Drs Sulaiman diboo


Source  :  HARAKAH, Nov 2, 1998

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Penerangan, Dato' Drs. Sulaiman Mohamad
telah diejek dan diboo oleh para
 jamaah masjid Jamek Kampung Baru, bila beliau cuba menentang gerakan
reformasi yang di pimpin oleh Anwar Ibrahim.

 Sebaik-baik sahaja, selepas para jamaah menunaikan solat Jumaat,
tiba-tiba muncul satu kumpulan wanita yang membawa
 poster dan sepanduk yang menyokong Mahathir dan menolak gerakan
reformasi.

 Orang ramai terus mengejek dan memboo kumpulan wanita yang sudah
berumur itu dan tiba-tiba muncul Ketua Perhubungan
 Umno Wilayah Persekutuan Drs. Sulaiman Mohamad di tengah-tengah
kumpulan wanita tersebut.

 Kemunculan Sulaiman di tengah-tengah wanita yang membawa poster dan
sepanduk yang menyokong kepimpinan Mahathir
 itu, telah menimbulkan kemarahan orang ramai.

 Orang ramai kemudiannya menuntut supaya beliau dan kaum wanita berundur
dari kawasan tersebut.

 Laungan 'balik, berundur dan malu' telah bergema di kawasan masjid buat
beberapa ketika, sehingga sampai kepada keadaan
 yang tidak terkawal.

 Akhirnya, Drs Sulaiman dan kumpulan wanita itu berundur secara terpaksa
di kawasan masjid Kampung Baru pada jam 1.50
 tengah hari.

 Sepanduk-sepanduk yang menyokong Mahathir dan menolak Anwar yang
dipasang dikawasan masjid telah diturun dan di
 campakkan begitu sahaja oleh orang ramai.

 Tunjuk perasaan yang tidak disusun itu bermula bila seorang hamba Allah
telah melaungkan Allahuakbar Allahuakbar
 beberapa kali selepas tuan iman membaca doa dan dia terus meluru keluar
dengan menjerit koyak poster dan buangkan
 sepanduk.

 Para jamaah yang berada dalam masjid turut sama bertakbir bila hamba
Allah yang tidak dikenali itu melaungkan perkataan
 Allahuakbar beberapa kali.

 Kumpulan wanita itu muncul selepas bunyi laungan takbir di dalam dan
luar masjid Jamek Kampung Baru.
 
 

Hosted by www.Geocities.ws

1