ISA pengaruhi tahanan sokong kerajaan
 - Abim


Source  :  HARAKAH, Nov 2, 1998

AGENDA utama Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bukan setakat
mengelakkan daripada mengganggu orang lain, tetapi
 mempengaruhi orang-orang dalam tahanan supaya menyokong pandangan dan
prinsip-prinsip yang dibawa kerajaan, kata
 Penolong Setiausaha Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Saudara Yusri
Yusof.

 Katanya, ISA yang digunakan pada hari ini merupakan dua kali lebih
zalim daripada ISA yang dahulu.

 "Kalau dulu, ISA sesuai dengan komunis sedang digunakan untuk
memelihara kepentingan tetapi selepas pindaan 1989, telah
 diadakan satu peruntukan telah ditambahkan seksyen 8 (b) dan 8 (c)
dalam ISA menyebabkan mahkamah pun dah tak boleh
 persoalkan lagi," ujarnya yang merupakan seorang pensyarah
Undang-Undang.

 Katanya, dalam realiti negara ini bukan mudah bagi mahkamah bebas
seratus peratus daripada mana-mana pihak.

 Katanya, Abim tidak akan sekali-kali berundur dari perjuangannya
menegakkan keadilan dan kebenaran.

 Di samping itu juga beliau menjelaskan pendirian Abim yang akan
menyokong penuh keputusan Gerak untuk memulaukan
 Kumpulan Akhbar Utusan.

______________________________________________________
 

Hosted by www.Geocities.ws

1