Kebanyakan Ketua dan Kelab UMNO Luar Negeri Sendiri Tidak Menyokong Perbuatan Mahathir Dan Kini Mengambil Sikap Berkecuali
Assalamualaikum,
Saya adalah berasal dari sebuah negeri di Utara Semenanjung dan kini
melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat ingin menyumbang secebis
rasa serta keluhan yang saya yakin mewakili sebilangan besar pelajar
Melayu kita di Amerika Syarikat, Kanada dan United Kingdom. Selain
dari itu, saya jugak merupakan bekas Ketua UMNO bagi salah satu
bahagian di Amerika Syarikat. Saya merasakan pihak penyokong reformasi
yang berada di Malaysia amat mengalu-alukan pendirian pihak rakyat
Malaysia samada pelajar atau pekerja di luar negara mengenai isu
pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Setelah lebih dua bulan isu ini
berlangsung di pentas Malaysia, pihak pelajar di sini mengambil sikap
berkecuali untuk bersuara kerana kebanyakan mereka adalah pelajar
ijazah pertama dan sarjana tajaan agensi kerajaan seperti JPA dan
MARA. Terdapat lebih kurng 500 pelajar Melayu tajaan agensi-agensi
tersebut di Amerika Syarikat. Namun demikian, percayalah ramai di
antara mereka ini jelas tidak menyokong perbuatan memalukan yang
dilakukan oleh Perdana Menteri. Tetapi demi menamatkan pelajaran
dengan sepenuh pembiayaan agensi-agensi terbabit, pihak mereka ini
terpaksa senyap dan menumpukan pelajaran. Walau bagaimanapun, ada juga
pelajar kita yang membantu perjuangan seperti membuka laman web
menyokong reformasi dan membantu memberi penerangan sebenarnya kepada
rakyat Amerika yang hairannya, ramai yang berminat mengenai isu ini
dan bersimpati dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Meskipun, para
pelajar ini dianggap sebagai duta kecil kepada negara apabila berada
di luar negara, tetapi mereka berhak menyampaikan berita sebenarnya
kepada rakyat asing kerana mereka ini adalah duta negara dan bukannya
duta parti. Inilah antara perkara yang perlu difahami oleh menteri
kabinet di Malaysia yang inginkan pelajar di luar negara menyampaikan
mesej kerajaan kepada rakyat luar. Namun bagi kita, masalah yang
berlaku di Malaysia itu adalah masalah parti dan amat tidak wajar
pelajar di sini bersekongkong dengan agenda parti yang tidak selaras
dengan intipati kehadiran mereka ke negara orang sebagai duta negara
yang akur pada Ketua Negara Malaysia iaitu DMM Yang Dipertuan Agong
(Agong sendiri masih belum keluar kenyataan mengenai sokongan baginda
terhadap kemelut yang melanda di Malaysia kerana saya yakin baginda
menganggapkannya sebagai masalah parti dan bukannya masalah negara.
Oleh itu saya menyarankan Perdana Menteri agar tidak menggunakan
kekerasan polis terhadap rakyat kerana ini adalah masalah parti. Jika
ini adalah dasarnya, adalah wajar juga parti pembangkang menggunakan
polis mempertahankan pihaknya. Jadi di sini dapat kita lihat tentang
penyalahgunaan kuasa kerajaan yang membesarkan isu ini sehingga ke
peringkat nasional.
