Orang Kg. Baru Bangkit


NEXT

Extracted from soc.culture.malaysia
Orang Kg. Baru Bangkit
Apabila terdapat usaha-usaha dan tindakan untuk mempergunakan sentimen Kg.
Baru, K.Lumpur, maka mula dari tarikh ini iaitu pada 28.10.1998 bersamaan 7
Rejab 1419 saya sebagai anak jati kelahiran Kg. Baru akan mula memberi
sumbangan dengan menulis artikel dan komentar mengenai pandangan dan persaan
hati majoriti orang-orang melayu khususnya perasaan darah keturunan Kg.
Baru. Saya akan menggunakan nama Pena AKB (Anak Kg. Baru). Penulisan saya
ini akan dihantar kepada semua media termasuk Internet.
Bagi keluaran sulung ini saya ingin menyentuh tentang laporan-laporan
mengenai kejadian malam 24 Ogos 1998 di Kg. Baru dan kenyataan-kenyataan
yang dikeluarkan oleh Mahathir pada 27.10.1998.
Diruangan senyum kambing, akhbar Utusan Malaysia - Dialognya berbunyi:
"Penduduk Kg. Baru telah marah", "Jangan nak cari pasal lagi….".
Diruang Bisik-bisik Awang Sulong pula di tulis….
"Penduduk Kg. Baru telah secara terbuka meminta orang luar supaya jangan
lagi mengganggu mereka dan mahu polis supaya ber tindak tegas bagi mengelak
kejadian tidak diingini. Wakil penduduk Kg. Baru itu Idris Zakaria,
mengingatkan orang luar itu "tahap kesabaran anak-anak Kg. Baru ada
hadnya".Kepada Awang, ini merupakan satu amaran. Mereka berhak memberi
amaran ini dan amaran in hendaklah didengar.Kg. Baru mempunyai sejarah
pertumpahan darah dan penduduknya tidak mahu sejarah hitam itu
berulang.Pihak pihak yang terlibat betul-betul bermain api sekiranya mereka
sengaja memilih Kg. Baru untuk memulakan kekacauan.Awang - bekas penduduk".
Mahathir di dalam sidang akhbarnya selepas majlis perasmian Pemeran Heti -
Asia 98 seperti yang dilaporkan oleh Utusan di muka 2 ,di dalam membela
Polis dan menafikan dakwaan polis yang membuat kacau di antara lain
menyatakan,
"Mengapakah perusuh perusuh itu membawa bersama mereka minyak petrol,
molotov cock-tail(bom petrol),batu dan objek tajam", dan
"Adalah jelas mereka mahu dihasut supaya mempunyai alasan untuk bertindak
ganas", dan
"Penyokong Anwar menggunakan alasan bahawa rusuhan itu telah dirancang oleh
pehak polis, tetapi jika benar begitu apakah ia dirancang oleh polis dan
disertai oleh anggota polis. Jadi siapa sebenarnya yang menyokong gerakan
reformasi itu? Sebagai amalan demonstrasi dimulakan secara aman tetapi
apabila tidak mendapat sokongan dan gagal mencapai objektif daripada rakyat,
mereka meningkatkan tindakan dengan melakukan keganasan", dan
"Polis belum bertindak keras, sekadar menggunakan semburan air untuk
menyuraikan penunjuk perasaan dan tidak memukul mereka. Memang jelas
demonstrasi diadakan itu ditiru dari apa yang berlaku di Indonesia,supaya
kerajaan M'sia tumbang. Perkara paling penting ialah apabila kerajan
ditumbangkan tidak akan ada prmbicaraan untuk Anwar dan beliau akan terlepas
dari hukuman", dan
Beliau menyatakan keyakinan dengan dakwaan Hishamudin Hussein bahawa
keganasan di K.Baru diatur oleh para penyokong kanan Anwar dari luar negara.
Dari 7 petikan diatas dengan lapuran akhbar yang berkaitan dari hari ahad
hingga hari ini, kita dapat melihat bagaimana Mahathir dan jenteranya cuba
memesongkan tanggapan rakyat tentang realiti sebenar suasana politik semasa
khususnya yang berkaitan dengan peristiwa Malam 24.Oktober di K.Baru.
