Perhatian DUNIA esok ! (31-10-1998)


Kita akan berdemonstrasi serentak secara besar-besaran di seluruh negara pada esok hari 31-10-1998 . Semua kaum , Melayu , Cina , India , Iban , Kadazan , Murut dan lain-lain akan berkumpul di semua tempat yang telah diberitahu .

Ini adalah perjuangan dan meluahkan ketidakpuasan hati secara AMAN . Rakyat mempunyai haknya mengikut PERLEMBAGAAN MALAYSIA . Pihak Kementerian Dalam Negeri yang dipimpin sendiri oleh Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamed dan polis tidak mahu memberi permit . Alasannya tidak tahu kenapa . Namun , rakyat TERPAKSA melakukannya juga .

Kita melakukan serentak secara besar-besaran dan diharap pihak kerajaan akan menghantar FRU , PPH dan polis biasa ke semua tempat tersebut . Rakyat hanya akan berkumpul dan berprotes secara aman dan sekiranya PIHAK KERAJAAN termasuk polis bertindak ganas , rakyat sanggup kali ini untuk bertindakbalas dengan apa cara sekalipun .JANGAN SURUH RAKYAT MENGIKUT UNDANG-UNDANG SEDANGKAN PIHAK PEMERINTAH SENDIRI MEMPERMAINKAN UNDANG-UNDANG .

Akhir sekali , kami meminta agar Dr. Mahathir undur secara baik demi kepentingan negara, bangsa dan agama. Terima kasih !

Hosted by www.Geocities.ws

1