URGENT!!! mengenai Affidavit Dato' Nalla Oleh SAC I Musa Hassan
Affidavit Dato' Nalla Oleh SAC I Musa Hassan.
Affidavit terhadap Dato' Nalla untuk mensabitkan Dato' Seri Anwar
Ibrahim telah dirancangdengan begitu halus, Ia telah ditandatangani
oleh Sdr. Musa Hassan yang ketika itu memegang jawatan sebagai
Penolong Pengarah dengan pangkat SAC II di Bahagian Pendakwaan/
Undang-undang Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.Saudara Musa telah dipilih untuk melaksanakan tugas tersebut kerana
beliau merupakan seorang anggota yang jujur dan amanah. Beliau juga
merupakan anak kepada seorang alim ulama di negara ini. Dengan
pemilihan Musa untuk melaksanakan tugas tersebut, orang tidak akan
pertikaikan kewibawaannya kerana latarbelakangnya yang baik dan bersih.Tetapi Saudara Musa tidak sedar bahawa beliau telah digunakan oleh
Dr.Mahathir dan kuncu-kuncunya. Malahan Saudara Musa sebenarnya
terhutang budi kepada Dr.Mahathir kerana telah memperkenankan kenaikan
pangkatnya sebanyak 4 kali dalam masa 2 tahun ( kalau tidak percaya
tanya pegawai-pegawai polis di Bukit Aman yang kebanyakkannyacemburu
terhadap Musa ). Pangkat beliau tahun lepas ialah SP kemudian
dinaikkan ke ACP. Tahun ini pula Sdr.Musa dinaikkan pangkat ke SAC II
dan sebaik sahaja beliau menandatangani affidavit Dato' Nalla beliau
telah dinaikkan pangkat ke SAC I. Jangan terkejut jika selepas ini
Sdr. Musa akan dikurniakan pingat Dato' pula atas arahan Mahathir.Di sini jelas, Sdr. Musa dipergunakan oleh Sdr Rahim Noor dan Dr
Mahathir untuk membuat kepalsuan demi memberi ummphhh... kepada kes ini.Wahai sdr Musa, sekiranya anda terbaca risalah ini, bertaubatlah dan
baliklah ke pangkal jalan. Janganlah ikut bos awak yang sudah tentu
gila kuasa. Jagalah isteri awak yang sakit mental itu (kalau tak
percaya tanyalah isteri-isteri polis semasa beliau berkhidmat di Kuala
Kubu Bharu). Betulkanlah perangai isteri awak tu sebelum awak hendak
membetulkan Sdr Anwar Ibrahim. Ditakuti nanti Sdr asyik sibuk dengan
Anwar, isteri sendiri masuk Tanjung Rambutan.
Ciri-ciri kebaikan dan warak yang ada pada awak itu gunakanlah untuk
ke jalan kebaikan. Janganlah ikut arahan membabi buta dan termakan
budi dengan Dr Mahathir itu. Semoga saudara dan keluarga akan mendapat
petunjuk daripada Allah dan dilorongkan ke jalan yang benar.