Kelebihan Bulan Rejab
Assalam mualaikum wbh..
Maaf le ... terlambat bagi tahu...Sekali-sekala elok juga buat kebajikan... Asyik tulis pasal DSAI je.. Nanti tulis yang bukan-bukan dapat dosa pulak !!!
Elok tenguk kelebihan bulan Rejab ini...
Ada pun kelebihannya :-1. Bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qura'an atas segala Qalam.
2. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.
3. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.
4. Bulan Rejab Syahrullah (Bulan ALLAH), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada ALLAH.
5. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.
6. Siapa yang bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.Ini sebahagian saje dari kelebihan bulan rejab... Kalau nak tahu lebih lagi, sila rujuk buku 'Fazilat Bulan Rejab, Sya'aban Ramadzan' tu.
Marilah kita sama-sama mengambil kesempatan/peluang yang dianugerahkan oleh ALLAH kepada kita sempena bulan Rejab ini.
Semoga ALLAH memberkati segala usaha kita ...
Ameen..
Wassalam...