Deklarasi Rakyat Kelantan

DEKLARASI  RAKYAT  KELANTAN
(Deklarasi ini di baca semasa perhimpunan rakyat Kelantan
23 April 1995 di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu)

Bahawasanya, kami rakyat Kelantan sedar
television dan akhbar kamu, menipu kami.
kamu siarkan berita berat sebelah.
kamu menggelapkan berita benar.
kami sedar, kamu mahu memancing dan membeli kami.
tidak akan kami jual negeri ini.
tidak akan kami gadai Islam kami.
Sedarlah kamu,
kamu kelirukan agama.
kamu peralatkan tokoh agama seperti terompah kayu.
kamu tolak Hudud.
kamu perlekehkan agama.
kamu persendakan ulama.
kamu paksa tokoh korporat tawan hati kami,
dengan gula-gula ekonomi.

Awas!
kami tidak bodoh.
kami tidak bodoh.
kami tidak bodoh.
katakan apa yang kamu hendak kata.
perkosa televisyen dan akhbar, sepuas nafsu kamu.
kami akan tetap dengan penderian kami.
Islam cara hidup kami.
AL-Quran panduan kami.
Ya ALLAH Ya Tuhan kami.
berikan kemenangan kepada orang islam.
Binasakan musuh Islam, penentang agama-Mu .
pecahbelahkan kesatuan mereka.
Belenggukan mereka.
Ya ALLAH Ya Tuhan kami.
Tetapkan kami dengan Islam.
Matikan kami sebagai salihin.

Allahuakhbar , Allahuakhbar , Allahuakhbar

Hosted by www.Geocities.ws

1