Mahathir sebenarnya amat bimbang dengan kejadian itu kerana ianya sangat
berupaya untuk menyemarakan lagi sokongan rakyat kepada gerakan Reformasi
dan meningkatkan kebencian arkyat kepadanya. Oleh itu beliau mengambil
tindakan untuk mempercayakan rakyat bahawa kejadian di K.Baru itu adalah
sebahagian daripada perancangan penyokong DSAI di luar negara, untuk membuat
rusuhan untuk menjatuhkan kerajaan agar kes mahkamah DSAI tidak diteruskan.
Beliau juga mahu mempercayakan rakyat bahawa penduduk K.Baru tidak terlibat
dan tidak merestui reformasi
Dari 7 petikan diatas dengan lapuran akhbar yang berkaitan dari hari ahad
hingga hari ini, kita dapat melihat bagaimana Mahathir dan jenteranya cuba
memesongkan tanggapan rakyat tentang realiti sebenar suasana politik semasa
khususnya yang berkaitan dengan peristiwa Malam 24.Oktober di K.Baru.
Mahathir sebenarnya amat bimbang dengan kejadian itu kerana ianya sangat
berupaya untuk menyemarakan lagi sokongan rakyat kepada gerakan Reformasi
dan meningkatkan kebencian arkyat kepadanya. Oleh itu beliau mengambil
tindakan untuk mempercayakan rakyat bahawa kejadian di K.Baru itu adalah
sebahagian daripada perancangan penyokong DSAI di luar negara, untuk membuat
rusuhan untuk menjatuhkan kerajaan agar kes mahkamah DSAI tidak diteruskan.
Beliau juga mahu mempercayakan rakyat bahawa penduduk K.Baru tidak terlibat
dan tidak merestui reformasiana beliau amat khuatir K.Baru akan terus
menjadi pusat demonstrasi Anti Mahathir yang akan memberi impak yang kuat
kepada seluruh negara.
K.Baru memang mempunyai sejarahnya tersendiri yang menjadikan sebagai satu
simbul orang Melayu di Kuala Lumpur dan di negara Malaysia ini. Di K.Baru
lah perjumpaan penubuhan UMNO dimasa awal penubuhannya diadakan. Disitu
jugalah awal terjadinya kejadian 13Mei1969. Walaupun Mahathir cuba
membangunkan K.Baru secara yang akan menghilangkannya dari menjadi simbul
Melayu di ibu kota, tetapi penduduk K.Baru telah menolaknya. Tanah K.Baru
itu hendak dinalai pada paras hanya 30% dari nilai Padang Lumba Kuda di
jalan Ampang yang telah dijual oleh kroninya Ananda Krishnan kepada Petronas
untuk didirikan KLCC, sedangkan tanah itu tidak jauh dari K.Baru.Ini
menunjukakan orang K.Baru bukan bodoh dan boleh diperbodohkan oleh dakyah
dakyah songsang Mahathir dan jentera jenteranya.
Kambing Mahathir diruangan Senyum Kambing di(1) kata "penduduk K.Baru dah
marah". Betul penduduk K. Baru marah, tapi pada siapa?. Mereka marah kepada
FRU yangbertindak ganas dan zalim. Orang K.Baru tidak boleh melihat
keganasan , mereka akan membelanya. Sejak peristiwa 13 Mei orang asal K.Baru
telah marah dengan FRU dan ia telah ditarik keluar dan digantikan dengan
askar. Sejak itu K.Baru tidak dapat menerima kehadiran FRU. Malam 24 Oktober
yang lalu mereka datang. Ini satu petanda yang buruk sementelah pula
perangai dan kezalimannya tidak berubah walaupan sudah hampir 30 tahun
berlalu.
Orang K.Baru memang benar benar marah,tapi kepada siapa? Kepada Idris
Zakaria yang telah mendakwa sebagai wakil penduduk K.Baru. Siapa yang pilih
dia? Saya anak jati K.Baru pun tak kenal dia,tanya pada penduduk lain pun
tak kenal dia,tapi ada seorang yang berkata dia kelihatan di Kelab Sultan
Sulaiman, faham faham sajalah. Siapa dan berapa ramai penyokongnya? Yang
jelas jumlahnya yang keluar di Tvlah, yang boleh dibilang dengan jari, itu
pun termasuk yang diupah saja mukanya. Yang herannya perjumpaan yang dianjur
lebih 5 orang itu tidak pula disuraikan malahan diberi publisi besar2an .
Apakata kami penduduk K.Baru anjur perjumpaan aman untuk menegakkan
keadilan, adakah permit nak diberi dan publisitihendak diberi. Kain2 rentang
yang dibuat olih orang upahan Idris juga boleh lama tergantung tanpa permit
Bandaraya, cuba kain rentang lain, sekelip mata habis diturunkan oleh
Bandaraya atau Polis.
