita
  saya diatas tidak benar kerana saya mendapat cerita ini dari orang
yang
  rapat dengan saya dan selama ini jujur dengan saya. Tujuannya untuk
kita
  berkongsi bersama.

  Saya juga rasa sudah tiba masanya rakyat Malaysia semua bangkit untuk
  menegakkan kebenaran untuk masa depan negara Malaysia dan untuk anak
  cucu kita di masa depan. Sesungguhnya banyak perbezaan diantara Datuk
  Seri Anwar Ibrahim dengan Mahathir.

  Saya rasa inilah luahan hati yang agak kecewa dengan sikap pemimpin
yang
  sanggup buat apa sahaja utk melepaskan temboloknya.

Hosted by www.Geocities.ws

1