Cabaran bersumpah
Assalamu'alaikum.
Kita harus memahami prosedur hudud sebelum kita suruh orang angkat
sumpah. Dalam Islam, apabila seseorang dituduh berzina atau meliwat atau
kedua-duanya sekali, orang yang menuduh itu harus mendatangkan
bukti-bukti serta empat orang saksi. Keempat-empat orang saksi ini
mestilah yang tidak pernah membuat dosa besar, jarang membuat dosa-dosa
kecil, tidak fasik etc.Setelah memenuhi prosedur ini, yang dituduh hendaklah ditanya apakah dia
ingin mengaku salah. Jika tidak, dia harus mengangkat sumpah, eg "Saya
dengan nama Allah tidak pernah melakukan zina/liwat dengan sipulan...".
Ini dah tunggang tebalik jadinya. Yang menuduh tak payah mendatangkan
saksi, yang dituduh pulak disuruh angkat sumpah.Lagi satu, bila angkat sumpah, tak payah pun junjung Al-Quran. Ini dah
campur style Kristian ni apa hal. Hati-hati dengan apa yang kita
tuliskan, jangan sampai kita buat bida'ah dengan mencampur-adukkan adat
agama lain yang sesat dengan cara Islam.So kepada mamat yang mula-mula buat cabaran suruh DSAI angkat sumpah,
saya bagi nasihat sbg brother in Islam supaya lekas-lekas bertaubat.
Stage bawa saksi pun tak lepas lagi, nak suruh orang angkat sumpah
pulak.Kalau you kata tunggulah mahkamah buat keputusan bersalah atau tidak
DSAI, jangan buang masa kita orang dengan memulakan bicara mengenai
angkat sumpah. Mahkamah tu mengikut cara taghut, bukan hudud. Kalau
hudud, dah lama Mahathir kena sebat 80 kali kerana gagal membawa saksi 4
orang tu.Wallahualam.
Wassalam.
PS. Yang peliknya dia cabar kita suruh jumpa DSAI untuk angkat sumpah.
Macam tak reti DSAI dalam tahanan. Bukan org sebarangan boleh pi jumpa
dia.
>From: "Ariffin Osman" <[email protected]>
>To: <[email protected]>,
> <[email protected]>
>Cc: <[email protected]>
>Date: Fri, 30 Oct 1998 18:36:21 +0800
>Subject: [anwarxtpm] Re: [gerak-net] cabaranSumpah tidak boleh di main mainkan.
Tetapi jika ingin bersumpah...pihak yang dituduh perlu bersumpah dengan
nama
Allah dan pihak yang menuduh juga perlu bersumpah, jika tidak sumpah
begitu
tidak mencerminkan keadilan.