Isteri Anwar berusaha memastikan kehidupan keluarga yang "normal"


Isteri Anwar berusaha memastikan kehidupan keluarga yang "normal"

Kuala Lumpur 1 Nov (AFP) - Istero timbalan perdana menteri yang dipecat,
Anwar Ibrahim, berusaha memastikan kehidupan keenam-enam orang anaknya
adalah seperti biasa sehari menjelang perbicaraan suaminya.

"Kehidupan adalah penuh dengan cabaran," beritahu Wan Azizah Wan Ismail
kepada AFP pada hujung minggu ini. "Anak-anak Anwar dan Azizah perlu
belajar menghadapi cabaran-cabaran."

Berucap menjelang permulaan perbicaraan esok hari, Azizah berkata,
anak-anaknya - lima perempuan dan seorang lelaki, berusia di antara enam
dan 17 - rindukan bapa mereka walaupun mereka dibenarkan melawatnya
setengah jam setiap minggu.

Anwar kini telah ditahan selama enam minggu berikutan pemecatannya oleh
Perdana Menteri Mahathir Mohamad pada 2
September dan menghadapi 10 dakwaan rasuah dan liwat berasingan. Empat
daripada tuduhan rasuah itu akan dibicarakan mulai Isnin ini.

Azizah berkata cuma anak-anaknya yang tua sahaja yang mengetahui
tuduhan-tuduhan ke atas bapa mereka. "Mereka dijejaskan oleh
tuduhan-tuduhan tersebut," kata beliau.

Bagi anak-anak yang kecil: "Saya tidak mahu memberitahu mereka, mereka
terlalu kecil untuk memahaminya," katanya.

Azizah berjata beliau telah menerima "begitu banyak kekuatan" daripada
anak sulungnya Nurul Izzah, 17 tahun, seorang penuntut kejuruteraan.
"Saya boleh meyakininya, beliau cukup tua untuk memahami keadaan,"
tambahnya.

Walaupun Izzah dijangka menghadiri perbicaraan tersebut, kelima-lima
adik-beradiknya akan meneruskan persekolahan.

Azizah berkata anak-anaknya pada pawalnya keberatan untuk ke sekolah
berikutan penahanan Anwar kerana rakan-rakan di sekolah bertubi-tubi
menujukan soalan. Tapi kini mereka menerima sokongan dari rakan-rakan
dan guru-guru mereka.

Isteri Anwar yang berusia 46 tahun mengambil alih kepimpinan pergerakan
reformasi suaminya setelah Anwar ditahan. Polis telah menghadkan
lawatan-lawatan ke rumahnya hanya kepada keluarga dan sahabat-handai,
dan beliau juga telah diberi amaran untuk tidak membuat sebarang
kenyataan politik atau memberi ucapan di rapat-rapat umum.

Seorang wakil Amnesty International menemui Azizah pada hujung minggu
dan berkata bahawa pertubuhan tersebut akan berusaha untuk memastikan
"kebebasan kehakiman" di Malaysia semasa perbicaraan Anwar.

"Saya berada di sini untuk memastikan bahawa proses keadailan akan
dijalankan, bahawa proses perbicaraan yang adil dilaksanakan selaras
dengan piawai antarabangsa," kata Mark daly, seorang peguam Kanada
bertugas di Hong Kong memberitahu AFP.

Daly berkata beliau akan memerhatikan "faktor-faktor kebebasan
kehakiman, mengawasi sebarang pengaruh politik" dan memerhatikan samada
Anwar dibenarkan "perhubungan dengan semua peguam semasa prosedur
tersebut."
 
 

/\__/\
 @  @
={_!_}=

Sabri Zain

BERITA REFORMASI di http://reformnews.cjb.net

"For God knows the Truth and to Him do we return."
- 'Sejarah Melayu' at http://malaya.cjb.net

"They invade our space and we fall back.
 They assimilate entire worlds and we fall back.
 NEVER AGAIN, THE LINE MUST BE DRAWN HERE!"
-Captain Jean-Luc Picard, 'First Contact'

 

Hosted by www.Geocities.ws

1