HARAKAH : Bebaskan Anwar

Bebaskan Anwar

Presiden PAS tegaskan

 

MARAN: PAS menuntut bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim dibebaskan atau dibawa kepada mahkamah terbuka, kata Presiden PAS, Dato' Haji Fadzil Mohd Noor. 

"PAS tidak mempersoalkan tindakan Perdana Menteri pecat Timbalan Perdana Menteri, PAS juga tak soal pemecatan keahlian Anwar, itu hak mereka tetapi kita mahu keadilan. 

"Keadilan adalah prinsip perjuangan PAS. Tuntutan dalam perjuangan menegakkan keadilan bukan sahaja ke atas orang-orang PAS tetapi juga ke atas orang-orang Umno yang dianiya," jelasnya. 

Sehubungan itu, Dato' Fadzil mempersoalkan alasan terhadap penahanan Dato' Seri Anwar. 

Beliau berkata demikian ketika berceramah di Kampung Lanting, Chenor, dekat sini, baru-baru ini. 

Presiden PAS mengeluarkan kenyataan itu selepas dimaklumkan penahanan bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim di rumahnya. 

"Secara tegas, PAS menuntut agar Anwar dibebaskan. Atas peri kemanusiaan berikan kebebasan dan keadilan di mahkamah yang terbuka seluas-luasnya. Saya percaya dunia akan membuat liputan yang besar dalam kes Anwar, "katanya. 

Turut berceramah Pemangku Setiausaha Agung PAS, Dato' Hishamuddin Yahya dan Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Mohd Baqi Othman. 

 

 

Ke Laman Utama

 

Hosted by www.Geocities.ws

1