PM ugut jika laksana hudud
Jawapan kepada mereka yang mengutuk Kerajaan Kelantan kerana tidak
melaksanakan Hudud seperti yang dijanjikan. Kuasa berada ditangan PM.
Sudah kewajipan PMlah untuk membenarkan kerajaan menentukan corak
pentadbirannya untuk menguruskan pemerintahannya sendiri. Tetapi campur
tangan demi campurtangan berlaku juga baik dari segi peruntukan,
pemerintahan dll lagi. Begitulah nasib rakyat Kelantan dan pemerintah
Kelantan yang bertungkus lumus mau menegakkan syariat Allah tetapi
dihalang oleh puak2 yang tak mau Islam dan melihat Islam hanya di sudut
perkahwinan dan solat sahaja. Itupun kadang2 ada yang tak ikutpun.
Kahwinpun macam Kristian dan Hindu, solat pun tak buat. Apa tah lagi
mengucap pun ada yang tak tau. Manakan pula membaca Al-Quran. Maknanya
lagilah tak tau sbb. Al-Quran dalam bahasa Arab. Tapikan tafsir ada. Apa
nak jadi dengan ummat Islam hari ini.....
--------------------------------------------------------------
KOTA BHARU: Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
memberitahu surat penolakan daripada Perdana Menteri mengenai hasrat
kerajaan Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud sudah diterima."Surat itu dihantar kepada saya dan saya menyimpan sehingga sekarang,"
katanya menjawab soalan tambahan Adhan Kechik (BN - Kemahang) pada
persidangan Dewan Undangan Negeri, Khamis lalu.Menteri Besar berkata, surat tersebut mengandungi unsur ancaman
sekiranya pelaksanaan hukum hudud tetap dilaksanakan di Kelantan.Menurutnya, kerajaan Pusat boleh melakukan apa sahaja termasuk tindakan
undang-undang darurat (Mageran) sekiranya Kelantan tetap melaksanakan
Undang-Undang Jenayah Syariah II yang diluluskan pada November 1993.Sehubungan itu, katanya, memandangkan ada sekatan daripada kerajaan
Pusat menyebabkan kerajaan negeri terpaksa melaksanakan sedikit demi
sedikit perkara yang berkait syariat Islam di negeri ini."Cara berfikir mengikut Islam, sekiranya sesuatu perkara yang hendak
dibuat tidak boleh dilakukan sepenuhnya, maka ia perlu dilakukan sedikit
demi sedikit," katanya.Sebelum itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan,
Dakwah dan Penerangan, Ustaz Mohamed Daud berkata, surat daripada
Perdana Menteri menjelaskan sekiranya dilaksanakan hukum tersebut,
tindakan undang-undang akan diambil.Ketika menjawab soalan asal, Dato' Mohd Rozali Isohak (BN - Dabong)
beliau menjelaskan, disebabkan kegagalan melaksanakan hukum tersebut
kerana dihalang, kerajaan negeri mengadakan Hari Hudud setiap tahun
sebagai memperingati kepentingan hukum tersebut."Kita memberitahu kepada rakyat terhadap kesungguhan kerajaan negeri
melaksanakan hukum itu dan mendedahkan kepentingannya."Pemerintah yang tidak melaksanakan hukum tersebut selepas diberi kuasa
adalah berat dosanya yakni kedua selepas kafir," katanya sambil
mengemukakan nas-nas al Quran mengenai kewajiban melaksanakan hukum
tersebut.Menurutnya, masyarakat Melayu sukar menerima hukum hudud kerana lama
dijajah dan ulama' membisu untuk menjelaskan tentang hukum tersebut
kerana takut kepada pemerintah.Sementara itu, ketika menjawab soalan tambahan Ustaz Mohd Yusof Abdullah
(PAS - Bukit Tuku) Menteri Besar berkata, tidak perlu lagi dikeluarkan
fatwa terhadap mereka yang mempersendakan hukum tersebut kerana ia sudah
dijelaskan dalam al Quran."Tidak ada fatwa selain daripada al Quran," katanya.