Semangat pejuang !!


Berapa ringgit yang pendemostrasi dapat ? Atau apa yang mereka dapat sedangkan berehat di rumah bersama anak-anak menonton TV , makan goreng pisang di petang Sabtu bersama anak-anak adalah lebih baik .

TETAPI , mereka ini adalah pejuang . Rakyat yang tidak boleh dijual beli dengan wang ringgit . Rakyat yang mahukan perubahan ke arah kebaikan .Risiko sangguo mereka tempuh demi keadilan , kebenaran dan kebebasan.

Kita rakyat Malaysia berasa bangga di atas 177 orang rakyat yang mengaku tidak bersalah akibat dituduh nerusuh di Kampung Baru minggu lepas . Syabas ! Sesungguhnya semangat dan maruah saudara/i sungguh tinggi dan kental . Itulah erti perjuangan yang bermisi . Bukan seperti setengah orang yang tidak tahu dan nampak apa yang diperjuangkan .Hanya mahu menang kerusi pilihanraya dan menikmati berbagai kemudahan tetapi bukan untuk membela kepentingan rakyat .Tugas wakil rakyat yang dilantik adalah untuk membela nasib rakyat dan bukannya hanya menyapu atau menghentam duit .

Pendemo di jalanraya-jalanraya ini telah membukakan mata berbagai golongan atasan . MAJLIS PEGUAM , GERAK , GAGASAN , NGO dsbnya kerana kita tahu jika sanggup menggadai nyawa, berkorban masa melaung dan berpanas , maka kita mesti sahut laungan mereka . Mereka yang berdemo terdiri dari Phd ke tamat darjah 6. Semua golongan ada . Jangan meremehkan mereka wahai KABINET MAHATHIR !
Teruskan esok secara besar-besaran !!!

Hosted by www.Geocities.ws

1