Selain itu, saya merasa kesal adanya menteri kabinet yang ingin
bertemu dengan pelajar apabila mengadakan lawatan ke luar negara. Dan
ada juga menteri yang datang ke luar negara semata-mata untuk bertemu
dengan pelajar Malaysia. Usaha ini dianggap sebagai membazir kerana
tidaklah perlu menerangkan pelajar di luar negara tentang apa yang
berlaku di Malaysia kerana pada pandangan mereka, pelajar di luar
negara dicemari pemikiran mereka oleh laporan-laporan akhbar dan
agensi berita asing. Ingin saya tegaskan bahawa pelajar-pelajar di
luar negara adalah antara golongan cerdik pandai di dalam menggunakan
internet sebagai sumber maklumat. Mereka tidak sahaja membuka laman
berita asing tetapi juga berita tempatan. Tetapi mereka ini tidak
bodoh dengan penipuan berita tempatan kerana bagi pengalaman saya
sendiri, apabila Utusan Malaysia melaporkan hanya beberapa ratus
sahaja menghadiri perarakan reformasi, mereka tidak sertakan gambar
tetapi jika dilihat pada laporan akhbar luar dan laman web penyokong
reformasi, kelihatan bukti gambar yang menunjukkan betapa ramainya
penyokong reformasi melakukan demonstrasi secara aman. Selain itu apa
yang kami lihat juga adalah pihak media tempatan menyiarkan ucapan
Perdana Menteri yang menafikan polis tidak bertindak ganas tetapi
apabila dilihat berita asing dan laman reformasi, kelihatan orang tua
dan perempuan ditangkap dengan cara tidak kemanusiaan. Jadi janganlah
pihak kerajaan melaungkan kepada media asing supaya adil dalam
menyiarkan soal negara masa kini. memanglah dulu, media asing banyak
menyiarkan benda tidak benar di akhbar dan berita dan kita
menentangnya tetapi pada masalah kali ini, kita tidak nampak
pembohongan pihak media luar sebaliknya media tempatan sendiri yang
melakukan pembohongan.
Sebenarnya tujuan saya menulis warkah ini kepada penyokong
reformasi adalah untuk menyatakan bahawa Kelab UMNO Luar Negeri
sendiri tidak menyokong kepimpinan Perdana Menteri. Saya mempunyai
ramai kenalan pemimpin UMNO Seberang Laut menyatakan ketidaksokongan
mereka terhadap kejijikan perbuatan Perdana Menteri. Sehingga kini
belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan menyokong dari pihak UMNO Luar
Negara dan sekiranya ada mesti sudah dikeluarkan oleh Utusan Malaysia
dan Berita Harian yang gemar memasukkan berita-berita sebegini.
Tetapi saya kesal, pihak media tempatan menyiarkan sokongan sebuah
persatuan pelajar graduasi Malaysia Amerika Syarikat baru-baru ini di
malaysia sebagai mewakili pelajar di Amerika Syarikat menyokong
kepimpinan PM sebuln yang lalu. Untuk pengetahuan semua persatuan
tersebut adalah persatuan untuk pelajar Cina yang hanya ada beberapa
kerat sahaja jumlah ahlinya yang sengaja menggunakan nama Malaysia
pada persatuan mereka. Saya sendiri telah menulis surat kepada
persatuan tersebut menyatak kekesalan saya terhadap dakwaan mereka.
Oleh itu, lain kali tunggulah Kelab UMNO sebenarnya yang lebih layak
mengeluarkan kenyataan rasmi kerana ini adalah masalah parti mereka.
