HARAKAH : GERAK MENGADAP AGONG

Di samping berbincang dengan pengarang akhbar utama

GERAK MENGADAP AGONG

 

KUALA LUMPUR: Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (Gerak) sedang berusaha untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Jaafar untuk menyampaikan memorandum mengandungi pandangan Gerak terhadap perkembangan terkini negara. 

Demikian ditegaskan oleh Pengerusi Gerak, Dato' Haji Fadzil Mohd Noor di sini. Beliau berkata, Yang Di-Pertuan Agong belum lagi memberikan jawapan. 

Beliau enggan mengulas kandungan memorandum tersebut. 

Dato' Haji Fadzil menyatakan demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Gerak di Markaz Tarbiyyah PAS Pusat di Taman Melewar di sini kelmarin. 

Turut hadir di mesyuarat tersebut ialah Naib Ketua Pemuda PAS Pusat yang merupakan Ketua Sekretariat Gerak, Haji Mahfuz Omar, Naib Pengerusi Dap, Ahmad Nor dan Tan Seng Giaw, Presiden Parti Rakyat Malaysia, Dr. Syed Husin Ali dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO). 

Gerak menuntut kerajaan supaya memansuhkan Akta Kesalamatan Dalam Negeri (ISA) kerana undang-undang tersebut sangat zalim. Pelancaran Gerak telah berlansung di Markaz Tarbiyyah PAS minggu lalu dengan dihadiri bepuluh ribu orang termasuk ahli Umno dan orang bukan Melayu. 

Jawatankuasa Gerak bercadang mengadakan pertemuan dengan pengarang akhbar New Straits Times, Berita Harian dan Utusan Malaysia, tetapi belum menerima sebarang jawapan. 

"Kita berusaha mendapatkan tarikh baru untuk pertemuan itu kerana ia penting untuk menyatakan kepada pengarang akhbar tersebut," kata Dato' Fadzil. 

Dalam mesyuarat kelmarin, Jawatankuasa Gerak juga membincangkan mengenai perhimpunan 17 Oktober ini dan aktivitinya yang lain. 

Sementara itu, dalam majlis Gerak di Temerloh malam kelmarin, Haji Mahfuz Omar mengumumkan, Gerak akan melancarkan home-page Gerak di Internet untuk pengetahuan orang ramai mengetahui kegiatan Gerak. 

Di majlis tersebut juga, Gerak akan mengedarkan poskad menggesa kerajaan memansuhkan ISA. Poskad itu juga mengandungi beberapa gesaan kepada Dato' Seri Dr. Mahathir. Antaranya, mendesak beliau meletak jawatan atau mengadakan pilihan raya umum segera. 

  

Ke Laman Utama

Hosted by www.Geocities.ws

1