Tanyalah kepada penduduk K.Baru, baik dirumah2 asal, diflet flet,
dikedai2,diwarong2 dan dipasar CHow kit. Tanyalah ibu2, nenek nenek,bapa2
dan datuk2-dijamin 80% akan menjahanamkan Mahathir dan menyokong DSAI.
Namun pun begitu langkah J/Kuasa masjid mengeluarkan kenyataan ada
kewajarannya. Jika tidak akan di tuduh sebagai dalang reformasi dan ada yang
akan diISAkan. Mereka juga akan menerima tekanan dari sistem pentdbiran
kerajaan dari semua sudut, tetapi didalam hati masing masing siapa tahu.
Lagi pun dimasa kejadian malam 24 Oktober itu,kawasan masjid K.Baru tidak
dijadikan lapangan demonstrasi. Orang hanya pergi sembahyang maghrib dan
I"syakserta mendengar ceramah agama sahaja. Selepas itu apa yang dipanggil
rusuhan akibat keganasan FRU bukan dikawasan Masjid. Orang yang menunjuk
perasaan semuanya bangsa Melayu dan Islam, sudah pasti tahu menghormati
Masjid, hanya yang tak tahu Mahathir dan pegawai atasan Polis yang
mengeluarkan arahan sahaja.
Si 'awang' Mahathir diruangan pojok Awang Sulongnya di(2) mengatakan tahap
kesabaran orang K.Baru ini ada hadnya. Memang tahap kesabaran orang K.Baru
ada hadnya. Ini dah lebeh had yang saya mula menulisni. Sekiranya FRU nak
cabar lagi kesabaran kami ulang lah lagi tindakan ganas dan keji tu. Awang
Sulung sifatkan peristiwa berdarah 13 Mei yang bermula di K.Baru sebagai
peristiwa hitam. Hitam bagi siapa? Peristiwa tersebut telah merubah
kedudukan orang Melayu. Orang Melayu rela berkorban untuk mempertahankan
maruah bangsa. Peristiwa itu bukan titik hitam, tetapi lambang kebangkitan
untuk menjulang mertabat bangsa. Awang janganlah hendak menggertak gertak
orang sehingga menghina pengorbanan orang yang terdahulu yang Awang sendiri
menerima nikmat yang lebih dari orang yang berkorban. Orang Melayu ini
memang pendiam, sabar dan tidak suka hiruk pikuk dijalan jalan. Tetapi
sejarah telah menunjukkan bila paras kesabaran telah tercabar sehebatnya dan
demi masa depan maruah bangsanya serta bila mereka telah benar benar marah
mereka akan menukar budayanya itu dan akan keluar kejalan jalan raya untuk
menzahirkan perasaan mereka. Pada tahun 1946 mereka telah buktikan untuk
menentang Malayan Union. 23 Tahun kemudian 1969 mereka keluar untuk
mempertahankan maruah bangsanya, terjadi peristiwa 13Mei.. Sekarang selepas
29 tahun mereka keluar untuk mentang kezaliman dan penyelewengan Mahathir
yang telah mengkhianati sokongan dan kepercayaan orang Melayuyang
diamanahkan kepadanya. Dan Anak K.Baru tidak kesah untuk mengulang sejarah
untuk menjaga masa depan bangsa Melayu.
Siapa yang bermain api memilih K.Baru penunjuk perasaan atau Polis yang
menjadi jentera Mahathir? Apakah kenyataan Mahathir di (7) itu benar? Adakah
semua kenyataannya di(3)hingga (6) itu benar?. Jawapannya ialah Pembohongan
yang amat besar dan munafi sekali.
Apa yang jelas tidak ada demonstrasi yang dirancangkan di K.Baru. Semua
orang tahu hari sabtu ada perhimpunan reformasi di Jalan Tuanku Ab.Rahman ke
Dataran Merdeka. Sudah dua minggu dia berjalan dengan aman . Mahathir pun
mengeshkannya saperti di(5). Tapi Mahathir malu dan bimbang, oleh itu arahan
dikeluarkan agar lebeh tangkapan dan pukulan dibuat. Oleh itu pada petang 24
Oktober polis telah menjalankan tindakan ganas menyuraikan demonstrsi aman
di Jalan Tuanku A.Rahman. supaya boleh diberitahu bahawa demonstrasi telah
pudar dan kehilangan sokongan serta rakyat telah menyokong Belanjawan 99
yang dibentang oleh Mahathir. Ini selaras dengan pemikiran Mahathir di (5).