Oleh kerana itu jugalah, pihak kerajaan tidak menerima fedback yang
baik dan memuaskan, mereka mula menghabiskan wang untuk ke luar negara
semata-mata untuk menyampaikan berita dari kaca mata kerajaan dan
rakyat(kononnya). Tetapi kehadiran mereka tidaklah disambut baik oleh
pelajar kita seperti kehadiran menteri pengangkutan, Datuk Paduka
Rafidah Aziz ke United Kingdom yang hanya menghangatkan perbincangan
mereka serta jumlah kehadiran pada awalnya ramai (kerana dipaksa oleh
Jabatan Penuntut Malaysia dan kerana hanya menikmati juadah Melayu
yang sememangnya menjadi igauan pelajar Malaysia di luar negara) dan
kemudiaanya berkurangan kerana cukuplah setakat tunjuk muka denga
alasan nak balik untuk menelaah pelajaran. Dan yang tinggal pun hanya
mereka yang nak bertekak lidah dengan Rafidah Aziz. Keadaan begitu
juga berlaku apabila Menteri Kewangan II, Datuk Mustapha Mohamad hadir
untuk mesyuarat IMF di New York dan Datuk Abdullah Ahmad Badawi di
Washington DC. Apa yang menariknya ialah kebanyakan agenda
menteri-menteri bertemu dengan pelajar di lakukan oleh pihak Kedutaan
dan Jabatan Penuntut Malaysia dan bukannya dilakukan oleh Kelab UMNO
mahupun Persatuan Pelajar Malaysia di tempat tersebut seperti lazimnya
dilakukan. Oleh itu, saya menasihatkan Menteri Pendidikan, Datuk Seri
Najib tidak perlu membuang masa ke luar negara terutamanya ke
Australia semata-mata bertemu dengan pelajar dan menakutkan pelajar
dengan amaran untuk menarik balik elaun pengajian mereka. Saya juga
menyarankan menteri-menteri menyelesaikan masalah elaun dan tuition
pelajar di universiti tempatan di Malaysia dan melindungi PM mereka
daripada kejatuhan beliau di tangan rakyat jelata.
kepada media tempatan termasuk MIMOS, saya ucapkan tahniah kerana
berjaya memalukan negara di luar negara. Berita yang dilapurkan amat
tidak konsisten dengan bukti yang diperjelaskan.Kepada PDRM, janganlah
menggunakan kekerasan terhadap rakyat, ingatlah wang gaji anda adalah
wang rakyat dan bukannya wang Mahathir. Cukuplah Tan Sri Rahim Noor
yang sengaja melambatkan penyiasatan terhadap aduan Bekas TPM mengenai
penderaan ke atasnya tetapi cukup licik membantu Peguam Negara membawa
kes Anwar Ibrahim ke tribunal keadilan ala-Mahathir. Janganlah juga
pihak polis membawa rifel M-16 semasa berjaga-jaga sewaktu perhimpunan
reformasi kerana ini menampakkan malaysia bukannya negara demokrasi
tetapi negara polis. Kami malu kepada negara asing di mana kami
menuntut ilmu. Ingatlah PDRM, memang benar cara polis Malaysia ala
Mossad kerana tahukah anda undang-undang ISA dan OSA yang totally
against kehendak Islam hanya masih dilakukan di tiga buah negara iaitu
Malaysia, Singapura dan Israel. Inilah buktinya kerajaan Malaysia
memang ada hubungan dengan Israel lebih-lebih lagi Singapura memang
kita ketahui berbaik dengan Israel. Kepada Hishamuddin Tun Hussein,
anda adalah contoh atau model yang buruk kepada orang melayu yang
beragama Islam selama ini. Bersyukurlah kerana ada rakannya sanggup
memberikan kepada kita gambar beliau meminum arak dan bergaul tanpa
batas. Adalah diharapkan Hishamuddin sedar bahawa semua orang telah
tahu aktiviti beliau selama ini dan akan berundur dari kerusi Pemangku
pada masa hadapan. Inilah contoh pemuda yang tak pernah mengenal
kesusahan sejak kecil lagi tetapi ingin membela nasib belia negara.
