JANGAN TUNJUK PERASAAN, JADILAH TAK BERPERASAAN!!! 

Mari kita kutuk tunjuk perasaan dan sebarkan kutukan kita.
Buat apa tunjuk perasaan:
* Kalau permit untuk mengadakan ceramah secara aman pun
kerajaan Dr. Mahathir tak bagi, takkan tunjuk perasaan boleh.
* Rakyat mana boleh cakap apa-apa. Dr. Mahathir memanglah
boleh cakap banyak sebab dia Perdana Menteri. Rakyat duduk
diam-diamlah. Yours is to obey, not to question why!
* Rakyat mana boleh tuduh-tuduh Dr. Mahathir tak tentu hala.
Dr Mahathir bolehlah tuduh-tuduh, tuduh Hishamuddin Rais
tak kenang jasa, tuduh rakyat nak buat kacau, tuduh, tuduh,
tuduh, tuduh.
* Dr. Mahathir tak salah apa-apa. Kalau ada orang yang dakwa
buat kajian dan kata 80 peratus rakyat tidak suka Dr.
Mahathir, Dr. Mahathir tak salah dan tak berdosa. 80 rakyat
yang tak suka kepada dia itulah yang salah, yang berdosa,
yang tak betul. Dr. Mahathir seorang sahaja yang betul.
* Pemimpin-pemimpin Umno dan Barisan Nasional tak buat
apa-apa salah pun. Mereka terpaksa berkerja keras mengambil
hati Dr. Mahathir untuk menjaga jawatan dan perut mereka. Tak
kanlah dah elok-elok perut buncit nak dikempiskan pula. Dah
banyak dah duit tumbuk rusuk orang bagi, takkan nak biar
kedudukan jatuh dan biar orang siasat mereka pula.
* Rakyat tak patut ganggu Dr. Mahathir. Dia banyak kerja. Dia
terpaksa berkerja keras untuk selamatkan syarikat anak dia yang
banyak masalah, dia terpaksa berkerja keras untuk selamatkan
syarikat kawan-kawan dia yang banyak masalah. Dr. Mahathir
banyak kerja untuk pecahkan tabung rakyat dalam EPF, Socso,
Tabung Haji dll.
* Rakyat tak patut marah Dr. Mahathir. Dia pemurah. Banyak
projek yang dia bagi kepada anak-anak dia, kawan-kawan dia,
suku sakat dia. Rakyat yang terbanyak tak dapat memanglah;
projek yang ada pun cukup-cukup untuk anak-anak, kawan-
kawan dan suku sakat Dr. Mahathir.
* Tak patut sakitkan hati Dr. Mahathir. Dia amanah. Apa yang
dia dapat dia jaga baik-baik dengan penuh amanah. Sebab dia
penuh amanahlah dia akan mati dalam pejabat sebagai perdana menteri dan
akan tangkap siapa sahaja yang kacau jawatan dia.
* Tak elok benci Dr. Mahathir sebab dia pandai  sehingga dia
pandai kritik hukum Tuhan, main-mainkan janggut nabi. Dia tahu
mana yang elok dan mana yang tak elok. Tuhan tak tau. Nabi lagi
tak tau.
* Tak baik sungguh menaikkan kemarahan polis. FRU dan SB
memanglah kerja mereka pukul orang, tendang orang, terajang
orang, tumpahkan darah orang, pecahkan kepala orang,
pecahkan pintu rumah orang, buat bom botol kemudian tuduh
orang lain buat, maki hamun orang, sakitkan hati orang, aniayakan orang.
Kalau mereka tak buat kerja mereka dengan sungguh- sungguh,  membazir
sajalah duit rakyat yang bagi gaji kepada mereka untuk buat ganas, buat
zalim dan aniaya orang. Kalau
mereka tak kerja tu semua, mana pula nak cari rezeki  bagi
anak bini mereka makan, hantar mak bapak mereka di kampung.

JANGAN TUNJUK PERASAAN, JADILAH TAK BERPERASAAN!!!

Hosted by www.Geocities.ws

1