Perbicaraan Anwar menentukan reputasi Malaysia


Perbicaraan Anwar menentukan reputasi Malaysia

Kuala Lumpur 1 Nov (AFP) - Reputasi antarabangsa Anwar akan ditentukan
Isnin ini bila bekas menteri yang kini menentang  kerajaan, Anwar
Ibrahim, dihadapkan ke muka pengadilan dua bulan setelah dipecat oleh
Perdana Menteri Mahathir Mohamad.

Anwar dipecat setelah terlibat dalam perselisihan faham di dalam
kerajaan dan ditahan setelah memimpin rapat-rapat umum menentang bekas
"gurunya" Mahathir. Beliau menghadapi 10 dakwaan rasuah dan seks luar
tabii.

Para pemerhati antarabngsa sedang memantau perbicaraan tersebut.
Kecenderungan tersebut kian disemarakkkan oleh dakwaan bekas timbalan
perdana menteri dan menteri kewangan tersebut mengenai penderaan polis.

Kes-kes ini akan menentukan samada Anwar, 51, adalah seorang Muslim yang
warak, bapa kepada enam orang anak yang telah dianiaya oleh
musuh-musuhnya sebelum sempat mewarisi jawatan Perdana Menteri - atau
seorang biseksual yang rakus yang menggunakan kedudukannya untuk menutup
kesalahan-kesalahannya.

Untuk peringkat awal, beliau akan dibicarakan atas empat tuduhan rasuah
berhubung dengan arahan-arahan kepada polis untuk memaksa saksi-saksi
menarik tuduhan-tuduhan bahawa beliau terlibat dalam kes meliwat, atau
hubungan-hubungan seks dengan lelaki-lelaki lain.

Satu lagi tuduhan rasuah dan lima tuduhan liwat akan didengari kemudian
dalam proses perbicaraan ini yang dijangka berakhir pada pertengahan
1999. Pihak berkuasa menyatakan bahawa Anwar mungkin akan menghadapi
tuduhan-tuduhan seks luar tabii lain selepas itu.

"Tugas kami ialah melaksanakan undang-undang negara ini dan pendakwaraya
akan mendakwa dengan penuh adil, berdasarkan bukti-bukti yang jelas,"
Peguam Negara Mohtar Abdullah berkata.

Anwar, dipecat sehari menyusul kenyataan Bank Negara untuk mengawal
pertukaran wang asing untuk menangani krisis kewangan serantau,
menafikan semua tuduhan yang dianggapnya bermotifkan politik.

Gambar-gambarnya bermata lebam dan berbalut di leher semasa muncul di
mahkamah telah memalukan Mahathir, yang
menjanjikan akan menghukum sesiapa saja yang didapati bersalah
menganiayai bekas anak didiknya.

Dakwaan-dakwaan Anwar bahawa polis menderanya telah mencetuskan pelbagai
reaksi daripada beberapa negara termasuk Amerika Syarikat. Para pemimpin
forum Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik yang dianggotai sebanyak 18 buah
negara termasuk Presiden Bill Clinton dijangka berada di Kuala Lumpur
mulai pertengahan November untuk sebuah kemuncak, dan pada masa itu
perbicaraan itu akan ditangguhkan.

Mahathir, 73, yang telah berada di tampok kekuasaan sejak 1981 dan
mendidik Anwar untuk mewarisinya sehingga perselisihan faham di antara
mereka berdua, mengakui bahawa Malaysia sedang menghadapi masalah imej
dan politik yang serius berikutan kes Anwar.

"Di seluruh dunia para menteri dipecat dan selalunya mereka terus pergi
begitu saja," katanya minggu lepas.

"Tapi seorang menteri enggan meletakkan jawatan secara baik dan diadili
menurut proses yang lazim diikuti. Media antarabangsa telah menghidu
satu "scoop" yang baik."

Cyrus Das, presiden Majlis Peguan Malaysia, berkata perbicaraan tersebut
telah "mencetuskan minat media di seluruh dunia" dan mengalu-alukan
kehadiran para pemerhati luar negara.

"Oleh itu, adalah penting untuk perbicaraan ini diperhatikan oleh
seluruh dunia bahawa sistem perundangan dan sistem keadilan jenayah
Malaysia adalah adil dan bahawa ia menjamin perbicaraan yang adil kepada
seorang yang tertuduh," katanya.

Sehingga pemecatannya, Anwar adalah seorang tokoh antarabangsa yang
disegani ramai, memberikan ucapan-ucapan yang bijak, dan dilihat sebagai
bakal perdana menteri Malaysia.

Jika dibuktikan bersalah, beliau boleh dipenjarakan dan hilang kedudukan
politik. Namun, para pengkritiknya pun tidak menafikan seluruh karier
politik bekas aktivis sosial ini yang telah dibawa oleh Mahathir ke
dalam parti pemerintah Malaysia.

Amnesty International dan beberapa pertubuhan hak asasi manusia dan
perundangan serta kerajaan-kerajaan luar negara menhantar para pemerhati
ke perbicaraannya.

Satu isu yang meruncing ialah arahan Keua Hakim Eusoff Chin untuk
menjalankan perbicaraan hampir keseluruhannya di dalam Bahasa Malaysia,
yang akan menimbulkan kesukaran kepada orang-orang asing untuk
mengikutinya.

Arahan tersebut berlainan sama sekali dengan keputusan hakim perbicaraan
Augustine Paul untuk menjalankan perbicaraan dalam bahasa Inggeris
memandangkan minat antarabangsa mengenao kes tersebut.

"Perbicaraan ini bukan lagi perbicaraan Anwar Ibrahim. Sistem kehakiman
Malaysia juga sedang diadili," kata Raja Aziz Addruse, seorang anggota
kumpulan perundangan Anwar.

"Jika kita percaya bahawa sistem kehakiman kita adalah bebas, kita
sepatutnya tidak perlu menghadapi sebarang kebimbangan untuk membenarkan
kehadiran para pemerhati untuk mengikuti perbicaraan dan membuat
kesimpulan mereka sendiri," katanya.
 

/\__/\
 @  @
={_!_}=

Sabri Zain

BERITA REFORMASI di http://reformnews.cjb.net

"For God knows the Truth and to Him do we return."
- 'Sejarah Melayu' at http://malaya.cjb.net

"They invade our space and we fall back.
 They assimilate entire worlds and we fall back.
 NEVER AGAIN, THE LINE MUST BE DRAWN HERE!"
-Captain Jean-Luc Picard, 'First Contact'

Hosted by www.Geocities.ws

1