Mailing-List: contact [email protected]
X-Url: http://www.egroups.com/list/anwarxtpm/
X-Mailing-List: [email protected]
Delivered-To: [email protected]
Date: Thu, 29 Oct 1998 19:40:33 -0800 (PST)
From: Suara Rasmi <[email protected]>
To: [email protected], [email protected], [email protected],
[email protected]
Cc: [email protected], [email protected], [email protected]
Subject: [anwarxtpm] Summary of activities over the weekendDear all,
1. It seems that many events taking place tomorrow from various
announcements made over the net. I suppose the more the merrier ...
eventhough the crowd may not be large. It is the sincerity that counts.
2. We should try to support based upon our capacity ... I suppose the
Sembahyang Jemaah is most peaceful and least risky. But of course for
the brave and bold, the choices are there too.FORWARDED MESSAGE :
Kita menyokong semua usaha-usaha ini dengan syarat ia dijalankan
secara aman dan berdisiplin. Kita tidak mahu bertempor dengan polis.
Kita tidak mahu apa-apa kekerasan berlaku. Kita hanya mahu berkumpul
dan meluahkan tuntutan kita secara aman.Di Kuala Lumpur
1. Program membeli-belah dan konvoi kenderaan di :-
Jalan Tuanku Abdul Rahman
Jalan Chow Kit
KLCC
Jalan Bukit Bintang berhampiran Lot 10
Program bermula jam 4:30 hingga 6:30.2. Beramai-ramai menunaikan sembahyang Maghrib/Isya berjemaah diikuti
tahlil/doa selamat/sembahyang hajat di :-
Masjid Negara
Masjid Kampung Baru
Masjid Keramat berhampiran pasar keramat
Masjid al-Syakirin Gombak
Masjid Bandar Baru Sentul
Masjid Taman Amaniah Taman Sri Selayang
Masjid ar-Rahman Universiti Malaya
Masjid Bandar Kajang
Masjid Taman Sri Rampai Setapak(Sila rujuk pengumuman
http://members.tripod.com/mahazalim/reformasi.htm)Tugas kita semasa demo dijelaskan oleh
http://members.tripod.com/~mahazalim/apa.htmlPengumuman dari Kedah Darul Aman dari ([email protected])
Oleh kerana sebelum ini demo secara aman hanya di adakan di ibu kota,
kami sebagai rakyat Kedah terpanggil kerana tidak menunjukkan rasa
kecewa kami terhadap kepimpinan yang ada sekarang yang secara tidak
lansung berasal dari Kedah juga.Oleh itu, untuk menyahut seruan ini dan gerakan-gerakan demo aman yang
akan digerakkan di seluruh Malaysia dalam masa tersingkat ini, kami
menyeru sahabat-sahabat kami yang berada di mana saja di seluruh
negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang untuk menyertai Demonstrasi Aman
di :
Hadapan Bangunan Umno bertentangan dengan Pekan Rabu pada Hari Sabtu
bersamaan 31 Oktober 1998 selepas Zohor sehingga diminta bersurai
dengan aman. (Untuk menunaikan solat Asar, Maghrib dan Isyak, semua
diminta untuk berjamaah di Masjid Zahir)Agenda :
Berkumpul secara aman dan menyuarakan rasa tidak puas hati pada
pimpinan yang ada sekarang dan mendesak kerajaan memberi peluang
untuk rakyat memilih pemimpin baru melalui pilihanraya yang perlu
diadakan dalam masa terdekat.Peringatan :
Jangan bawa sebarang sepanduk dari rumah anda untuk menyertai
demonstrasi secara aman ini. Sepanduk boleh dibuat dengan membeli
manila kad dan pen dari kedai-kedai berdekatan. Dengan ini, anda
tidak akan dicurigai bila ditahan dalam perjalanan dan juga sekaligus
dapat
meningkatkan pendapatan peniaga-peniaga di kawasan Alor Setar.DEMONSTRASI INI DEMONSTRASI AMAN. RAKYAT BENCI KEZALIMAN. RAKYAT
PERIT DITINDAS. RAKYAT PERLUKAN PERUBAHAN, DAN RAKYAT INGINKAN
KERAJAAN MENDENGAR SUARA RAKYAT!!
HAPUSKAN KEZALIMAN, DAN HENTIKAN PENINDASAN TERHADAP GOLONGAN
PERTENGAHAN DAN BAWAHAN!Pengumuman Perhimpunan Untuk Keadilan di Johor Bahru dari
([email protected])Tarikh - 1 November 1998, jam 4.00 petang
Tempat - Jalan Wong Ah Fook, Johor Bahru.
Berhadapan KOMTAR