Tahukah beliau tentang kesusahan rakyat sepertimana Zahid dan Saifudin
Nasution?Kepada Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, sebelum kejatuhan TPM,
ramai sudah mahukan saudara meletak jawatan kerana kejatuhan ekonomi
dan kelancangan mulut saudara. Saya tahu saudara lupa yang saudara
pernah menulis surat kepada YM Tunku Abdul Rahman sewaktu anda dipecat
oleh parti menyatakan Tunku wajar meletakkan jawatan kerana sudah
berusia 62 tahun dan nyanyuk. Tidakkah anda berumur 73 yang lebih 11
tahun tua dari umur nyanyuk tersebut(dakwaan saudara sendiri) masih
tidak meletak jawatan sehingga kini. Dan ingatlah saudara,
kebelakangan ini saudara banyak bercakap menentang barat dan Yahudi
tetapi mengapa memilih Solomon Brothers sebuah agensi Yahudi yang
banyak kali gagal di Amerika Syarikat(saya akan siarkan kebencian
dunia ekonomi dan kewangan Amerika Syarikat terhadap skandal wang
Soloman brothers)Adakah Mahathir menggunakan mereka ini sebagai
penasihat untuk menggelapkan wang negara kerana saya tidak percaya
mereka sanggup menawarkan khidmat percuma kepada kerajaan sedangkan
mereka ditolak di Amerika Syarikat. Selain itu juga, Mahathir
baru-baru ini memberi kecenderungan terhadap gerakan reformasi yang
boleh menimbulkan perbalahan perkauman di media massa tempatan. Saya
merasakan beliau salah kerana tidak timbul pun usaha seperti tahun
1969 pada masa kini. Rakyat hanya mahu diadakan pilihanraya awal dan
beliau meletak jawatan. Lagipun ramai orang-orang Cina dan India
menyokong reformasi ini kerana mereka tahu golongan mereka juga
ditindas. Pelajar Malaysia keturunan Cina dan India di sini memang
ramai menyokong gerakan reformasi. Saya juga ingin mengucapkan terima
kasih kepada parti-parti komponen BN yang lain tidak banyak
mengeluarkan kenyataan menyokong PM baru-baru ini. Saya tahu ramai
dari komponen BN tidak menyokong kepimpinan beliau pada masa sekarang.
Dan tolonglah bebaskan mereka yang tidak bersalah dari tahanan ISA
kerana bagi sayalah dengan beliau bersekongkol menahan kebanyakan
tokoh pemimpin persatuan Islam, beliau tidak saling tumpah seperti
Mustapha Kamal Atartuk dan Anwar Sadat. Letaklah jawatan segera Dr. M
agar ketika anda meninggalkan dunia ini sekurang-kurangnya kubur anda
tidak akan diludah dan dikeji. Ingatlah segala jasa mu kepada negara
akan hilang begitu saja kerana anda sendiri tahu satu perkara buruk
laksana setitik nila tumpah habis rosak susu sebelanga. Janganlah
keadaan ini akan menderitakan keluarga saudara pada masa anda diseru
oleh Malaikatul Maut. Serta saya ingatkan saudara banyak beristighfar
dan bersolat sunat untuk mendapat pahala lebihan sementara stok nyawa
masih ada.
Kepada penyokong reformasi politik yang budiman, saya ingin
menyatakan betapa bangganya anda berada di dalam negara dan berjuang
demi reformasi dalam catatan sejarah tanahair. Saya berasa sedih
kerana berada di negara orang dan tidaklah banyak saya dan rakan-rakan
saya lakukan tetapi kita akan lakukan yang terbaik dan
seboleh-bolehnya. Di bawah ini adalah cadangan saya dan rakan-rakan
saya terhadap usaha anda ke arah kemakmuran negara dan menjatuhkan
kepimpinan kediktatoran Mahathir:
1. Golongan belia yang sudah berusia lebih 21 tahun yang belum
mendaftar sebagai pemilih hendaklah berbuat demikian apabila diadakan
pendaftaran pemilih pada tahun hadapan. Saya yakin ramai penyokong
reformasi adalah golongan belia.
2. Tidaklah perlu lagi berdemonstrasi kerana ianya hanya membuang
masa kerana mahathir sudah menguasai segalanya dan dia tidak akan akur
kepada kehendak rakyat. Yakinlah kepada saya. Gunakanlah perang saraf
dalam hal ini seperti:
a. Banyakkan penerbitan berupa majalah, artikel,makalah dan buku
mengenai skandal seks, rasuah, penyalahgunaan kuasa dan kediktatoran
kerajaan malaysia dan edarkanlah kepada seluruh rakyat jelata.
b. Ramai-ramailah menulis surat ataupun e-mail kepada wakil rakyat
anda tentang ketidakpuasan anda terhadap kepimpinan kerajaan dan wakil
rakyat sendiri serta menyatakan bahawa anda tidak akan memangkah nama
beliau pada kertas undi pada pilihanraya yang akan datang.
