ABIM DUKUNG GERAKAN REFORMASI


Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bersama Jemaah Islah Malaysia (JIM) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah melancarkan Gerakan Reformasi Rakyat pada hari Ahad, 6 September 1998 yang bertujuan membangkitkan kesedaran umum mengenai `ketidakadilan' yang berlaku terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sdr. Ahmad Azam Abdul Rahman, Presiden ABIM mengatakan rakyat perlu sedar bahawa penggunaan fitnah sebagai senjata politik untuk menjatuhkan pemimpin adalah bertentangan dengan Islam dan kemanusiaan. Walaubagaimana pun Gerakan Reformasi ini diadakan secara aman dan dalam lingkungan undang-undang negara. ABIM menyeru supaya semua pertubuhan NGO, institusi ulama, dan parti-parti politik bergabung dalam usaha murni ini.

Forum ini telah disertai oleh Prof. Datuk Dr. Haron Din dan bekas Presiden ABIM yang pertama, Prof. Dr. Razali Nawawi.

Maklum balas dari rakyat pelbagai lapisan amatlah di luar dugaan. Mereka menaruh harapan agar usaha-usaha ini tercapai.

Siaran Media bersama ABIM, JIM, PKPIM dan ASASI.

ABIM Press Statement in English.

Ucapan Khas Dato' Seri Anwar Ibrahim kepada peserta forum

Fatwa Seorang Ulama Besar dan Pakar Rujuk Islam - Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi.

Soalan Pertama
Soalan Kedua
Soalan Ketiga
Soalan Keempat

 

Kemaskini: 19/9/98
Hosted by www.Geocities.ws

1