Kelantan bebas judi
KUALA LUMPUR: Kelantan satu-satunya negeri di Malaysia terkeluar
daripada senarai premis perjudian yang dikeluarkan oleh Menteri Kewangan
manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatat premis tertinggi
iaitu sebanyak 266 buah.Perkara ini dimaklumkan oleh Kementerian Kewangan ketika menjawab secara
bertulis soalan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (PAS-Marang).Menurut jawapan itu, Nombor Ramalan mempunyai tiga bentuk iaitu empat
dan lima nombor serta Toto.Ustaz Hadi bertanyakan berapa jumlah premis perjudian di setiap negeri
mengikut perangkaan terkini dan apakah bentuk perjudian yang dijalankan.Bilangan premis perjudian mengikut perangkaan terkini yang dikeluarkan
kementerian itu selepas Kuala Lumpur diikuti Selangor sebanyak 265 buah,
Perak (215), Johor (191), Sarawak (179), Pulau Pinang (128), Sabah (83),
Melaka (78), Negeri Sembilan (77), Pahang (68), Kedah (44), Terengganu
(9), Perlis (7) dan Wilayah Persekutuan Labuan (6).