Mahathir dengan Ekonominya biarkan....biarkan......
Kegawatan politik kini tidak menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara
yang aman menjelang kurun ke 21, selagi Mahathir memerintah negara.
Berikutan kegawatan politik itu, mengakibatkan Krisis ekonomi yang
sedang melanda negara tidak akan selesai dalam masa yang singkat,
meskipun Mahathir dan Daim beriya-iya mempamerkan idea di atas kertas
bahawa ekonomi akan beransur pulih tahun 1999. Kawalan matawang yang
dilancarkan belum dapat meyakinkan sebahagian besar rakyat Malaysia.Corak dan rancangan Mahathir melaksanakan perubahan ekonomi
mengkhususkan bantuan kewangan kepada Renong, Hicom, DRB, BBMB, dan
Perwaja yang dikatakan kesemua adalah milik Mahathir, Daim, anak-anak
Mahathir dan kroni-kroninya menjadi buah mulut segenap lapisan
masyarakat. Keadaan ekonomi mereka yang parah inilah yang sedang diusaha
oleh Mahathir menyelamatkannya. Sekiranya berjaya melepaskan segala
hutang piutang anak-anak dan kroni-kroninya, barulah Mahathir berasa
lega. Hutang negara dan pengambilan dana EPF, LUTH, Petronas, Socso
bukan masalah lagi, semua dijadikan masalah rakyat mengatasinya.Dari beberapa perbincangan dan soal selidik ternyata rancangan Mahathir
ini amat membimbangkan sebilangan besar rakyat kerana pada pendapat
mereka rancangan pemulihan tersebut tidak menguntung rakyat lapisan
pertengahan dan lapisan marhain. Rancangan Mahathir itu dikatakan hanya
menguntungkan dan menyelamatkan segelintir orang khususnya Mahathir,
Daim, anak-anak Mahathir dan kroni-kroninya.Pembentangan belanjawan baru-baru ini, khususnya mengenai rumah kos
rendah bagi rakyata berpendapatan rendah tidak dinyatakan harga seunit.
Mahathir pernah suatu masa dahulu menyatakan rumah kos rendah tidak
dapat dibina dalam lingkungan harga RM25,000.00. Menurut beliau harga
rumah kos rendah sepatutunya dalam lingkungan RM35,000.00. Cadangan
Mahathir itu disangkal oleh Anwar dengan menetapkan harga rumah kos
rendah pada paras RM25,000.00.Sekiranya Mahathir menetapkan harga rumah kos rendah pada kadar
RM35,000.00 alamat ramailah rakyat berpendapat rendah tidak mampu
membelinya. Apa akan jadi kepada mereka ini. Adakah Mahathir prihatin
akan masalah rakyat miskin seperti yang dilakukan oleh Anwar? Pada
pendapat saya Mahathir tidak memikirkan sangat masalah tersebut. Beliau
lebih mengutamakan perbelanjaan besar untuk membiayai projek mega yang
terbengkalai sejak akahir-akhir ini.Kalau kita campur dan congak, sejumlah besar wang yang diperlukan untuk
memulih ekonomi negara dianggarkan RM60 bilion tidak melibatkan program
bantuan kepada rakyat miskin dan berpendapatan rendah. Di atas kertas
memang cantik dan menarik rancangan yang diajukan itu. Tetapi pada
hakikatnya rakyat tetap miskin tetap tidak terbela. Perhati sejenak masa
ketika ekonomi negara memuncak, adakah Mahathir membangunkan rakyat
Kedah, khusunya Kubang Pasu. Tidak, rancangan Mahathir hendak
melaksanakan projek meganya untuk membina lapangan terbang antarabangsa
yang kedua terbesar selepas KLIA adalah untuk kroni-kroninya sahaja.
Rakyat diajar supaya berbangga mempunyai pembangunan yang setaraf dengan
negara-negara maju.Hasrat Mahathir hendak meneruskan projek mega hampir menemui jalan
buntu. Mahathir tidak mendapat sebarang pinjaman dari mana-mana dana
luar. Mahathir bergegas ke Jepun kerana mendengar Jepun akan memberi
pinjaman kepada negara-negara Asean. Malangnya, jawapan yang beliau
terima amat mengecewakan kerana Jepun berasa bimbang dengan situasi
politik Malaysia. Nampaknya Jepun lebih bersimpati kepada Anwar dan
tidak begitu senang layanan pihak polis terhadap Anwar. Lebih-lebih lagi
dunia mengetahui bahawa Mahathir juga ialah Menteri Dalam Negeri dimana
semua arahan datang daripadanya. Kalau tidak masakan Mahathir sanggup
mengatakan Anwar mencederakan dirinya sendiri. Tetapi di Jepun Mahathir
memperlihatkan rasa kesalnya akan tindakan polis terhadap Anwar. Harapan
Mahathir penerangannya di Jepun akan dapat meyakinkan menteri-menteri
Jepun.Oleh kegagalan itu, Mahathir terbang ke Brunei atas perjumpaan dengan
ketua-ketua negara Asean. Bagi pemimpin Asean yang lain kehadiran mereka
untuk berbincang masalah serantau. Tetapi Mahathir lebih dari itu.
Beliau mempunyai rancangan sendiri, barangkali untuk mendapat ehsan
Sultan Brunei supaya dapat membantunya mengatasi masalah ekonomi
Malaysia. Sejauh mana Sultan Brunei percaya dan bersetuju dengan
janji-janji Mahathir tiada siapa yang tahu.Dalam menangani masalah ekonomi negara ini, Sultan Brunei harus berfikir
masak-masak sebelum melaburkan dolar Brunei di Malaysia. Semasa
kegawatan ini belum tentu pelaburan Brunei akan menguntungkan Sultan
Brunei, kerana mereka yang bertanggungjawab mengurus Renong, DRB dan
Hicom selama ini bukan orang yang berupaya mengembalikan zaman
kegemilangan syarikat-syarikat tersebut. Masakan mereka mampu, untuk
mengatasinya pun mnegharapkan campur tangan kerajaan. Seandainya Sultan
Brunei melabur juga alamat habislah dolar Brunei.Kepada rakyat Malaysia harus prihatin akan keadaan ekonomi dan politik
negara masa kini. Mahathir menyogok kita dengan kata-kata penjajahan
semula kuasa luar jika negara menjadi miskin. Cuba kita perhati dan
teliti siapakah yang telah memiskinkan negara kita. Tidak lain dan tidak
bukan ialah dasar ekonomi Mahathir yang semata-mata mementingkan projek
mega supaya rakyat boleh berbangga mempunyai pemimpin sepertinya.
Fikirlah masak-masak.