3. Saya yakin keadaan akan tenang semula kerana kita bukanlah seperti
Indonesia yang sehingga kini masih lagi berdemonstrasi.Dan saya yakin
Mahahthir akan melambatkan pilihanraya umum kerana memerlukan masa
untuk mengambil hati rakyat untuk memastikan kemenangan beliau. Apa
yang saya ingin nyatakan ialah penggerak reformasi jangan sesekali
melupakan apa yang beliau lakukan sekarang agar anda tidak lagi
memangkah BN pada masa depan.
4. Usaha untuk mengislamkan UMNO sudah tidak perlu lagi kerana
Mahathir sudah dan akan mengeluarkan mereka yang pro-Anwar dari UMNO
dari masa ke semasa. Oleh itu, saya sarankan anda semua memasuki PAS
atau PRM tetapi tidaklah menubuhkan parti baru kerana ini hanya akan
memecahkan orang melayu. Saya yakin PAS dan PRM akan bekerjasama dalam
pilihanraya akan datang. Saya sendiri juga akan menyertai PAS pada
satu masa kelak.
5. Lakukan satu usaha mengumpul wang dan mendesak Majlis Peguam
Malaysia secara sukarela berbincang dan mencari bukti mengenai isu
Mirzan, Daim, Peguam negara dan Ketua Polis Negara dan sebagainya agar
Mahathir boleh dibawa ke mahkamah dan dilakukan seperti yang dia
lakukan pada Anwar. sekiranya usaha ini gagal barulah sah sistem
kehakiman sudah dinaungi oleh Maharaja Mahathir(bukan lagi Perdana
Menteri)dan rakyat akan yakin uasaha ini.
6. Penyokong reformasi cubalah berbaik dengan penyokong Datuk
Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Tun Razak( saya yakin mereka tak ramai
penyokong)agar mendesak pemimpin mereka berani mencabar PM meletak
jawatan ataupun berundur pada pemilihan UMNO tahun hadapan. Saya harap
dengan cara ini dapt menjadikan UMNO berpecah dan cara ini berhasil
memmusnahkan karier beliau sebagai PM.
7. Rakyat disarankan tidak hadir pada mana-mana pertemuan mahupun
acara bersama pemimpin sebagai memprotes tindak laku mereka.
Seandainya anda dipaksa oleh Ketua Jabatan masing-masing, hadirlah
sekejap sekadar menunjukkan muka dan kemudian beredar dari situ.
8. Penyokong reformasi adalah ramai sehinggalah di ceruk kampung.
Ada penyokong reformasi adalah saudara ataupun mempunyai hubungan
keluarga dengan pemimpin negara,polis dan rakyat. Oleh itu, gunalah
platfom kekeluargaan manyatakan kesal terhadap saudara yang terlibat
dan bersekongkol dengan PM.
9. Usaha boikot Utusan Malaysia menampakkan hasil, lakukan dengan
lebih lantang lagi agar di dalam keadaan kegawatan ekonomi ini akan
menyebabkan media tempatan tumpas dan gulung tikar. Kepada mereka yang
berharta dan wang, tubuhkan warta media sendiri secara sah dan
melaporkan berita-berita benar kepada rakyat dan boleh dibeli oleh
orang ramai. Saya yakin perniagaan ini amat menguntungkan kerana
alternatif rakyat sekarang hanya pada Harakah tetapi telah diancam
oleh kerajaan kerana Harakah adalah akhbar parti politik.Akhir sekali, kami di luar negara berdoa kepada ALLAh agar memberi
petunjuk dan Hidayah kepada penyokong reformasi demi kesejahteraan
Islam dan kaum Melayu di Malaysia. Saya akan pulang bercuti pada bulan
Disember akan mengerahkan segala keringat saya untuk memastikan
Mahathir jatuh dari singgahsananya.Wassalam.