Kekacawan dimulakan Polis???
Polis dan reformasi
Saudara Pengarang,
PADA hari Sabtu 24 Oktober, 1998, saya buat pertama kali turun ke padang
untuk mengikuti perkembangan reformasi yang digembar-gemburkan oleh
media massa kerajaan yang menyatakan bahawa rakyat Malaysia yang
menyertai reformasi adalah rakyat yang tak beretika dan tidak setia
kepada negara.Dari pengamatan saya, kejadian yang tidak diingini itu berlaku adalah
berpunca daripada tindakan anggota polis yang ingin menyuraikan orang
ramai yang berkumpul tanpa permit. Mereka tidak senang dengan tindakan
polis itu mula membaling batu dan apa yang dapat dicapai oleh mereka.Media cetak dan media elektronik memainkan peranan dalam menyampaikan
berita berat sebelah ini dengan hanya menunjukkan episod tinda k balas
kumpulan reformasi yang merusuh terhadap pihak polis. Jika benar media
cetak dan media elektronik berpihak kepada yang benar mengapa tidak
menyiarkan kejadian merusuh itu daripada awal hingga akhir supaya rakyat
Malaysia di seluruh negara dapat melihat kejadian tersebut dengan jelas
dan menilai kesahihan berita tersebut.Orang ramai yang berkumpul itu tidak pun menghalang lalulintas dan
merosakkan harta benda awam.Berdasarkan ini, orang ramai dapat hendaknya menilai sejauh mana
kewibawaan dan keikhlasan pihak polis dalam menangani masalah reformasi
ini.ABDUL RAHMAN SULAIMAN,
Gombak, Selangor.