Tetapi dia boleh merancang tetapi Allah yang menentukannya. Tindakan zalim
tersebut telah mengakibatkan keadaan yang lebeh teruk berlaku dihari
itu.Tindakan zalim mereka nak menghalang demonstrasi di pusat bandar, tetapi
langkah langkah yang diambil untuk menutup jalan jalan telah menyebabkan
alran orang rmai telah tertumpu disekitar kawasan Chow Kit hingga ke
K.Baru..Oleh itu ia sudah pasti bukan rancangan para penunjuk perasaan. Jadi
siapa yang pilih dan rancang di K.Baru? Kalau benar benar ada ,ialah pihak
Polis, kerena cara mereka menghalang lalu lintas saperti menggalakan orang
ramai ke k.Baru. Jika dua minggu sebelum itu demonstrasi selesai pada jam 9
malam tetapi pada hari itu ianya hanya selesai pada jam 3 pagi. Ini sudah
tentu lebeh memalu dan membimbangkan Mahathir lagi.
Di (6) Mahathir dengan selamba tergamak mengatakan polis belum bertindak
keras, sekadar menyembur air untuk menyuraikan penunjuk perasaan dan tidak
memukul mereka. Ini satulagi Pembohongan dan kemunafikan yang amat nyata
sekaliTengoklah gambar2 yang ada di internet, diakhbar asing dan ditunjukan
oleh TV negara jiran. Polis pukul, tendang, terajang dan heret orang. Gnakan
belantan dan rotan. Sudah jelas lagi nak bohong kau ni Mahathir. Polis
bertindak bukan hendak menyurai tetapi gunakan SB yang ramai untuk
memprvokasi dan menangkap penunjuk perasaan Bila telah disembur dengan air
kimia dan ditambah dengan gas pemedih mata, mereka menggunakan kekerasan
mengejar untuk menangkap sesiapa sahaja yang dijumpa, hingga masuk kedalam
rumah, kedai dan warung yang sedang meniaga. Tak kira anak muda, orang tua
atau wanita. Ini yang buat orang K.Baru marah keran tak tahan melihat
kezaliman Polis dan FRU.
Kalau betul penunjuk perasaan yang sediakan minyak petrol dan malotov
cock-tail, kenapa mereka bodoh tak gunakannya? Jawabnya memang kejadian
diK>baru itu tidak dirancang oleh itu tidak ada minyak petrol dan malatov
cock-tail yang disedikan oleh penunjuk persaan secara aman. Ujudnya benda
benda itu saja digembar gemburkan semata mata untuk memburuk buruk penunjuk
perasaan
Kenyataan Mahathir d(5) itu memang stail putar belitnya yang percaya akal
dan lojiknya yang terbaik. Dia sedar yang penunjuk perasaan berpuluh ribu,
SB yang menyelinap sudah tntu pulohan atau ratusan sahaja. Tapi mereka
inilah yang buat kacau dan yang nak tangkap orang, nak tunjukan mereka buat
kerja sungguh. Sedarlah penunjuk perasaan itu kebanyakan orang Melayu dan
Islam tuan.
Mahathir kalau buat kenyataan kalau tak singgung DSAI tak sah. Takut betul
dia dengan bayangan DSAI. Sebab itu asyik cakap perhimpunan diadakan untuk
adakan rusuhan untuk tumbangkan kerajaan supaya kesnya tak payah
dibicarakan. Cuba ingat berapa banyak perhimpunan yang terdahulu yang
dihadiri puluhan ribu orang di beberapa negeri tak adapun rusuhan. Sejak
kebelakangan ini bila polis diarah bertindak zalim sahaja perkara ini
berlaku. Saya tak faham apa lojik Mahathir ini. Orang ramai sudah tidak
kisah lagi dengan kes DSAI dimahkamah samada dia akan didapati bersalah atau
tidak. Orang ramai telah hilang kepercayaan dengan sistem yang ada yang
terletak dibwaah kuasa dan digunakan oleh Mahathir untuk menginiayakan DSAI
supaya dia dan kroni kroninya selamat.
Tetapi rakyat tidak akan dapat memaafkan Mahathir dan akan keluar kejalan
jalan untuk menegakan keadilan sama sperti ditahun 1946 dan 1969 dahulu
AKB
28.10.1999

Hosted by www.Geocities.ws

1